klik klik ok!

Friday, December 21, 2012

Puding sagu mata ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam jumaat buat teman-teman. Sesungguhnya khiamat itu adalah urusan Allah SWT. Semoga perjalanan kita di atas dunia ini sentiasa mendapat keredhaan Dari NYA.
Alhamdulillah bersua lagi kita di alam maya ini. Semoga hubungan yang terjalin akan sentiasa bekekalan hendaknya. 

Puding sagu mata ikan ni mas buat tempoh hari. Sedapnya makan dikala sejuk bersama dengan air gula melaka dan susu cair. Boleh dikatakan puding sagu ni adalah kegemaran kami adik beradik di kg. Mama sgt rajin buatkan kalau anak-anaknya mahu makan hehee...
Nak minta mama buat jauh pula kat kg so buat lah sendiri tapiiii...hahahaha terlembik plak sagu tu masa mas rebus! alahai...itu la masa anak dara tak nak ringan tulang kaaan...padan muka mokcik! huwahuwa...

Resepi : Puding sagu mata ikan
By : mrs sunnies home

Bahan-bahan :-

1 cawan sagu - rendam lbh kurang 20-30mnt
4 cawan air 

Cara-cara :-

Selepas 20-30mnt tapiskan sagu yg direndam tadi, rebuskan dlm air mendidih(4 cwn air) hingga pekat dan masak. Kalau nak letak pewarna sikit pun boleh. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk dulu baru simpan dlm peti ais.

Air Gula Melaka
1 cawan gula melaka
1 cawan air 
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara :-
Satukan semua bahan dlm periuk kecuali daun pandan. Didihkan dengan api yg kecil, masukkan daun pandan. Kacau supaya gula hancur. Bila gula dh cair dan nampak pekat padamkan api. Sejukkan dulu baru simpan dlm peti ais.

Cara-cara penyediaan :

Senduk sagu mata ikan dlm bekas yg sesuai, curahkan air gula dan susu cair di atasnya (ikut suka la nk manis mcm mana) dan makan!
hehe....

8 comments:

  1. Akak pun lama tak buat kuih sagu ni. Semua bahan ada kat rumah.

    ReplyDelete
  2. ini lah feveret saya... paling suka puding sagu mata ikan ngan susu cair + gula melaka... perghhhhh.. nyam nyam... sedapppnye..

    ReplyDelete
  3. salam kak mas.. tun suka makan kuih sagu! kadang2 kalau buat bronok separuh tun gaul ngan kelapa, separuh lg makan macam nih.. tp tun suka mkn ngan santan, jd ala2 cendol sket ^^

    ReplyDelete
  4. Suka sangat puding sagu ni Mas....tapi tak pandai buat...kali ni nak belajar gak buat...

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap Mas puding sagu tu..tp tu la..QH xpdi mkn n buat pon..hehe..jd tgk aje la nmpknya

    ReplyDelete
  6. Akak lebih suka makan dgn susu sejat berbanding dgn santan....sedappppp

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sagu mata ikan... makan sejuk2 buat buka puasa... alahai...!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails