Hitam itu menawan
Main masak-masak lagi ;-) Kali nie aku paparkan salah satu makanan kesukaan kami. Mudah, simple dan cepat! Memang sedap dimakan dengan nasi panas. Resepi ini juga bagus untuk mereka yang dalam pantang bersalin hihihi... Moh kita tinjau ape bahannya....
1 mangkuk daging - potong lebar dan nipis
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia - nak buh 1 inci pun boleh
1/2 sudu besar lada hitam
Sedikit garam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 - 2 sudu besar jus lemon - boleh gantikan dengan cuka masakkan
1 ulas bawang besar - potong 4 dan ceraikan
1 biji kentang - potong 6
Minyak zaiton untuk menumis
* Tumbuk lumat bawang putih, halia, garam dan lada hitam. Perapkan daging dengan bahan tumbuk selama 15-20minit*
*Dalam bekas lain, satukan sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan jus lemon*
Cara-cara:-
- Semasa menumis perlukan minyak yang lebih supaya daging masak dengan sempurna (sbb itu digalakkan menggunakan minyak zaiton)
- Mula-mula gorengkan kentang dan asingkan
- Tumiskan daging yang sudah diperap (pastikan minyak betul2 panas)
- Tumis hingga daging bertukar warna coklat. Masukkan pula bawang besar dan tumiskan lagi hingga bawang layu
- Kemudian masukkan pula bahan sos dan kentang (masa nie bolehlah kecikkan api sedikit)
-Masakkan ia sampai daging betul-betul masak dan terbit minyak.
Sedapnyeee makan lauk ni dengan nasi panas-panas....
Mood : Jom makan!
bestnya mas..
ReplyDeletelama tak buat lauk ni..
sukee..
kasihredha : akk pun suka ye? hihihi samalah kita... makan nasi dengan lauk ni je pun dh cukup kan?
ReplyDeleteSedap nya.. akak suka sangat lauk cam ni..makan dgn nasi panas pun dah ok.
ReplyDeleteYan : kak yan pun suka ke? yelah kak mmg sdp mkn ngan nasi panas :)
ReplyDelete