klik klik ok!

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Gulai daging salai campur Manggga muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam hari isnin buat teman-teman yg bekerja, selamat bertugas kembali. Buat teman2 yg suri rumah juga selamat bertugas ye...lakukan kerja kalian dgn seikhlas hati. Mudah-mudahan segala urusan kita hari ini dipermudahkan...amin.
Alhamdulillah kami dah ok dari demam tapi masih ada lagi saki baki batuk dan selsema. Tak sbr nak pulih sepenuhnya, back to be normal. Sayangnya vairus itu sudah menular to my hubby plak. Kesian hubby, kami dh mula ok, dia plak yg tak ok. Uhuk..uhuk..srob..srob..siang malam. Betullah penyakit itu kalau datang mcm ribut kalau pergi mcm siput huhuuu.

Tutup pasal sakit. Semalam hari ahad mas masak gulai daging salai campur mangga muda. Sedapnya melayan tekak yang sebelum ini tak ada deria selera hehee. Rasa manis daging yg dibakar, pedas lemak dan masam dari mangga betul2 membangkit selera. Tambahkan lagi dengan sayur kangkong goreng......sedap betul! Tapikan daging tu mas tak salai atas bara, just panggang dlm oven so kurang sikit ler nikmatnya kannnn...

Syoknya...kalau kat kampung boleh mkn daging salai yang pure atas bara. Bau bara asap arang/kayu api yg melekat pada daging itulah menjadikan bau gulai tu nnt tersangatlah harum. Sayangnya duduk bandar tak dpt nak rasa semua tu makanya panggang dlm oven jelah ye hui..hui..huiii.

Resepi : Daging Salai campur Mangga muda
Olahan : mrs sunnies home

Bahan-bahan :-

Daging salai secukupnya - hiris
Santan kotak M&S - saiz kecil
15 tangkai cili padi - tumbuk lumat
1 inci kunyit - hidup tumbuk lumat
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
1 biji mangga muda - hiris
Air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Dalam periuk satukan daging salai, asam keping, serai dan bahan tumbuk. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan air paras daging dan masak hingga mendidih. Masukkan mangga, biarkan seketika.
3. Masukkan pula santan, sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. 
4. Bila mangga dah empuk dan santan dah masak serta rasanya sudah cukup memuaskan maka padam ler api tu.

nota mas : mas bakar daging dlm oven selama 40mnt suhu 200c. Semasa membakar balikkan daging selepas 20mnt supaya daging masak sempurna. bila daging dh sejuk baru hiris sederhana nipis.


Sedang menghitung hari...tak sabarnyaaaa nk berholiday..fly..fly...yeppi!

Thursday, September 20, 2012

Daging Kicap ala Rendang Dendeng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sihat ke kawan2 semua? Mas baru je ok dari demam yg tak berapa deman hihihi. Apa2 pun doa mas semoga kawan2 semua berada dibawah lindungan Allah swt, amin. 

Ok, terlebih dahulu mas nak mintak maaf banyak2 sbb tak balas lagi peti pesanan dari kawan2. Maaf ye, mas belum punya kesempatan untuk membalas. Seminggu mas menghilang sebelum ini sbb kami balik kg, bapa saudara meninggal dunia akibat sakit tua. Pasal tu rumah maya sunyi je. Bukak je pintu rumah terus update n3 pasal amani then senyap lagi, hah time tu mas tak sihat plak.... now dah ok :)

Terima kasih kepada kawan2 yg sudi tinggal pesanan, InsyaAllah mas akan bls dan jejak korang ye ;)
Wokey...now kita ke agenda utama, picass yg mas paparkan nie dah lama terperap dalam post cuma tinggal nak edit je. So memangdangkan hari ni mas dah sht serta punya kelapangan terus mas update, kalau dok tangguh2 jawabnya sunyi sepi ler rumah maya ni.

Rasanya lepas ni memang rumah maya ni akan sunyi dan kali ini mungkin lama sikit. Mas ada kerja yg perlu di selesaikan dahulu. Ada projek sikit, projek tak berapa besar la hihihi. Apa2 pun selesai je projek tu nanti, mas khabarkan pada kawan2 semua ok! heheeeeee..
Ok cukup sudah. Berbalik kepada agenda utama. Siapa yg kat luar sane suka makan kicap? Angkat tangan! saya suka...saya suka....kicap sedap, kicap best kannnnnn. Di sebabkan suka sgt makan kicap maka mas pun buat ler resepi daging kicap ala rendang dendeng! I tell uuuuu my hubby kemain suka, siap kate "nnt buat lagi ye" wut..wutttt..

 Apa yg best dgn daging kicap ni? best sbb rasa nye mcm rendang sikit then byk guna bawang goreng. Kat rumah mas memang sentiasa ada stok bawang grg.... bwg goreng buat sendiri tau! tu yg tetiba rajin nak merendang hehehe. Sebelum si polan tu memuji diri sendiri akan kesedapan daging kicapnya hahaha perasan! Kawan2 cuba lah enak deh...yok coba hihihi.

Resepi : Mrs sunnies home 

Bahan-bahan :-

1 mangkuk daging (lbh kurang la) - hiris nipis, rebus hingga empuk.
3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
8 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sb cili kering kisar
1 sb gula
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
4 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
1 sb sos tiram
1 genggam bawang goreng
sedikit garam

Cara-cara :-

1. Tumis seketika 3 sekawan
2. Masukkan bahan2 hiris, tumis sehingga jadi bawang goreng.
3. Masukkan pula cili kering, tumis hingga cili masak/pecah minyak, perasakan dgn gula dan garam.
4. Masukkan daging, kaup balikkan seketika.
5. Masukkan semua bahan sos, kacau rata sehingga semuanya sebati.
6. Akhir sekali masukkan bawang goreng, gaul rata2, bila dah pekat/berubah rupa mcm rendang boleh la padamkan api. 



Cuba JANGAN tak cuba!

Wednesday, March 7, 2012

Daging Kisar 3 Rasa....Saya sgt rajin!


Optsss! jangan disalah erti dengan tajuk itu. Daging kisar 3 rasa bukanlah daging yg dijual dengan 3 perasa tapi ia adalah daging kisar yg mas masak dengan 3 rasa hihihi. Eh sebelum itu, assalamualaikum dan selamat malam rakan belog semua. Tengah buat apa tu? Nonton tv ke? mlm ni tak ada cerita yg menarik pun, sekejab2 tukar chanel nak cari ceti best kononnya tp hampa so rasa bosan pulak. Nak tengok cd malas sbb dah nak tengah malam, kang nnt bukan kita tgk tv tp tv yg tengok kita hehehe....

Dah nak tengah malam ni ada ke org BW lg? kalau ada baguslah, moh singgah sini lama2 tgk daging kisar 3 rasa mas ni hihihi. Hari nie mas rajin sgt update n3 sampai 2 kali. Bukan apa, jeles plak tgk org lain dok tayang menu banyak kali dlm sehari so kita ni pun nak ikut sekali la. Hehehehe...tak adalah, sebenarnya esok pagi mas nak balik kg. Esok amani ada apt dengan doc untuk cucuk 8 bulan. Dah alang2 turun seremban so terus panjang langkah ke PD lah hihihi. Manyak sonok wooo dpt jumpa mama. 


Bila dah sampai kg tu paham jelah memang tak dan ler nak update blog dan bermuka buku sebab kat rumah mama tak ada internet dan line berukband pun sgt slow macam siput comel. Nasib baik skrg ni rumah sepupu, sebelah rumah je ada wifi so bolehlah kami tumpang setingkap nge..nge..nge.. Nak cuba try testlah update n3 sok mana tau laju je kan.

Ok, dah dulu membebel dan sekarang mas nak tunjukkan resepi rahsia dari dapur mas ok. Wahhh gitu tau!

Bahan-bahan
400gm daging kisar ramli
2 ulas bwg putih - racik halus
1 biji bawang besar - potong dadu
1/2 inci halia - hiris nipis dan dadukan
1 sudu kecil serbuk lada sulah 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu bsr kicap manis
1 sudu besar jus lemon - nak guna cuka masak pun boleh je
Garam secukup ras
1/2  cawan air

Cara-cara
Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan daging kisar hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan. 
Masukkan semua bahan sos dan kacau seketika.
Masukkan pula air dan garam. Kacau lagi, masukkan pula daging kisar dan lada sulah. 
Gaul rata2, agak2 dah kering dan cukup rasanya bolehlah padamkan api.  

Tuesday, January 17, 2012

Daging Paprik cara saya!


As salam dan selamat pagi wahai rakan belog semua. Semoga hari ni adalah hari yg lebih baik dari semalam dan semoga hari2 kehidupan kita penuh pahala, keberkahatan dan keredhaan NYA..amin.   Pesanan bersama Tingkatkan PRESTASI kurangkan KONTROVERSI, Tingkatkan PAHALA, Kurangkan DOSA! Renungkan dan selamat beramal  :)


Ok pagi nie mas nak tayang menu Daging Paprik yang mudah dan simple. Penyediaan sangat mudah dari bahan2 yang sedia ada dalam peti sejuk je. Yelah kekadang sebagai wife, sesiapa sahaja, mesti bingung nak masak apa. Setiap hari  dok pikir esok nak masak apa ye? kalau nak masak itu bahan yang nie tak ada, nak masak macam nie tak cukup bahan plak so yg paling mudah gunakan kreativi sendiri untuk mengubah masakkan itu menjadi yang TERBAIK. Main campak2 tu selalunya best la hehehe...masuk bakul angkat sendiri makcik ni tau!



Sebelum makcik tambah memuji diri sendiri, sebelum korang muntah baik stop! makcik nie kekadang terover shadow tau hihihihi.... Jom kita tengok bahan apa yang mas guna k. Sudi-sudikan la mencuba resepi dari dapur mas yang tak seberapa nie ye.

Bahan-Bahan :-
1 mangkuk kecil daging - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris kasar
2 biji bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
1 batang serai - ketuk
1/2 btg lobak - hiris nipis
1/2 sudu bsr cili kering kisar
2 sudu bsr sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu bsr kicap manis
1/2 sudu bsr sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
Minyak secukupnya untuk menumis. Tumiskan bwg putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kering dan tumis hingga cili kering masak. Letakkan pula daging (pastikan minyak betul2 panas), goreng sampai daging kecut. Letakkan sos tiram,sos cili,sos tomato, kicap manis dan garam. Gaulkan lagi. Tambahkan sedikit air supaya daging masak dan empuk. Masukkan pula bawang besar dan lobak. Kaup balikkan hingga semuanya masak. Tambahkan air kalau daging tak empuk lagi. Bolehlah matikan api, hidangkn bersama nasi panas, telor dadar dan kacang buncis. Sedapppppp.......you!

Friday, November 4, 2011

Sup Daging dan Salam Aidiladha

As Salam semua


Salam Jumaat. Sempena Hari raya Korban yg bakal tiba hari Ahad ni, kami nak ucapkan Selamat Aidiladha untuk semua. Diam-diam dah November pun, lepas nie Disember pulak. Nak habis dah tahun 2011. Semoga sepanjang tahun ini sudah banyak amalan kebaikan yg dah kita lakukan. Kongsi resepi pun satu amalan yg baik kan? Insya Allah.....


Oklah cite pasal raya korban nie, ai nk tayang menu daging. Sesuai sgt lah tu! 


Sup Daging, resepi ni memenag sesuai utk org yg nak kejar masa a.k.a dlm bhs singkatannya malas! 


Waaaah kau Temah, hari jumaat ni pun mulut nak jahat tau! tak baik! hehehe... tak adalah, sebenarnya ai malas nak ketuk2 lesung so main hiris2 pastu srenggggggg (perkataan baru hihihi) siap!


Sup Daging pucat!

Bahan-bahan :
1 mangkuk daging
1 biji bawang besar - hiris
2 biji bwg putih - hiris
1/2 inci halia - ketuk
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & biji pelaga)
2 biji kentang - belah 4
1 btg carrot - potong serong
1 btg saderi - potong serong
1 ikat daun sup - racik kasar2
Serbuk lada hitam dan putih
Serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :
Tumiskan seketika 3 sekawan. Masukkan pula bahan hiris dan halia. Tumis sampai naik bau. Letakkan lada putih dan hitam (suka pedas letak banyak). Tumiskan lagi sampai kekuningan. Masukkan daging pula. Tumis lagi sampai daging jadi kecut. Letakkan air secukupnya. Masukkan kentang. Biar air menggelegak sampai daging dan kentang empuk. Perasakan garam dan pati aym secukupnya. Bila rasanya dh sedap, masukkan btg saderi. Biarkn beberapa minit dan akhir sekali masukkan daun sup dan bwg grg.



Friday, July 1, 2011

Daging Lada Hitam & Welcome SYA'ABAN


 Salam Jumaat semua. Salam penuh keberkhatan dan kenikmatan di hari Jumaat yg mulia. Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga hari ini kita di beri rezeki yang melimpah ruah dari NYA. Semoga alaman kita mendapat gajaran pahala dari NYA amin.


 It's daging lada hitam again! hihihi dapur ai dh berasap semula okeys. Malam tadi di atas kerajinan tanpa paksaan dengan penuh kasih sayang dan kerelaan (ayatttt ntah pape je) ai berkentang-kentung kat dapur. Bunyik macam yeye je nie, walhal masak menu simple je! Just masak daging lada hitam dan sayur kubis goreng je. Aik? dua menu je ke kak kiah oi? ye lor.... itu je yg ai rajin ngeee... oklh tu! lagi pun sambal ikan bilis pagi tu ada lagi so kira oraitlah tu dari nan adooooo wakakaka. Resepi? ai malas nak tulis so kalau nk resepi silalah ke SINI. Daging lada hitam ni makan dgn nasi panas2 memang syok!


Welcome SYA'BAN! Alhamdulillah hari ini 1/7/2011 datangnya bulan Sya'ban yg penuh dengan kelebihan yg Allah SWT berikan. Antara kelebihan yg Allah SWT berikan ialah bulan syaaban amat bermakna bagi para hamba yang iklas. Banyak hadis Rasul S.A.W. yang di riwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah Nabi Muhammad S.W.A bersabda :- Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulan ku dan bulan Ramadhan adalah bulan umat ku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan untuk menyucikan diri dari dosa. Sesungguhnya yang baik hanyalah dari Allah swt dan yg buruk dtgnya dari kita. Untuk mengetahui lebih banyak kelebihan bulan SYA'ABAN silalah klik petikan di bawah ye :)

Petikan di ambil dari SINI







MoDe : masalah betul ler dgn internet ni.... slow ya amat! naik berapi mata den ni hah!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails