klik klik ok!

Wednesday, March 7, 2012

Daging Kisar 3 Rasa....Saya sgt rajin!


Optsss! jangan disalah erti dengan tajuk itu. Daging kisar 3 rasa bukanlah daging yg dijual dengan 3 perasa tapi ia adalah daging kisar yg mas masak dengan 3 rasa hihihi. Eh sebelum itu, assalamualaikum dan selamat malam rakan belog semua. Tengah buat apa tu? Nonton tv ke? mlm ni tak ada cerita yg menarik pun, sekejab2 tukar chanel nak cari ceti best kononnya tp hampa so rasa bosan pulak. Nak tengok cd malas sbb dah nak tengah malam, kang nnt bukan kita tgk tv tp tv yg tengok kita hehehe....

Dah nak tengah malam ni ada ke org BW lg? kalau ada baguslah, moh singgah sini lama2 tgk daging kisar 3 rasa mas ni hihihi. Hari nie mas rajin sgt update n3 sampai 2 kali. Bukan apa, jeles plak tgk org lain dok tayang menu banyak kali dlm sehari so kita ni pun nak ikut sekali la. Hehehehe...tak adalah, sebenarnya esok pagi mas nak balik kg. Esok amani ada apt dengan doc untuk cucuk 8 bulan. Dah alang2 turun seremban so terus panjang langkah ke PD lah hihihi. Manyak sonok wooo dpt jumpa mama. 


Bila dah sampai kg tu paham jelah memang tak dan ler nak update blog dan bermuka buku sebab kat rumah mama tak ada internet dan line berukband pun sgt slow macam siput comel. Nasib baik skrg ni rumah sepupu, sebelah rumah je ada wifi so bolehlah kami tumpang setingkap nge..nge..nge.. Nak cuba try testlah update n3 sok mana tau laju je kan.

Ok, dah dulu membebel dan sekarang mas nak tunjukkan resepi rahsia dari dapur mas ok. Wahhh gitu tau!

Bahan-bahan
400gm daging kisar ramli
2 ulas bwg putih - racik halus
1 biji bawang besar - potong dadu
1/2 inci halia - hiris nipis dan dadukan
1 sudu kecil serbuk lada sulah 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu bsr kicap manis
1 sudu besar jus lemon - nak guna cuka masak pun boleh je
Garam secukup ras
1/2  cawan air

Cara-cara
Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan daging kisar hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan. 
Masukkan semua bahan sos dan kacau seketika.
Masukkan pula air dan garam. Kacau lagi, masukkan pula daging kisar dan lada sulah. 
Gaul rata2, agak2 dah kering dan cukup rasanya bolehlah padamkan api.  

10 comments:

  1. makan dgn roti pun best ni...

    sesekali buat le entry pasal anakanda..
    kirim ciumn sikit pada anakanda ye...muahh

    ReplyDelete
  2. kasihredha

    Idea yg menarik tu kak. Nnt bila masak daging tu lg, mas nak makan dengan roti perancis. Wahhh..dah terbayang-byang ni hehehe...

    ok kak, akan mas update pasal amani. Dh sampaikan salam cium akk n amani balas balik, hugs auntie kasih byk kali! hihihihihi....

    ReplyDelete
  3. mebeles...tak ade lauk lain pun takpe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak, slmt bkenalan ye...

      Betul3x....suami mas ratah cam gitu je kak hihihihi....

      Delete
  4. As'salam Mas

    rajinnya update malam2. tak kisahlah Mas janji blog tak sunyi dan tak berhabuk kan..hehehe. Nampak sedap daging 3 rasa ni..tapi daging tinggal cenonet jer tu :)

    K.ct pun insya'Allah akan balik kg ke Johor juga Sabtu ni, nak zirah abg ipar yang koma di hospital JB dah sebulan lebih. semalam dapat call dr sana doktor kata mungkin tak ada harapan..k.ct hanya brdoa semoga Allah panjangkan usianya dan k.ct sekluarga dapat jumpa bila tiba nanti..doakan bersama ya Mas :)

    ReplyDelete
  5. salam mas...mmg nmpk sedap pun lauk tu, ni kalau mkn ngn nasi kompem bertambah ni....hihihihi
    anyway thnx yer sudi cuba resepi mee bandung akk, walaupun mas derhaka sikit tp xpe, akk redha....ekekkekeee

    ReplyDelete
  6. Liza Mar

    Wsalam kak liza...
    cubalah kak, jgnkan nasi nak cuba makan dgn roti pun boleh kak :)
    sama2 kak, hihihi sori sy terderhaka nge..nge..nge...tp mee bandung dr resepi akk tu mmg sedap!

    ReplyDelete
  7. Hem nampak menyelerakan....bolehla akak nak try

    ReplyDelete
  8. Paty
    Silakan kak...dh cuba jgn lupa bg tau sy ye :)

    ReplyDelete
  9. sedapnye..makan lak dgn nasi panas or roti putih gardenia pun sedap fuhhhh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails