klik klik ok!

Wednesday, March 7, 2012

Bihun Goreng Udang Kering


Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semua, sihat ke? semoga setiap hari Allah swt berikan kita kesihatan yg sebaiknya agar kita dpt menjalankan kerja2 yg telah di amanahkan, tak kiralah sama ada kerja dipejabat mahu pun dirumah dan dengan kesihatan yg baik juga dapatlah kita beribadah dgn sempurna.

Hari nie hari rabu, masih lagi hari bekerja dan selalunya kalau hari bekerja bg suri rumah bermaksud hari2 didapur kan? dari hari isnin sampailah jumaat mesti dapur sentiasa berasap je. Pagi masak lain, tengah hari masak lain dan malam masak lain. Itu belum masuk minum petang lagi hehehe...tengok betapa kerja kerasnya suri rumah didapurkan? Cutinya bila tiba hujung minggu je. Time tulah incik suami bg can isteri nya tutup dapur dan bukak dapur org plak hahaha bestnya! tapi kekadang si isteri lebih suka duduk dapur cuba resepi baru lebih best, lebih enak dan lain dari biasa kan kan kan. Sama juga dengan isteri yg bekerja, hari minggu adalah hari dapur, hari berkumpul seisi keluarga dan makan semeja. Kualitikan masa dan rasa bersama tak gitu? 

Ok, cukup2 lah membebel ye mas, dah nak merapu dah tu hihihihi. Kita terus ke agenda utama. Dinner malam tadi mas ada masak bihun goreng udang kering. Ini kali pertama mas try masak bihun campur udang kering. Selama hari ini, seboleh-bolehnya mas cuba elakkn makan udang kering sbb takut jadi kegatalan yg tidak boleh dikawal jari nak menggaru je huhuhu...Tapi semalam mas derhaka dgn diri sendiri selepas pekena terung sambal tumbuk yg ada udang kering terus mas gatal nak makan udang kering je! Hah betullah tu kegatalan yg tidak boleh dikawal hahahaha!



Bahan-bahan
2 keping bihun - rendam sampai lembut
2 ulas bawang putih *
4 biji bawang merah*
1 sudu besar udang kering*(bahan * tumbuk. Bawang merah dan putih tumbuk skali sampai lumat. Udang kering tumbuk kasar)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 mangkuk sawi
6 ketul fish ball - potong 
1 mangkuk daging ayam
2 keping fish cake - goreng dan asingkan
Garam secukup rasa
Sedikit air untuk melembutkan bihun


Cara-cara
Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan sekejab udg kering hingga warna coklat sedikit. 
Terus masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau/kekuninggan.
Masukkan pula cili kering, tumis sampai pecah minyak dengan api yg kecil.
Masukkan pula ayam, kaup balikkan, bila ayam dah masak masukkan pula fish ball.
Kacau2 sebentar, masukkan pula semua bahan sos, kacau lagi.
Masukkan sedikit air dan garam. 
Bila dah menggelegak masukkan pula bihun. 
Kaup balikkan hingga bihun lembut, masukkan pula sawi. 
Bolehlah padamkan api bila sawi dan bihun masak sepenuhnya.
Hidangkan bersama dengan fish cake yg dah digoreng tadi. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails