klik klik ok!

Thursday, November 29, 2012

Dugaan Allah SWT

gambar lama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kawan2 apa khabar? diharap semuanya berada didalam keadaan sihat dan sejahtera, maklumlah cuaca yg tdk menentu skrg ini mengundang pelbagai penyakitkan. Kami alhamdulillah sihat dan to be back to normal! cewah wawawa betul ke spekang mak ni?

Alkisahnya begini..hari khamis yg lepas hubby hantar mas n amani pulang ke kg untuk jaga mama yg tak sihat dan kebetulan pula cuti minggu tu my kazen kawin tp rupanya sudah bertukar kepada menjaga Amani beserta pakej berkampung di KPJ Seremban.

Rupenya 2 hari hilang selera makan dan minum walaupun kami sogok dgn makanan peberetnya dia hanya jamah sedikit sahaja tp kami tetap tak ambil serius sbb kami pikir mungkin itu perubahan angin sahaja adalah petanda dia sakit sebenarnya. Kemudian masa sampai kt kg dia demam panas serta kurang sgt makan, minum dan menyusu. Masa tu kami dah panic dan keesokkan paginya hari Jumaat kami bawa dia ke KPJ yg kebetulan hari tu memang dia ada apt dgn doc. Sangkaan kami dia demam biasa tp rupenya dia dh terkena jangkitan kuman kaki, tangan dan mulut! 

Ya Allah, patutlah dia tak ada selera nak makan rupenya dlm mulut dia penuh dgn ulser! nasib baik masih di peringkat awal dan bintik2 di kaki serta tangan masih tdk kelihatan. Bayangkan kalo kami pikir dia cuma demam biasa sahaja dan cuma bg dia ubt demam tanpa rawatan doc...Ya Allah..taknak kami bayangkan!

Nak tak nak amani kena gak tahan sbb kurang makan dan minum takut nnt akan menjadikan badannya lemah. Biarlah doc rawat dengan teliti lg pun umurnya yg baru setahun lebih memang memerlukan rawatan rapi dr doc. 5 hari berkampung di KPJ, 2 1/2 botol air doc masukkan dan rawatan ubat-ubattan akhirnya amani pulih. Alhamdulillah.

Memang penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak2 dibawah umur 5 tahun. Sangat mudah terkena ketika di taman permainan dan kawasan sesak terutamanya supemarket. Dan ia bukanlah penyakit yg serius hingga mengancam nyawa tp ia perlu rawatan yg sgt rapi supaya segera sembuh. Semua pakaian yg sudah dipakai hendaklah direbus, mainan yg sudah di sentuh hendaklah dibasuh atau dilap bersih menggunakan tisu nyah kuman. Sudu, pinggan, mangkuk yakni peralatan dia hendaklah direndam dgn air panas supaya kuman2 yg terlekat sebelum ini mati dan tidak berjangkit kepada kanak2 lain.

Untuk usia amani, bila terkena memang doc akan tahan kerana dia tidak punya antibody yg kuat untuk melawan. Hilang selera makan hanya akan menjadikan dia bertambah lemah untuk melawan maka dengan memasukkan air dlm bdn dpt beri dia tenaga supaya dia kuat dan aktif. Kami juga kena kuat semangat supaya dia juga ikut sama. Dalam hati hanya Allah swt saje yg tahu perasaan kami.

Alhamdulillah skrg dia dh pulih namun masih ada lagi saki baki di kaki dan tangan dan masih lg perlu di kurantinkan dalam rumah selama 5 hari atau sehingga jangkitan itu kering bertukar menjadi warna cokelat.

Kepada yg bertanya khabar amani, terima kasih kami ucapkan..kak nadz terima kasih ye atas doa dan kate semangat hihiii...

Tapi hati kami ada sedikit berbekas apabila ada suara2 yg mengatakan kami seakan mengada-ngada hantar ank ke KPJ, walhal penyakit itu tak serius dan tak perlu sampai kena tahan wad! Percayalah bukan kami nak menunjuk atau sengaja mengelak dari merewang tp kami ikut nasihat doc yg lebih arif dan tahu. Kami hanya mahukan yg terbaik untuk ANAK KAMI. 

Sekian.

Wednesday, November 21, 2012

Ayam goreng 3Rasa.........selsema!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama juga rumah ini tdk bersiaran kan? Puan rumah agak sibuk(tak menjahit manik pun) ukur jalan dan skrg ini tengah dilanda selsema pula. 

Alahai... tak suka tp setiap penyakit yg Allah swt beri itu adalah tanda kasih dan syg dari NYA. Sebagai hamba yg kerdil terima la dengan sabar. Memalam tak blh tidor hidung tersumbat loh huhuhu...
 Bila selsema dah tiba pasti akan disusuli dgn demam dan sakit kepala serta rasa tekak yg tidak berapa sedap nak menjamah makanan. Pening juga en suami memikirkan selera bini nya yg kadang kala terlebih mengada pule huhuhu...

Sudah beberapa hari dapur mas tak berasap dan pagi ni mas diberi kekuatan utk memasak semula, Alhamdulillah.  
 Untuk menyelerakan tekak yg tgh kurang selera, mas cuma masak ayam grg yg ada rasa pedas, masam dan manis serta sayur peria yg pahit. Rasanya lauk dan sayur yg dimasak mcm tu dh cukup utk menyedapkan perut hihiiii. Simple but enak...boleh gitu!
Resepi : Mrs sunnies home

Bahan-bahan :

6 ketul ayam - goreng separuh masak
1 biji bawang bsr - belah 6
1 biji bwg putih - hiris
2 sb sos tomato*
1 sb sos cili*
1 sb sos tiram*
1 sb jus lemon*
5 tangkai cili padi* - hiris/ketuk
Sedikit air
sedikit daun ketumbar/sup - hiris kasar

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan betanda *, ketepikan.
2. Tumis bwg besar dan bwg putih hingga naik bau.
4. Masukkan bahan no 1, kacau.
5. Dah mendidih masukkan pula air, kacau seketika.
6. Masukkan pula ayam grg, kaup balikkan sesekali.
7. Bila kuah agak pekat, masukkan pula daun ketumbar, gaul rata dan padamkan api. 

Friday, November 16, 2012

Sah! dia suka burung!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cerita Amani.
Banyak2 haiwan, burung juga yang paling dia suka! Tak kisah la burung jenis apa pun, asal nampak burung mesti teruja. Even brg gagak yg hitam tu pun dia blh layan! heheeee... 

Bukan setakat burung, haiwan2 yg berbulu-bulu kecuali ulat bulu, dia sgt suka. Monyet yg bunyik uhuh..ahah..yg tak comel tu pun dia suka. Kucing lagi la kan. Sah! memang sah la tu! Hehee..nak jadi doctor haiwan agaknya dia ni. Ok la tu doctor haiwan pun kerja yg mulia.


itu burung putih tau...eh betul ke?
yeyee ank beranak dok ninjau hihi...


anak dan bapak..bukan ada apa2 pun kt situ, lakonan semata hihiiii
alamak! mana pergi kepala burung nuri tu? 


Tengok... senyum ceria ank den! 

Lokasi di Taman burung KL.
Kami bawa dia ke situ sempena besday dia yg pertama, dan itulah pertama kali kami dedahkan dia dgn udara yg penuh dgn hame dan besoknya juga dia DEMAM!

Selepas itu la haiwan2 yg tdk berbulu langsung tdk menarik perhatiannya. Alahai ank den!

Thursday, November 15, 2012

Ikan goreng Kerabu mangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Maal Hijrah, tanamkan azam menjadi insan yg lebih baik, menjadi isteri yg lagi solehah, menjadi anak yg lebih berjasa dari sebelumnya.. amin. 

Cuti lagi..so apa agenda hari ni? Kami takde aktiviti yg luar biasa pun, cadang nak bawak amani jejalan cuci mata, tapi tulah selalunya akan bertukar kepada omaknya yg lebih cuci poket huhuuuuu.
 Ikan grg kerabu mangga ni gambar dah lama dan baru skrg berkesempatan mengupload walaupun sbrnya ia tak tersenarai nak di n3kan sbb rope paras gambar tu sungguh tdk MENGGODA tekak. Tapi terpaksa juga ditayang umumkan sbb dapur mas dah 2 hari tak berasap youuuu heheee...
Korang buat2 la tergoda ye kalau tak tuan rumah kecik hati...
Hahahaha ngade-ngade sungguh!

Tuesday, November 13, 2012

Banana Bread

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy Deepavali!
Selamat bercuti dan bersukaria ye.

Terima kasih kpd semua jiran tetangga yg sentiasa sudi menyinggah disini. Kepada jiran baru Selamat Datang dan jgn jemu singgah tau.
Sempena cuti depavali ni apa kata kita makan roti pisang yg sgt mudah penyediaannya. Tak perlu nak timbang dan putar2 guna mesin, bahan2 pun sgt senang yg penting pisang harus ada la kan. Roti pisang ni mas dh buat 2 kali cuma kali ke 2, kek tak berapa menjadi pula, hummm mungkin mas terlebih letak coklat rice kot huhuuuu tulah sape suruh kan :(
Nampak gayanya hari ni mungkin mas tak boleh bw la, kami ada byk urusan di luar. Mungkin malam2 sikit baru mas dtg jejalan ye jiran2. Selamat beristirehat bersama family ok. Muahhhhh!

Resepi ni mas ambil dari dapur Kak Marshita Yahya yg dapurnya sentiasa ada resepi kek pisang yg mudah2 saje. Terima kasih kepada kak marshita yg sudi share resepi dan izinkn saya coppy n paste disini pula ye.

Resepi : Mindysdeli
Sumber : Kak Marshita Yahya

Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
Secubit garam
1/4 cwn margerine -- dicairkan
1 cwn gula perang
1 cwn susu penuh krim
1 cwn pisang yang telah dilecek
1 cwn raisin
1 cwn chocolate chips

1 sk essen vanila - mas tambah

Cara:

Panaskan oven 180 Celcius (@ ikut kesesuaian oven anda, saya panaskan pada 140 Celcius). 

Lecekkan pisang dan campurkan baking soda. Ketepikan. Dalam mangkuk lain campurkan tepung, baking powder, gula serta garam.

Campurkan margerin dan susu ke dalam campuran pisang tadi dan kacau rata. Masukkan campuran tepung dan kacau sebati. Asingkan secukupnya chocolate chip dan raisin untuk hiasan dan selebihnya masukkan ke dalam adunan dan gaul rata. Hiaskan atas adunan dengan chocolate chip dan raisin yang telag diasingkan tadi.

Tuang ke dalam tin pembakar roti dan bakar untuk 45 minit. Kurangkan suhu ke 150C dan terus bakar hingga 15 minit atau sehingga roti masak. (Saya kurangkan ke 120 C dan terus bakar selama 10 minit saja).


Keluarkan roti dari oven dan sejukkan sebelum dipindahkan ke atas redai. Bolehlah dipotong selepas 2-3 jam.


Sunday, November 11, 2012

Cuti-cuti Melaka

Biar gambar lama yg cerita...
tapi mcm tak patut je? kot gambar tu blh bersuara takpelah juga kan? Haish...malas nak berceloteh lah tu... 
Cerita pendek. 
Ini hotel tempat kami bermalam, 1 mlm je, supprise from hubby, memang best sbb makanan dia sedap! heheeeee
Masa masuk muka dia bukan main cuak. Risau gak takut dia taknak..haru pulak nak blk Kl semula. Nasib baik ada astro chanel cartoon....lega.
Sgt puas hati...deco simple, cntik, bilik luas n katil harus besar arrr...amani tidor lasak!
Before balik bergambar la dulu. Mokci tgh verangan...biarlah rahsia heehaiii! 
Janji snap! Kami pusing2 Bdr Melaka, singgah beli buah tangan yg harus beli kalo ke situ (kes nak pendekkan cerita la tu)
Pestime bwk amani pergi zoo, kami sgt teruna & seronok! sayangnya ank den...umur dia 2 ++ baru suka kot.
Serius! tak byk gambar haiwan dlm camera sbb kami naik tren. Nak jalan kaki? perghhh jauh tu. Naik ketepi pun amani bosan sangat2, ini kan pula kalo kami berjalan? 

The End

Friday, November 9, 2012

Crepe Durian.............sedap!!!

Assalamualaikum, slm sejahtera dan salam jumaat. 
Jom kwn2 kita basahkn lidah dgn zikir2 yg indah. Banyak nikmatnya tau...InsyaAllah.

Begini ceritanya, bila org lain dok tayang crepe dorian yg gemux2 dlm fb dan blog...hamboiii kita kat sini punya la sentap! kemain lagi korang ye...saje lah tu kannn. Tak nak ketinggalan, kita pun gigih nak buat juga walaupuuun...gitu le ropenya.

Ada bau tak? haruuuuum...sedap betul!
Beriya-riya org tu menggoogle resepi yg paling senang. Yes! jumpa siap dgn tutorial lagi! Lopeh tu kami cari ler dorian...jumpa! Beli saiz yg kecik je sbb isi perut tak ramai. Misi diteruskan, incik suami pun kopek ler durian tu dgn amaran keras dari bini tcinta JGN MAKAN! kejam kan? Kami ni hantu durian karang tak jadi crape plak huhuuu.
Kopek durian siap! Sediakan bahan2 pula, molek je nak mula tetiba nenong..nenong..susu..susu! Alamak amani bagi isyarat la. So tunda ke esok..dah esok..tunda lagi esok! Isi durian dari penuh 1 tuppaware tinggal la cukup2 makan! ni yg mokcik menci, lagi lama tangguh lagi la tak jadi crepe! Akhirnya nekad pukul 9.00 mlm tu juga mas buat. Gedebak gedebuk siap 10 ketul. 
Yeppi!!! sorak..sorak...horey!

Dah horey2, time nak ambil gambar plak bermasalah. Akhirnya 2 hari lepas tu baru la berjaya. Time ni dah tak comel, lebam sane sini, hilang dah gemux, jadi la bantal leper huhuhu.

Sumber : Cahaya cinta ku

Bahan-bahan Crepe :-

50gm tepung gandum
1 penutup essen vanila
sedikit pewarna kuning
1 sb tepung ubi kayu
1/2 sb tepung jagung - mas tambah
1 biji telor
3 sk butter
160ml air
40ml susu segar
2 sb gula halus

Bahan-bahan inti :-
150ml non-dry whiping cream-pukul kental sampai bertanduk
isi durian secukupnya


Cara-cara utk kulit crepe :-

1. Dalam bekas campurkan tepung gandum dan tepung ubi (sila ayak dulu ye tepung2 tu), masukkan sekali gula halus.

2. Kemudian masukkan susu cair/susu segar, kacau sebati menggunakan whisker.

3. Lepas tu masukkan telor (kocok lbh kurang dulu), gaul lagi.

4. Masukkan essen vanilla, air, butter cair dan gaul lagi.

5. Masukkan sedikit pewarna, gaul sebati lagi dan akhir sekali tapiskan adunan. Siap!

6. Panaskan kuali non-stik dgn api yg kecil, tuang sesenduk kecil, dgn menggunakan bontot senduk bulatkn adunan yg tdk terlalu nipis dan tdk terlalu tebal.

7. Masakkan bhg bawah saja sampai kering.

8. Ambil sesudu krim, letakkan di atas kulit crepe yg bhg kering di atas kemudian letak isi durian, tutupkan lg dgn sesudu kecil krim.

9. Lipat kulit crepe kiri dan kanan, bentuk mcm sebiji bantal. Jgn tarik kuat takut terkoyak kulitnya.

10. Simpan dlm peti ais dulu selama 2-3jam. Sedap dimakan semasa sejuk!

Thursday, November 8, 2012

Ikan selar masak Kicap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi korang...today my dapur tayang lauk om bujang jeee.. Org yg malas memang gitu ler kejadiannya. Cop! bukan malas tp rajinnnnnn heheeee...

Bila lauk dah ala bujang maka gambar pun ala kadar la kan... perut dah lapar lorrr... Agak2 cantik je gambar tu terus kemas, hidang atas meja dan bedalllllll... hihiii.

Bahan-bahan

2 ekor ikan selar - goreng dulu
1 biji bawang putih - racik
2 biji bwg besar - racik
sedikit halia - ketuk
sedikit serbuk lada hitam/putih
1 sb sos cili*
1 sb sos tomato*
1 sb sos tiram*
1/2 sb kicap pekat*
1/2 sb kicap cair*
4 sb kicap manis*
1 sb jus lemon*
1/2 gelas air
sedikit garam


Cara-cara

1. Satukan semua bhn bertanda *, ketepikan.
2. Tumis bwg putih, halia dan bwg besar hingga naik bau, masukkan lada hitam, kacau sekejab.
3. Masukkan bhn no 1, kacau lagi dan masukkan pula air.
4. Bila dah mendidih perasan dgn sedikit garam, kacau lagi. Biar sampai kuah jadi sedikit pekat, padamkan api.
5. Lalu curahkan ke atas ikan goreng td, siap!

Wednesday, November 7, 2012

Rama-rama dgn kupu-kupu sama kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi korang...see my klik-klik! cantik tak? ini hasil dari jari keras mas tau. Original from my hand wokey hihihi.

Today kita story pasal rama-rama ye. Chop! rama-rama dengan kupu-kupu sama tak? sama tapi tak serupa or sama tp nama lain? errrr...eh..ntah la huhuuu.
 Semua picas ni mas snap masa pergi ke Taman Rama-rama di KL tempoh hariiiiiii. Lama dah tu kan hehee..kami saja bwk amani jalan2 kat situ supaya dia blh kenal dgn pelbagai serangga dan haiwan selain dari ayam, kucing, lembu, kambing, semut dan burung. Hahahaha kecian ank den kan? Tapi...osah botol lah ank den ni...takdo perasaan sungguh! Riak muka lansung tak teruja! rama2 depan mata pun dia buat dek je. 
masalah..masalah...

Sama kes masa kami bwk dia pergi zoo Melaka sebelum ni, alahaiiii.. kami pula yang naik tensi! Ada sekor kuda padi tu kemain comel hulur kepala celah pagar kandang betul2 mengadap muka amani (ummi n walid excited sungguh ni) amani buat tak nampak je. Dia lebih tertarik tgk budak yg terkinja-kinja jerit mcm ni hah "mumy..mumy...horse! horse!". Kami pun "amani... horse look at you la, cute kan?" no respond! Huh!!!!
 So memandangkan amani sungguh tdk merasakan rama2 itu comel maka mas sajelah yg over teruja tgk menatang tu berterbangan sane sani sambil snap ala2 pro gituuuuuw.

Beriya-riya mokcik ni terjengkit-jengkit, tertonggeng-tonggeng...hah tertonggeng? tak..tak...hihihi, kekonon nak dptkn pose yg menarik! Tak pedulik org pandang yg penting mokcik punya suka la kan nge..ngeeee...


Dan itu ler hasilnya...cantik tak? boleh la kannnnn...
Taman ni tak seperti yg kami bayangkan pun. Igtkan byk la rama2 dari pelbagai jenis terbang sane sini. Lepas tu boleh pegang2, tak pun kerumun kat kami ramai2 tp alahai...malas la cite. Sekeliling taman tu pun nampak sgt suram...tak cantik la.
 What to do? boleh la dari tak ado kan... 
I tell u kan? tgk la muka dak comel tu...sabar je tau!

Tuesday, November 6, 2012

Ayam kampung masak lomak cili api dgn daun cekur!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi kawan2...sht ke? dah bekpes? makan apa? masak apa hari ni? Hah...apa? belum makan..tak tahu nak masak apa?  Ahhah..elok sgt la tu...meh sini intai dapur mas ada lauk best tau! Cewahhhh..wah..wah..kan hihiiii.
Dont play2 arrr... ayam kampung masak gulai cili berapi dgn daun cekur lagi tau! hehehe. Sgt syok mkn dgn nasi panas berulamkan daun pegaga so heaven! Masa makan ada org tu langsung tak toleh org sebelah, kusyuk meratah tulang ayam! mokcik la tu kan. 
Ayam kampung ni mas beli kat pasaraya jusco 1U, saiznya sangat berpatutan dgn isi rumah kami yakni 2 saiz perut je hihihi. Ayam kampung ni sedapnya kena salai dulu so kat pasaraya tentu2 takde kan. Jadi mas bakar dlm oven jelah. Kang kalo menyalai kat luar rumah ada plak yg calling securiti...huhuhu haru.

Masak pun guna santan kotak je, bini si sani ni kalo dah teragak nak masak memang tak blh ditahan so kalo dah nak masaknya waktu ptg, tang mana plak nak cari santan/kelapa parut fresh kan? sah2 kat kedai dh hbs! Nasib baik rasanya sedap heheee.

Resepi : Mas Mrs sunnies home

Bahan-Bahan

1 ekor ayam kg salai
15 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai - ketuk
1 gelas air
200ml santan kotak - mas guna m&s
1 sk gula
1 keping asam keping
2 biji kentang - belah 4
Garam secukup rasa
5 helai daun cekur - racik halus

Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup.

2. Bakar ayam dalam oven selama 20mnt dgn suhu 190c. Bergantung kpd oven masing2. Bakar aym 10 minit ats dan 10mnt bwh.

3. Dalam periuk satukan bhn tumbuk, serai, ayam, asam keping, kentang dan 1 gelas air, reneh sampai kentang empuk.

4. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Sentiasa kacau supaya santan tak pecak minyak.

5. Tambahkn lagi air kalau kuah terlalu pekat.

7. Masak sampai semua bahan masak, akhir sekali masukkan daun cekur. Kacau sekejab, boleh la padamkan api.

Monday, November 5, 2012

Super moist Eggless chocolate Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sihat ke? semoga semuanya berada didalam keadaan yg baik2 sahaja. Pada yg bekerja selamat bertugas lakukan kerja anda sebaik yg mungkin ok. Buat suri rumah selamat mengemas ye... kasi kilat habis tau jgn malas ok.. huhuuu termasuk ler mokcik tuuuu...
Disebabkn mokcik ni terang2 surirumah tangga maka terang2 ler dapur tu harus berasap kan? dan terang2 mokcik ni sayang pokcik maka terang2 perutnya harus dijaga la kan.. hahaha. Osah poning isnin mas ni ek? mengarut sungguh!

Ekceli mas nak bg tahu yg dapur maya mas dah berasap semula! Yeah... jiran2 meh ler singgah ni, meh ambil sepotong dua kek yg mas hidang ni..sedap tauuuuuuuuu.
Pernah makan tak kek coklat lembab? Nak tau tak kek tu gelab tp sgt lembut, lembab dan lemak manis dari rasa koko dan emalco coklat tu bila dikunyah rasa seakan coklat itu berbisik 'jgn berhenti...rasakan keenakkan saya yg sgt moist sgt sedap secara perlahan-lahan masuk kedalam ank tekak. Rasakan..rasakannn'. Hehaiiii berhantu wei! nak lagi..nak lagi..nak lagi dan lagiiiiii. Nasib kejadian mung tak guna telor kalo idok memang teman mikir 3,4 kali ler nak telan kolesterol mung ituw...heheeee.

Sejujurnya kek ni memang sedap! Dalam masa seminggu saja 2 kali oven mas berasap. Rasa kek langsung tak menjemukan tekak kami, lepas tukan kalo tak buh topping pun takpe sbb kelembapan kek itu dah cukup sedap rasanya. 

Untuk pengetahuan resepi kek ini ramai teman blogger yg dah cuba. Mas nak sebut satu2 pun tak hingat yg pasti sesiapa yg dah try mesti suka. 

Terima kasih kepada Kak Dayang di atas resepi kek coklat yg sgt sedap. Best blog kak dayang nie ada mcm2 resepi kek dlm tu. Sekali dah masuk rasa mcm tak nak keluar pulak hihiiiii. 
Izinkan mas coppy n paste resepi di sini ye kak :)


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Kek ni mas bakar guna loyang saiz 4 inci. Sgt2 comel rupe paras kejadiannya. Sekali pandang dah mcm rupe donut cokelat. Mas juga toppingkan dgn coklat masakkan bersama sedikit butter dan mapple syrup, kemudian taburkan almond panggang! 
 Yummi!!!

Sunday, November 4, 2012

Sepi kerana......ini la puncanya!

Hah ini la puncanya yang menyebabkan saya tutup pintu maya rapat-rapat sampai org lain pun tak boleh intai! huiii dasyat kan? heheeeee...

Saya la si tukang penjahit manik! Tak percaya? iye percaya laaaaaa. Ini la kerja saya, ini la projek yg saya story tempooooooh hari tu. Ala jahit yg simple2 je dik non, sesuailah dengan my logo yg Simple itu Cantik! boleh gituwwwww....

 Sori gamboor kabor... time ni dh tgh malam taraaa ku chacha, si tukang amik gambor dh ngantok wei heheee.. Alamak apakah bwh mata itu bintik hitam? Oh no!!!
 Sila tenung manik kat tudung bukan tenung muka saya ye! :)
 Sekali lagi...korang sila pandang tepat ke manik okeyyyyyy!!
 Kesian mokcik tu...mata dah kuyu!

Sayangnya itu saje gambar yg ada dlm simpanan, yang lain dah lepas ke butik. Ralat sungguh tp takpe insyaAllah yg lain2 akan menyusul. Doakan mas murah rezeki ye kawan2...lebiuuuuuuuu la!
Sesape yg nak tgk koleksi manik mas sebelum ini sila ke SINI dah bertahun tak pintu rumah tu...haduuuuuiiiiihai



Apa tu? jeng jeng jeng.....tungguuuuuuuuuuuuu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails