klik klik ok!

Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Kacang Kuda Goreng Pedas

Assalamualaikum. Selamat sore semua. Alhamdulillah dari pagi tadi sampai ke petang cuaca redup, hujan renyai dan sejuk. Nak keluar rumah rasa malas. Duduk je lah diam2, rehatkan kaki sambil nonton tv.

Ye.. me tau akhir ni me sangat rajin update n3. Jangan di tanya kenapa. Orang tengah rajin kan... hahahaha. Sebenarnya layan hujan sambil nguyah kacang kuda ni... perghhh.. asyik deh!

Resepi :- Kacang Kuda Goreng Pedas

Bahan-bahan :-
1 tin chick peas kimball - ambil isinya sahaja.
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili besar hijau - hiris
2 tangkai daun kari
1 sb cili kering kisar
1 sb serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
Garam, gula dan bahan perasa- sucukupnya
Sedikit air

Cara-cara :-
* tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kering. Tumis hingga cili masak/pecah minyak dan masukkan serbuk kari. Tumiskan sebentar.
* masukkan kacang kuda tadi bersama cili besar. Kaup balikkan. Masukkan garam, gula, bahan perasa, serbuk kunyit dan sedikit air.
* Kaup balik hingga rata, goreng sampai air kering/terbit minyak. Siap!

Thursday, October 17, 2013

Florentine Cookies/krunchy karemel almond

Bismillah...........
Testing..testing.. Uuuhuk..uhuk.. manyaknya habukkkk! penuh sawang atas bawah. Lama bebenor puan rumah ni hilang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam penuh kerinduan dari mas. Hugss n kisss! 
Gambar tak klear :(

Mas hilang... bukan sebab merajuk, sepi bukan sebab merana... senyap bukan tak bermakna... eceh..cehhh.. 

Hilang sebab sibuk. Sepi sebab keluarga. Senyap sebab berniaga. Hahahaha... business la sangat. Alhamdulillah walau kecil-kecillan, ada rezeki yang masyuk. Alhamdulillah. 

Yang pasti instigram punca segalanya. Mas dah beralih cinta ke situ pula. Nge..nge.. jom follow me AMANI_MAS . Gambar penuh cerita kononnya hihii.

Sunday, September 9, 2012

Crabstick Snaks@Crispy Crabstick

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Selamat beristirehat dan beriadah bersama keluarga tersayang. Hari minggu adalah hari yg selalunya rajin main masak-masak secara luar biasa atau hari makan2 di luar dengan luar biasa kan..kan..kannnnn :)
 Pernah makan tak kudapan kat atas tu? pernah buat tak? mas tak pernah dan ini pertama kali cuba. Buat minggu lps, baru skrg tyg picas. Serius sedap! cannot stop bila dah kunyah, nak buat pun punya laaa senang tak perlu gunakan tenaga yg banyak hanya perlu kerajinan sedikit. 
 Kerajinan menyiat filamen sampai habis! Kalau buat sebungkus....ala pejam mata pun boleh! tp kalau berbungkus-bungkus.....capek gak ler he3. Mas buat sebungkus je, dptlh sebesen kecil tu. Ok la untuk 2 org mkn je kannnnnn. 
TAPI.....
Huumm...menyesal buat sebungkus, sedap sgt sampai.... heheeee itu tandanya kami? Ok la buat teman yg belum cuba boleh la try. Kak Amie dan QH dah cuba, mereka pun suka, dari mereka mas tergoda cuma resepinya mas guna cara QH. Mas guna tpg jagung dan tpg gandum sebagai ganti tpg beras.

Boleh cuba resepi DI SINI dan DI SINI ye :)
nampak kabur kan?

Wednesday, July 18, 2012

Sup Cendawan dan Puff Pastry

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam. Selamat beristirehat bersama org2 tersayang dan selamat bw bagi yg free hihihi. 

Malam nie hari rabu mas malasssss banget nak ceceh byk, kurangkan cakap (mcm tiru kak kasih redha plak kan hehehe), males nak taip panjang2 lah kan, nama pun malas huhuhu

Untuk resepi sila klik blog KKida.
 Mudah, cepat, simple dan sedap!
Bye..bye..selamat malam!

Friday, January 20, 2012

Chick Peas Goreng Kari


As salam, salam sejahtera dan salam jumaat buat rakan2 di luar sana. Jumaat adalah penghulu segala hari, jom kekawan kita basahkan lidah kita dengan zikir2 selawat Nabi Muhammad SAW. Semoga apa yg kita lakukan mendapat pahala dan ganjaran dari NYA. Amin.....

Untuk n3 hari ni mas masak kacang kuda dalam tin (chick peas jenama kimball) sebagai kudapan di petang hari. Lepak2 depan tv sambil kunyah kacang kuda hehehe. Kami berdua mmg suka makan kacang kuda yg di rebus or goreng kari. Tapi mas nie malas nk buat, leceh plak nak rebus kacang  dulu sampai empuk then baru boleh makan.


Rupanya kemalasan mas nie ada penyelesaiannya kui..kui..kui. Beli je kacang kuda yg dalam tin. Senang, cepat dan mudah! Rasanya juga enak dan lembut. Tak payah tumis lama2, sekejab je dh siap! Senangkan? Mungkin kat luar sane dh ramai yg cuba atau mas je yg ketinggalan huhuhu.... Ok la no idea nak tulis panjang2 jom kita terus ke resepi ye.


Bahan-bahan :-
1 tin chick peas - jenama kimball
1 biji bwg besar - hiris
2 ulas bwg putih - ketuk
1/2 sudu bsr cili kering kisar 
1 sudu bsr serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk ikan bilis knor
3 - 4 sudu besar air
2 tangkai daun kari
1 tangkai cili besar merah
Garam secukup rasa


Cara-cara :-
Toskan chick peas, ketepikan. 
Tumiskan bwg putih, bwg besar, daun kari dan cili besar hingga kekuningan. Masukkan cili kering kisar dan seruk kari. Tumis hingga cili kering masak. Letakkan pula air, garam dan serbuk ikan bilis. Gaul hingga kuah mendidih. Masukkan chick peas. Kaup balikkan hingga sebati dan kuah jadi kering. Bolehlah matikan api.






Al fatihah untuk Izwan Pilus. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails