klik klik ok!

Thursday, November 10, 2011

Tauhu Lembut Kukus

As salam dan selamat malam semua. Dah makan ke? ke tengah makan atau tengah masak? Kalau sudah... Alhamdulillah, kalau belum... segeralah makan nnt perut masuk angin susah plak. Kalau tengah masak... meh tambah lagi satu menu utk hidangan keluarga. Eh... kalau yg belum berumah tangga pun boleh je nak cuba hehehe... ilmu tuuuuuuuuu :)


Beberapa hari yang lalu, MS (Singkatan for Mrs Sunnies. Gitu tau!) ada nampak Yana masak menu nie. Kebetulan hari yg sama, masa makan kat Chiken Rice Shop kami ada oder menu tu (kebetulan kan?). Sukalah... best sangat! Lembut je bila masuk dalam tekak hehehe... MS memang dah lama teringin nak masak menu tu tapi resepinya ingat2 lupa, yang paling haru, huhuhuhu (malunya nak cakap) sbrnya PERIUK KUKUS tak ada! ngeeeee.......... malu mak!



Itu dulu laaaaa... skrg tak malu dah hihihi.... Ok lah tak nak ceceh banyak, meh MS tunjuk resepinya. Oh ye, sebelum tu, resepi Tahu Lembut Kukus nie MS dh intai dari rumah yana tapi ada bahan2 yg MS tak ada so MS tinjau pula rumah CMG dan bahan2 yg CMG guna hampir semuanya ada kat rumah. So MS guna resepi CMG DI SINI cuma MS dah derhaka sikit hihihihi... 

Bahan-bahannya :
1 bungkus tauhu lembut
1 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar kicap manis *
1/2 sudu besar minyak bijan *
1/2 sudu besar kicap cair *
1 sudu kecil kicap pekat *
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn 2 sudu bsr air
2 ulas bwg putih - cincang halus
Minyak zaiton - utk menumis
Daun bawang hiris - utk hiasan
Bwg goreng - utk hiasan

Cara-caranya :
Kukuskan tauhu lembut selama 15 minit. Hati2 ye sbb tauhu ni lembut.
Satukan semua bhn yg bertanda * dlm satu bekas.
Dalam periuk panaskan minyak zaiton. Tumiskan bwg putih hingga harum. Masukkan pula bahan * dan tumiskan seketika. Masukkan air. Bila dh mendidih masukkan pula bancuhan tepung jagung. Biarkan kuah sedikit pekat dan perasakan dengan sedikit lada hitam (tak perlu letak garam sbb bahan di atas sudah cukup rasa masinnya). Bila rasanya dah OK, bolelah matikan api. Keluarkan tauhu dari kukusan dan curahkan sos di atasnya. Taburkan daun bwg dan bwg grg sebagai hiasan. Hidangkan segera, sedap di makan ketika ia masih panas.


P/s : Teruja dan tak sabar, tauhu lembut MS hancur bhg atasnya huhuhu..., hubby punya kerja la. Nasib tak hancur semuanya, kalau tidak..... meroyan mak sekejab hahahaha! 

Friday, November 4, 2011

Sup Daging dan Salam Aidiladha

As Salam semua


Salam Jumaat. Sempena Hari raya Korban yg bakal tiba hari Ahad ni, kami nak ucapkan Selamat Aidiladha untuk semua. Diam-diam dah November pun, lepas nie Disember pulak. Nak habis dah tahun 2011. Semoga sepanjang tahun ini sudah banyak amalan kebaikan yg dah kita lakukan. Kongsi resepi pun satu amalan yg baik kan? Insya Allah.....


Oklah cite pasal raya korban nie, ai nk tayang menu daging. Sesuai sgt lah tu! 


Sup Daging, resepi ni memenag sesuai utk org yg nak kejar masa a.k.a dlm bhs singkatannya malas! 


Waaaah kau Temah, hari jumaat ni pun mulut nak jahat tau! tak baik! hehehe... tak adalah, sebenarnya ai malas nak ketuk2 lesung so main hiris2 pastu srenggggggg (perkataan baru hihihi) siap!


Sup Daging pucat!

Bahan-bahan :
1 mangkuk daging
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bwg putih - hiris
1/2 inci halia - ketuk
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & biji pelaga)
2 biji kentang - belah 4
1 btg carrot - potong serong
1 btg saderi - potong serong
1 ikat daun sup - racik kasar2
Serbuk lada hitam dan putih
Serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :
Tumiskan seketika 3 sekawan. Masukkan pula bahan hiris dan halia. Tumis sampai naik bau. Letakkan lada putih dan hitam (suka pedas letak banyak). Tumiskan lagi sampai kekuningan. Masukkan daging pula. Tumis lagi sampai daging jadi kecut. Letakkan air secukupnya. Masukkan kentang. Biar air menggelegak sampai daging dan kentang empuk. Perasakan garam dan pati aym secukupnya. Bila rasanya dh sedap, masukkan btg saderi. Biarkn beberapa minit dan akhir sekali masukkan daun sup dan bwg grg.



Thursday, November 3, 2011

Bihun Singapore Cara Saya!

As Salam dan selamat malam. Dah makan ke? mesti korang dah kenyang kan? Ai pun dh kenyang, baru je lepas makan bihun singapore cara saya!  


Best sgt ke bihun cara makcik tu? hehehe....


Petang tadi masa odw nak balik rumah dari OU tetiba ai teragak plak nak makan bihun singapore. Terbayang-bayang dlm otak bihun di masak dgn lada hitam berencahkan ayam dan makan panas2. Sedapnya la! Tapi (ada tapi tu) bila kenangkan ayam dalam frez compem keras mcm batu, macam terbantut je hajat tu. Perut lak dh kebulur tahap 10! (Gila lapar tu hehehe)


So di pendekkan cerita (kenangkan bini dah lapor sangat) my hubby singgah kedai ayam mas beli kepak dan peha (tu je yg ada). Nasib masih awal lagi, so senanglah sikit kerja ai. 



Sampai je rumah hubby tlg basuhkan ayam, potongkan ayam, siangkan sayur dan bla..bla..bla... (hehai senang kerja makcik you kikikikiki...) 


Dan ai...... srenggggggg.... masak je.... wakakaka....


Bila dah last minit, maka bihun tu di masak dengan apa yg ada je lah. Yelah, dah nak malam, malas plak nak singgah kedai cari fish ball, fish cake, taugeh dll. Amani pun dah mula meragam sebab nak tidor. 


Zoommmm... jelah.




Bahan-Bahan:
1 keping bihun (rendam)
5 biji bwg putih
1 sudu bsr lada hitam
1 mangkuk kecil daging ayam 
1 ikat sawi
1/2 batang carrot
garam dan sos tiram secukupnya


Cara-cara:
Tumbukkan sekali bwg putih dan lada hitam  
Mula-mula tumiskan bwg putih dan lada hitam hingga harum. Masukkan daging ayam dan tumis hingga ayam masak. Perasakan ayam dengan garam secukupnya dan letakkan sedikit sos tiram. Masukkan air (utk melembutkan bihun). Masukkan pula bihun dan lobak. Goreng sampai bihun lembut. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul rata2. Bolehlah di matikan api 
(Jgn plak dh masukkan sawi terus matikan api. Kang nnt ada yg sakit perut makan sawi mentah plak hehehe....)

Tuesday, November 1, 2011

Eh sesuai ke?

As Salam dan selamat malam korang. Malam? eh sesuai ke ai tayang menu ni? Telor goyang, hot dog, roti putih dan kacang panggang! Tak kena sungguh memalam tayang menu nie kan?  kalau bekpes tu oklah tapi kalo rasa tekak tu macam om putih mmg sesuai sgtlh ai tayang hihihihi....

 Telor tu boleh goyang2. Goyang gegar you kikikikiki....

Sebenarnya nie menu bekpes kami tempoh hari. Hari tu my hubby mintak ai buatkan roti telur tapi ai malas plak nak pukul telor then celup2 roti tu dan grill satu2. Malaslah bang... hahaha... boleh gitu! Derhaka kau huhuhu.... 

Haip!!! korang jangan buat andaian yg bukan2 okes! Gila nak lawan ckp somi! Roti telor tetap ai buat, speacial lg! telor tu boleh joget2 hahaha.... laki mak suka you! sampai licin pinggan tu :))))

Bahan-bahan
Beberapa keping roti - nak bakar pun boleh
3 keping hot dog (keping ke?)
1 tin kecil kacang panggang
3 ulas bwg putih
sedikit serbuk lada hitam dan putih

Cara-cara
Minyak secukupnya
Gorengkan telor dengan minyak yg panas. Taburkan serbuk lada putih dan hitam di bhg atas telor. Bila telor bhg bwh dah garing balikkn seketika dan angkat (supaya telor kuning masak separuh). 
Dalam kuali leper ratakan minyak dan grill kan hot dog. Bila hot dog hampir masak, letakkn bawang putih yg telah di ketuk. Masakkan sampai hot dog masak. Perasakan hot dog dgn sedikit lada putih dan oregano.
Letakkan kacang panggang di dalam mangkuk. Tutupkan dgn aluminium foil. Panaskan dlm oven selama 2 minit. Siap sedia utk di makan.


P/s :  
Masih berusaha mencari satu persatu list blog kekawan yg dh hilang. Kalau ada yg simpati silalah tinggalkan link anda kt sini ye (waaah cam glamour je ai ni kan?) wakakakaka... seyes ni!

Rindunya nak baca blog my kazen AMIMARZ! aduhhhh... bilalah virus tu nak hilang ye? aku rindu sama kamu nie huhuhuhu...

Tulah gatal lagi !

Alahai... mcm mana nie? kan dh hilang semuanya!!!!

Bila org lain sibuk tukar dinding baru, awak pun nak ikut tukar gak tapi hummmm.... 

Yeye dah pilih nie... ok cantik dh tu, pastu apply dan... walla my dinding dh cantik! Tapi bila tgk2, ada yang mcm tak kena. 


Aik! mana perginya semua list blog kwn2? hilang?????????????? 

Aiyakkkkk..... macam mana boleh hilang plak? ok cpt2 tukar ke dinding yg asal semula. 

Alamak!! samalah... dh hilangggggggggg... huwaaaaaaaaaaaaaaa............ tolonggggggggg.............bukannya sikit byk tu!!!!!

Aduh ni semualah nie kena cari semula. Leceh betullah! Tulah gatal lagi! Tak ada kerja cari kerja! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails