klik klik ok!

Monday, February 13, 2012

Kek Pisang Coklat Chip


As salam dan selamat malam rakan belog semua. Belum terlewat untuk mas tayangkan menu ngeteh kami petang tadi walaupun sekarang ini sudah malam. Biasalah sejak jadi mother ni, masa sgt cemburu kat saya huhuhu. Tak tau kenapa hari nie amani meragam sikit. Mode dia memang tak ok! sekejab2 merengek mintak didokong. Mata mengantuk tapi tak nak tidur, nak main tapi ada saje yg tak kena, hai sabar jelah. 



Ok stop pasal amani. Dah beberapa hari nie tekak mas teringin sangat nak makan kek pisang. Puncanya sejak pekana muffin banana kat starbuck hari tu, tekak ni terus teringat ingat dgn kesedapannya. Memanggil-manggil supaya dtg dan beli lagi,lagi dan lagi. Sejujurnya mas bukanlah penggemar kek pisang tp bila dah rasa kek pisang yg dicampur dgn chip coklat terus mas jatuh cinta. Terima kasih starbuck kerana buat sy gilakan awak hahahaha.....


Teringin sesangat dengan pantas mas terus mintak incik suami belikan pisang dan mas pun selongkarlah resepi sane sini. Dan tetiba mas teringat yg kak kasihredha ada resepi kek pisang yg sangat mudah dan ringkas. Yang best sukatannya cuma guna cawan. Mas pun sama gak macam akk, malas guna gram2 ni hehehe. Dari apa yg kak kasih tulis, dia sendiri tak igt dr mana dia dpt resepi tu. Apa2 pun thanx kak, kek pisang ni sangat best, sedap dan lembut.



Oh ye kebetulan sama tapi tak serupa, hari ini mas macam berjanji plak dengan cekvisionhome dan dari dapur madiha sama2 tayang kek pisang hihihihi. Jom kita terus ke resepi.


*Mas copy resepi dari Kak Kasihredha


Bahan-Bahan :-
1 cawan pisang - yg dah dilecek
3/4 cawan gula pasir - mas guna gula kastor
4 biji telor gred B
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak - mas guna minyak sayuran
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp esen vanila
*4 sudu besar coklat chip - tambah sendiri


Cara-Cara :-
1. Ayak tepung + soda + baking powder


2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan ke dalam adunan pisang lecek tadi dan kacau sebati.


3. Masukkan minyak dan kacau + esen vanila dan last sekali buh tepung sedikit demi sedikit. Kacau pelan2 dan masukkan coklat chip. * mas buat 2 sudu besar masukkn dalam adunan dan 2 sudu lagi mas taburkan atas adunan sebelum dibakar.


4. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak, temp 180.

4 comments:

  1. massss....kek pisang masss cantikkkk sekali..tambah menarik bila letak coklatchip tu.

    Mas, cream tu (cis kek) akak guna whipping cream macam buat tiramisu tu

    ReplyDelete
  2. kasihredha
    thanx kak...resepi dari blog akk nie...sgt sedap dan lembut :)
    ok, nnt mas try plak simple cheese cake tu :)

    ReplyDelete
  3. Cantiiiknya kek tu... Nampak pun sedap sgt... Makan buat minum ptg nie mmg best nie... Sedapnya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails