klik klik ok!

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Alhamdulilah.... sudah 31 tahun aku sambut merdeka rupanya :))
Selamat menyambut hari keMerdekaan yang ke 53 tahun untuk semua rakyat MALAYSIA. Kibarkan bendera Malaysia, kibarkan semangat kita, kibarkan perjuangan kita....
Semoga negara kita akan terus aman damai dan sejahtera hendaknya amin.....




Monday, August 30, 2010

Beef Steak & Whipped Potato

Dah lama rasanya tak update blog ni.... maklum ler dh dekat-dekat nak raya ni sibuklah sikit... lagi pun lagi dekat nak habis puasa lagi buntu nak masak apa? so... hari tu teragak pulak nak masak makanan western lari dari kebiasaan sikit... gambar dalam n3 ni sebenarnya hari tuuuu punya hihihi.....


Beef Steak & whipped potato with black paper sauce

Bahan beef steak
Daging lembu ~ beli yg dh siap di potong khas untuk masak steak
sedikit serbuk lada hitam
1/2 sudu besar sos tiram ~ untuk 2 keping daging
sedikit kicap manis
3 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
1 sudu besar minyak zaiton ~ kalau tak ada minyak zaiton gantikan dengan minyak sayuran pun boleh
*Gaulkan semua bahan di atas dan perapkan selama 20-30 minit. Panggang atas kuali grill dengan api yg kecil sahaja. Sebelum itu pastikan kuali betul2 PANAS*

Bahan whipped potato
3-4 biji kentang ~ rebus
3 sudu besar mayonis
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam/sulah
5 sudu besar susu segar ~ guna susu kotak je...
*kentang yg sudah di rebus, di lenyekkan bersama-sama dengan semua bahan di atas (lenyekkan ketika kentang masih panas)

Bahan black paper sauce
1/2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
1/2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu kecik kicap pekat
1-2 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dengan air
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 ulas bawang putih dan sedikit halia ~ tumbuk lumat
Garam secukup rasa
3-4 ketul cendawan butang ~ potong sederhana nipis
1-1/2 gelas air
*Tumiskan bawang putih dan halia hingga hampir kekuningan. 

*Masukkan lada hitam dan tumiskan lg hingga naik bau. Letakkan pula cendawan butang tumiskan lg hingga cendawan masak @ btukar warna keperangan. Masukkan pula air dan biarkan hingga mendidih.
*Masukkan semua bahan sos, garam dan kacau hingga bahan jadi sebati. Selepas itu letakkan pula air tepung jagung, kacau dan terus kacau hingga sauce jadi pekat (kalau kurang pekat tambahkan lg air tepung jagung dan kalau terlalu pekat tambahkan lg air biasa)
*Masakkan dengan api yg kecil supaya sauce tidak hangus.
*Bolehlah di tambahkan lg kicap, sos cili, sos tomato sekiranya rasa tidak memuaskan

Thursday, August 26, 2010

Ayam goreng mama simah

Resepi ayam goreng ni aku dapat masa makan malam kat rumah mama simah. Pertama kali rasa, aku terus jatuh cinta dengan keenakkan ayam gorengnya. Ape lagi dengan muka tak malu aku mintak ler resepinya.... hihihi :-)

Bahan-bahan utk 2 org makan
5 - 6 ketul ayam
1 atau 1/2 sudu besar cili kering
1/2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
1 sudu kecik serbuk pati ayam (yang ni aku saje letak bagi rasa dia lg kit)

Perapkan ayam dengan semua bahan di atas selama 20 minit atau semalaman.
Dengan minyak yang banyak, gorengkan ayam dengan api yang tidak terlalu besar atau kecil.
Goreng sampai ayam garing.




Ayam goreng ni kalau makan dengan nasi lemak mesti best kan?

Tuesday, August 24, 2010

Nasi goreng bawang putih

14 hari berpuasa memang menguji ketahan ku di dapur... semakin lama semangat untuk memasak sahur semakin kurang huhuhu.... pagi tadi adalah sahur yang paling malas... yang paling simple aku masak! hui hui....... nasi goreng je kikikikih...


Bahan2
3 ulang bawang putih ~ ketuk dan cincang
ikan bilis ~ untuk menumis
6 tangkai cili api ~ potong kecik2
kacang panjang ~ potong pendek-pendek (suka hati nk byk mana)
1/2 batang lobak ~ racik halus2 secara memanjang
1 biji telor
sedikit kicap manis
nasi putih ~ 1 mangkuk
garam dan pati ikan bilis secukup rasa

1. Gorengkan telor ~ (scrambled eggs) angkat dan asingkan
2. Goreng ikan bilis dahulu. Bila ikan bilis dh hampir garing masukkan bawang putih, garam dan cili api. Tumiskan lg hingga bwng putih kekuningan
3. Masukkan nasi, goreng seketika dan letakkan kicap pula. goreng hingga kicap sebati dengan nasi
4. Akhir sekali masukkan bahan sayur, telur dan pati ikan bilis. Gorengkan nasi tersebut hingga sayur masak. (saya lebih suka sayur separuh masak)

Monday, August 23, 2010

Ikan bilis goreng berlado

Memang cukup menyelerakan kalau makan sup sayur ada plak ikan bilis goreng berlado ni... pehhh... colek plak tu dengan tempoyak wallawei.... memang makan tak hingat punya! tak percaya cubalah....

Bahan-bahan
Ikan bilis ~ 1 mangkuk kecik
Cili api ~ 10-15 tangkai
1 sudu kecik serbuk pati ikan bilis


1. goreng ikan bilis dan asingkan
2. tumbuk lumat cili api bersama dengan pati ikan bilis
3. goreng cili api dengan api yang kecik
4. masukkan pula ikan bilis yang dah di goreng tadi gaul rata dan masak hingga cili api tu garing

*sambal goreng ni boleh tahan sampi 2 minggu. Simpan dlm bekas kedap udara*

Saturday, August 21, 2010

Berbuka di Seoul Garden

Semalam dengan beraninya aku cakap kat hubby "bang... sayang malas masaklah... kita buka kat luar jelah ye" hihihi..... hubby kate "ok dear" wah beshnya hubby kate ok! so hubby cadangkan buka puasa di seoul garden. Aku pun... nak nak nakkkkkkk... amboi kemain aku ye... nge nge nge....
Dengan hati yang gumbira petang itu kami berbuka di Seoul Garden IOI Mall....

Sementara menunggu waktu berbuka, aku sempat lagi tu jalan-jalan cuci mata.
Sedang membelek baju kanak-kanak... menarik gak baju kt situ. Belek kak.... jangan tak belek :)


sedang cuba tawar menawar.... aku berkenan sangat dengan baju tu tapi hage dia manyak mahal woooo..... sama hage dengan baju branded... kalau dah mahal macam tu baik aku beli yang ada jenama je..... huhuhu bukan berkira tapi biarlah berbaloi dengan harganya....

Bulan kemerdekaan.... semangat menyambut Hari Merdeka sudah mula di rasai.... bagus rakyat Malaysia ni....

hah.... nie ler tampat kami makan... sempit sedikit sebab kawasan dia kecik je.... sebenarnya kalau di ikutkan selesa lagi dekat OU tapi kat situ dah fully booked plak...... takpe lain kali kita gie situ pulak ye... wah ada lain kali tu.... kuikuikui


makanan-makan yang menarik lagi tertarik.... macam-macam adaaaaaa......

hah tu dia.... meja dah penuh dengan makanan....

wajib ambik.... tak sah kalau makan kat situ aku tak amik benda alah ni hihihi......

masih menunggu waktu berbuka... sempat pose lagi tu....

dan bila je sampi waktunya maka.......... amboi3x ke main macik ni.... bakar cik.. jangan x bakar

tak lengkap rasanya kalau sehari tak pekena nescafe....

tapi.... lagi tak lengkap kalau si baju biru tiada di sisi.....
hihihi kembanglah tu :)))

seronoknya makan kat situ.... dengan sekali bayar kita boleh makan berapa banyak kita nak makan... makanlah sampi konyang! Untuk lunch satu kepala 25++ dan dinner 35++

p/s : en. hubby terima kasih ye... nanti lain kali bawaklah lagi hihihihi......
Sepekara lagi... kat situ tidak di benarkan mengambil gambar terutama kat bahagian makanan.. tapi aku ni..... memang ketegak huhuhuhu.....

Kuey Teow Hailam

Diam tak diam sudah 11 hari kita berpuasa hari nie... dan sedar tak sedar rupanya baru semalam kami berbuka dengan makanan selain dari nasi hihihi.... Dari hari pertama ramadhan hinggalah waktu berbuka, nasilah menjadi santapan utama kami... syukur Alhamdulillah di atas rezeki mu Ya Allah :)) semalam saya teragak nak masak kuey teow pula..... saje je nak ubah selera ;-)

Kuah hailam.... sengaja saya tak masakkan sekali dengan kuey teow sbb takut kembang


Bahan-bahan
3 ulas bawang putih ~ ketuk
2 sudu besar ~ cili kering
3-4 ketul ayam ~ potong kecik
6 ekor udang
5 ketul fish ball ~ potong 2
sayur sawi, taugeh dan daun kucai ~ ikut suka nak banyak mana
sedikit garam
sos tiram
sos cili
sos tomato
kicap manis dan kicap pekat
1/2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)

cara- cara memasak
1. tumiskan bawang putih hingga kekuningan
2. masukkan cili kering, tumis lagi hingga cili kering masak (pecah minyak)
3. letakkan pula ayam, udang dan fish ball
4. selepas itu masukkan pula garam, sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis
5. bila semua dah sebati letakkan pula air (terpulang pd kita nak kuah banyak mana)
6. bila kuah dah mendidih masukkan sedikit kicap pekat dan air tepung jagung.
7. akhir sekali baru masukkan sayur-sayuran

*celur kuey teow dengan air panas (jgn celur lama-lama) bolehlah curahkan kuah hailam ke atas kuey teow*

Thursday, August 19, 2010

Begerdil ayam

Tak lengkap rasanya kalau kita buat soto tapi tak ada begerdil. Sebenarnya tak susah pun nak buat begerdil. Ada orang suka makan begerdil kentang saje tapi aku pulak suka makan begerdil daging. Tapi untuk kali ini aku buat bgerdil ayam...

Bahan2 yang di perlukan
3 biji kentang ~ goreng (kemudian tumbuk lumat semasa ia masih panas)
3-4 tangkai daun sup ~ racik
bawang goreng ~ lagi banyak bwg goreng lg sedap
2-3 ketul daging ayam ~ goreng dan potong kecik-kecik
1 sudu kecik lada sulah
sedikit garam

Gaul rata semua bahan tadi sampi sebati (macam dalam gambar ni)

kemudian kepal-kepalkan ia jadi bulat (saiz ikut suka kita)
sebelum goreng celupkan bergedil tersebut ke dalam telur (1 biji telur) yang sudah di pukul kembang dengan sedikit tepung jagung/beras
gorengkan dengan minyak yang tidak terlalu banyak. semasa goreng balik-balikkan ia supaya tidak hangus.

hah.... beginilah rupanya selepas di goreng. Mudahkan? apa tunggu lagi.... moh cuba resepi bgerdil saya ni :)))

SOTO simple by mas

Buka puasa hari nie aku teragak pulak nak masak soto.... sesuai benor dengan selera hubby yang tak berapa sihat... orang demam ni elok makan sup, segar badan tu nanti. Cian hubby, pening kepala sampai muntah-muntah.... Ramadhan tahun ni memang menguji dia... dari awal puasa sampi sekarang kerap sangat tak sihat. Agaknya faktor cuaca atau pun tekanan kerja yang terlampau....
Opss.... dah lari topic ni. Sekarang berbalik semula pada topic SOTO! Maka misi untuk masak soto pun jadilah ;-)

Untuk 2 orang makan

Bahan-bahan sup
3-4 ketul tulang ayam ~ potong kecik-kecik
1 biji bawang besar ~ hiris
4 ulas bawang kecik ~ tumbuk lumat
3 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
1/2 inci halia ~ ketuk
1 batang kayu manis
1 kumtum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu kecik lada sulah
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa pati ayam

1. tumiskan dulu 3 sekawan dengan halia
2. masukkan bawang besar dan tumis hingga layu
3. masukkan pula bahan tumbuk dan tumiskan lagi.
4. Bila tumisan dah agak kekuningan letakkan pula lada sulah
5. masukkan ayam, kacau seketika dan masukkan air lebih kurang 2 mangkuk
6. Bila dah mendidih masukkan garam dan serbuk perasa
7. lepas tu tunggulah sampi sup tu masak... kalau rasa kurang air tambah lg...

Bahan2 yang mesti ada dalam soto
nasi himpit
daun sup
taugeh
bawang goreng
ayam goreng ~ siat kecik-kecik
sambal kicap
soon goreng

Tarraaaaaaaaa........ nie ler ngomannya bila dah siap! emm... nampak macam tak menarik tapi apa yang penting sodappppp kikikikih perasan gue ni!

Sekali dah terkena beringat selamanya!

Orang kata kawan biar beribu kasih biar satu! tapi aku kata... kawan biarlah sikit tapi kasih beribu-ribu.... kawan yang sikit lama-lama akan jadi bukitkan......


memaafkan itu mudah tapi melupakan itu tidak! walau apa pun tuduhan... apa pun kate-kate keji... apa pun tindakan... biar Allah swt shaja yang tunjukkan kebenarannya.

selamat tinggal kepada kawan......... sekali dah terkena memang aku ingat selama-lamanya....


Wednesday, August 18, 2010

Perut meragam

Tak tahulah di mana silapnya.... pagi ni aku n hubby sakit perut membuang. Hubby berkali-kali keluar masuk bilik T. Cian dia.... aku lak tak seteruk dia tapi sakit yang memulas-mulas dan senak buat aku rasa tak selesa nak tidor. Salah makan ke kami? semalam waktu berbuka aku cuma goreng sayur dan buat sambal tempoyak sahaja. Lauk pula suami beli kt luar.

Gulai ikan sembilang nie hubby beli kat restoren Sambal Hijau di sg. penchala

gorengan mix, taugeh, batang leeks, tauhu keping dan udang

sambal tempoyak ( cili api ketuk dan di gaulkan dengan tempoyak)

di antara ketiga-tiga makanan nie.... tak tahulah yang mana satu buat kami laki bini sakit perut memulas-mulas. Tapi yang pasti aku syak tempoyak puncanya... hihihi memandai je aku ni tau! yelah... perut dah kosong pastu makan lak tempoyak. Orang kata tempoyak ni panas.... memanglah panas kalau makan tak hingat! huhuhuhu.... cian perut sebab mulut perut binasa :))

Spaghetti goreng ala yang ado

Kenapa saya panggil spaghetti goreng ala yang ado? hihihi... sebab saya gunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Spaghetti adalah salah satu makanan kegemaran saya dan suami, tak kiralah sama ada dimasak cara goreng atau pun berkuah


Di dapur, saya akan pastikan spaghetti, cendawan butang, oregano, serbuk paprika, sos spaghetti mushrom kimball, tomato dan minyak zaitun sentiasa ada stok. Bukan apa... tekak ni bukan boleh dijangka. Kalau tetiba rasa nak makan spageti, kan senang semua bahan-bahan asasnya dah ada....
Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan
1 cekak spaghetti ~ rebus dengan sedikit minyak dan garam
3 ketul daging ayam ~ potong kecik-kecik
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 ulas bawang putih ~ potong dadu
1/2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar

6 ketul cendawan butang ~ potong sederhana nipis
2 biji buah tomato muda ~ potong dadu (1 biji untuk menumis & 1 lg utk hiasan)
1/2 batang carrot ~ potong nipis (racik halus-halus pun boleh juga)
3-4 tangkai daun sup ~ racik halus-halus
garam secukup rasa
sedikit serbuk oregano dan paprika
minyak zaitun untuk menumis

cara-cara memasak
Mula-mula tumiskan bawang besar dan bwg putih hingga naik bau/kekuningan. Kemudian masukkan lada hitam, garam dan tumiskan lagi. Selepas itu masukkan pula daging ayam. Bila ayam dah separuh masak letakkan pula cendawan butang dan serbuk oregano. Tumiskan lg sehingga daging ayam dan cendawan masak sepenuhnya. Masukkan tomato, tumis sampai tomato jadi lembik. Letakkan pula spagheti, carrot dan serbuk paprika. Gaul seketika. Bila semua bahan dah sebati, akhir sekali campurkan pula daun sup dan tomato.

Walla... siap sudah! mudahkan?




Jemput makan semua!

Makan-makan




Masak lemak labu memang sesuai sangat di makan dengan sambal ikan bilis di tambah pula dengan ikan cencaru goreng dan daun salad sebagai ulaman.Memang menambat selera hingga tak sedar nasi dah bertambah! hehehe....

Tuesday, August 17, 2010

My Sandwich Toast

Sandwich adalah salah satu makanan yang mengenyangkan dan digemari ramai. Bahan-bahannya juga mudah dan simple. Malah ia juga menjadi salah satu resepi untuk subjek sains dan rumah tangga masa sekolah dahulu. Selain dari menu untuk sarapan pagi atau minum petang.... kalau kita pergi berkelah salah satu makanan wajib yang mesti ada ialah sandwich. Sandwich yang saya paparkan ini masih menggunakan bahan yang sama cuma saya ubahkan sikit menjadi lebih enak dan mengenyangkan :)) bezanya saya menggunakan roti keping yang tebal, boleh di dapati di mana-mana kedai kek.


Untuk 2 orang makan

Bahan2 menumis
1 tin sardin kecil ~ hancurkan
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar ~ racik
1 ulas bawang putih ~ racik
6 tangkai cili api ~ racik
1/2 sudu kecik lada sulah
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 biji limau kasturi
sedikit garam dan minyak untuk menumis
~ gaulkan sardin yang sudah di hancurkan dengan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan lada sulah~
Cara2 masak
Tumiskan bawang besar, bwg putih dan cili api hingga kekuningan. Kemudian masukkan sardin yang sudah di gaul tadi dan tumis hingga sardin hampir masak. Selepas itu masukkan pula kicap dan perehan limau kasturi. Masakkan lagi hingga sardin benar-benar masak dan sedikit garing. Angkat dan biarkan sardin sejuk sedikit.


Bahan2 untuk roti
4 keping roti
2 biji telur
sedikit lada sulah
sedikit serbuk paprika
~pukul telur hingga kembang bersama dengan lada sulah dan serbuk paprika~

cara2 penyedian
ambil 1 keping roti, letakkan inti sardin dan tutup dengan 1 keping roti lagi. Kemudian celupkan roti tersebut ke dalam telur hingga rata dan bakarkan ia di atas kuali leper dengan minyak yang sedikit. Balik-balikkan roti hingga masak keseluruhannya. Sedap di makan bersama dengan daun salad, timun dan mayonis.

Selamat mencuba!

Bubur nasi+kobis panjang goreng+ikan bilis kicap

Selera makan akan hilang terutamanya bila tekak rasa tak sedap akibat dari badan yang tidak sihat ketika batuk dan selsema datang menyerang. Time tu makan apa pun semunya jadi pahit. Selalunya kalau tak sedap tekak saya suka buat sup ayam atau tomyam supaya badan jadi segar. Tapi kalau dah malas, saya just masak bubur nasi kosong dengan lauk ikan bilis kicap dan goreng sayur kubis panjang. Cepat mudah dan ringkas :)))
Lagi banyak kicap lagi sedappppp.....

Monday, August 16, 2010

Salam Perkenalan

Di mulakan dengan Bismillah......... di akhiri dengan Alhamdulillah :)

Jari jemari ku, bergerak pantas menekan button keybord, melaksanakan tugasnya untuk menaip setiap ayat-ayat yang terlahir di kepala otak ku.

Akhirnya.....

Cita-cita ku untuk menulis sebuah blog tentang kehidupan aku terlaksana juga. Alhamdulillah satu permulaan yang bagus. Sebenarnya ini bukanlah blog pertama tetapi ini adalah blog yang kedua. Blog pertama berkisarkan tentang dunia manik yang hanya terhad tentang hasil kerja dan aktiviti memanik sahaja. Jadi tidak banyak kisah yang boleh aku kongsikan. Malah penulisan aku juga agak terbatas.


Tak boleh jadi.....

Melihat dan membaca blog orang lain, bercerita tentang kehidupan, timbul detik di hati nak punya blog seperti mereka juga. Boleh berkongsi tentang perasaan, resepi masakkan, travelling, shopping dan sebagainya. Tapi hajat untuk melaksanakannya asyik tergendala sahaja. Ada saja benda yang menghalang. Lama-lama aku pun senyap macam tu je. Ish... tak boleh jadi ni! akhirnya 16/08/10 di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku nekadkan diri untuk creat satu blog about My life.... My story.... My journey.

Semoga berterusan....

Langkah pertama sudah pun bermula. Harapan aku semoga blog ini akan berterusan dengan kisah dari pelbagai cerita tentang kehidupan aku dan jari-jari ku akan terus rajin menekan keybord untuk menaip dan terus menaip. Tak naklah jadi macam hot-hot **** chiken! hehehe.....

Akhir kata... salam perkenalan saya untuk semua ye.. semoga blog ini akan menjadi salah satu blog kegemaran anda untuk mebacanya. Sokonglah saya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails