klik klik ok!

Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci Mulut. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Tiramisu biscotti in glass

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bersua kembali di alam maya ini..Alhamdulillah Allah SWT masih pinjamkan nafas dan berikan kesihatan yg baik untuk mas jalankan tugasan seharian. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan NYA..InshaAllah.

Maaf jiran tetangga, mas masih tak punya kesempatan utk bls kunjungan. Apa2 pun terima kasih sudi bertandang ye... muah..muah!
Gambar dari my fon cap hayam hihiii.. 
kemudahan yg semakin canggih sgt menguntungkan!

Ok, buat tatapan semua kali ini mas sajikan Tiramissu Biscotti dalam gelas. Tiramissu ni mas letak filling jem rasberry dan chipsmore. Sedikit kelainan, kebiasaan mas gunakan gula tp kali ini mas gantikan dgn susu pekat manis. Ternyata sangat sedap dan lemak rasa cream cheese tu. Nyum...

Bahan-bahan :-
150gm biskut merri
250gm cheese cream- mas guna brand TATAR
200ml whipping cream
1/4 cwn susu pekat manis- nak bubuh 1/2 cwn pun blh
1 bungkus white coffe 3in1 - apa2 brand pun blh.
1 cwn air panas - utk bancuh white coffe
Jem rasberry - optional
Chipsmore - optional
Serbuk koko sebagai hiasan

Cara-cara:-
1. Putar cream cheese, whipping cream dan susu pekat manis hingga kembang.
2. Bancuh white coffe dgn 1 cwn air panas - tambahkan air kalau tlalu pekat.
3. Celup biskut merry hingga basah dan lembut
4. Susun dalam gelas/bks kesukaan anda
5. Letakkan sedikit jem rasberry/ apa2 saja filling, taburkan chipsmore
6. Letakkan pula bahan no 1 
7. Dan ulang semula step no 3, 5 dan 6 hingga hbs.
8. Simpan dalam peti ais selama beberapa jam atau semalaman.
9. Taburkan serbuk koko sebelum makan.

Monday, January 14, 2013

Durian Cream Puff

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat petang buat teman-teman semua...mood yg masih ke laut...walau ke laut my dapur tetap berasap okkk...cuma malas nak tangkap gambar je. Haduhaiii apa2 sajalah mokcik oiii hihihi.
Baiklah...pendekkan cerita, sekarang ni masih musim durian kan...so apa kate untuk minum petang kita makan durian cream puff! serius sedapppppp.... penyediaannya pun mudah. Rajin dengan tidak je nak buat hehehe... Durian cream puff ni mas cuba dari resepi rahel yang sgt rajin buat pelbagai jenis pastry. Terima kasih ye rahel. 

Kalau kawan-kawan nak cuba sila lihat resepi di sini Rahel

Bye..bye..semoga ketemu kembali ya :)

Friday, December 21, 2012

Puding sagu mata ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam jumaat buat teman-teman. Sesungguhnya khiamat itu adalah urusan Allah SWT. Semoga perjalanan kita di atas dunia ini sentiasa mendapat keredhaan Dari NYA.
Alhamdulillah bersua lagi kita di alam maya ini. Semoga hubungan yang terjalin akan sentiasa bekekalan hendaknya. 

Puding sagu mata ikan ni mas buat tempoh hari. Sedapnya makan dikala sejuk bersama dengan air gula melaka dan susu cair. Boleh dikatakan puding sagu ni adalah kegemaran kami adik beradik di kg. Mama sgt rajin buatkan kalau anak-anaknya mahu makan hehee...
Nak minta mama buat jauh pula kat kg so buat lah sendiri tapiiii...hahahaha terlembik plak sagu tu masa mas rebus! alahai...itu la masa anak dara tak nak ringan tulang kaaan...padan muka mokcik! huwahuwa...

Resepi : Puding sagu mata ikan
By : mrs sunnies home

Bahan-bahan :-

1 cawan sagu - rendam lbh kurang 20-30mnt
4 cawan air 

Cara-cara :-

Selepas 20-30mnt tapiskan sagu yg direndam tadi, rebuskan dlm air mendidih(4 cwn air) hingga pekat dan masak. Kalau nak letak pewarna sikit pun boleh. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk dulu baru simpan dlm peti ais.

Air Gula Melaka
1 cawan gula melaka
1 cawan air 
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara :-
Satukan semua bahan dlm periuk kecuali daun pandan. Didihkan dengan api yg kecil, masukkan daun pandan. Kacau supaya gula hancur. Bila gula dh cair dan nampak pekat padamkan api. Sejukkan dulu baru simpan dlm peti ais.

Cara-cara penyediaan :

Senduk sagu mata ikan dlm bekas yg sesuai, curahkan air gula dan susu cair di atasnya (ikut suka la nk manis mcm mana) dan makan!
hehe....

Friday, November 9, 2012

Crepe Durian.............sedap!!!

Assalamualaikum, slm sejahtera dan salam jumaat. 
Jom kwn2 kita basahkn lidah dgn zikir2 yg indah. Banyak nikmatnya tau...InsyaAllah.

Begini ceritanya, bila org lain dok tayang crepe dorian yg gemux2 dlm fb dan blog...hamboiii kita kat sini punya la sentap! kemain lagi korang ye...saje lah tu kannn. Tak nak ketinggalan, kita pun gigih nak buat juga walaupuuun...gitu le ropenya.

Ada bau tak? haruuuuum...sedap betul!
Beriya-riya org tu menggoogle resepi yg paling senang. Yes! jumpa siap dgn tutorial lagi! Lopeh tu kami cari ler dorian...jumpa! Beli saiz yg kecik je sbb isi perut tak ramai. Misi diteruskan, incik suami pun kopek ler durian tu dgn amaran keras dari bini tcinta JGN MAKAN! kejam kan? Kami ni hantu durian karang tak jadi crape plak huhuuu.
Kopek durian siap! Sediakan bahan2 pula, molek je nak mula tetiba nenong..nenong..susu..susu! Alamak amani bagi isyarat la. So tunda ke esok..dah esok..tunda lagi esok! Isi durian dari penuh 1 tuppaware tinggal la cukup2 makan! ni yg mokcik menci, lagi lama tangguh lagi la tak jadi crepe! Akhirnya nekad pukul 9.00 mlm tu juga mas buat. Gedebak gedebuk siap 10 ketul. 
Yeppi!!! sorak..sorak...horey!

Dah horey2, time nak ambil gambar plak bermasalah. Akhirnya 2 hari lepas tu baru la berjaya. Time ni dah tak comel, lebam sane sini, hilang dah gemux, jadi la bantal leper huhuhu.

Sumber : Cahaya cinta ku

Bahan-bahan Crepe :-

50gm tepung gandum
1 penutup essen vanila
sedikit pewarna kuning
1 sb tepung ubi kayu
1/2 sb tepung jagung - mas tambah
1 biji telor
3 sk butter
160ml air
40ml susu segar
2 sb gula halus

Bahan-bahan inti :-
150ml non-dry whiping cream-pukul kental sampai bertanduk
isi durian secukupnya


Cara-cara utk kulit crepe :-

1. Dalam bekas campurkan tepung gandum dan tepung ubi (sila ayak dulu ye tepung2 tu), masukkan sekali gula halus.

2. Kemudian masukkan susu cair/susu segar, kacau sebati menggunakan whisker.

3. Lepas tu masukkan telor (kocok lbh kurang dulu), gaul lagi.

4. Masukkan essen vanilla, air, butter cair dan gaul lagi.

5. Masukkan sedikit pewarna, gaul sebati lagi dan akhir sekali tapiskan adunan. Siap!

6. Panaskan kuali non-stik dgn api yg kecil, tuang sesenduk kecil, dgn menggunakan bontot senduk bulatkn adunan yg tdk terlalu nipis dan tdk terlalu tebal.

7. Masakkan bhg bawah saja sampai kering.

8. Ambil sesudu krim, letakkan di atas kulit crepe yg bhg kering di atas kemudian letak isi durian, tutupkan lg dgn sesudu kecil krim.

9. Lipat kulit crepe kiri dan kanan, bentuk mcm sebiji bantal. Jgn tarik kuat takut terkoyak kulitnya.

10. Simpan dlm peti ais dulu selama 2-3jam. Sedap dimakan semasa sejuk!

Saturday, July 28, 2012

Puding Raja.....bukan raja kapoooor yg punya!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ramadhan buat semua. Buat teman2 selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadhan kali ini kita lebih bermakna.

Errr...nak tanya pasal apa ye? buntu...tak ada idea nak membebel. Mari kita pendekkan cerita, picas puding raja ni dah terperap lama dlm simpanan, bulan bila mas tak hingat...hah lama dh tu kan? hehehe lantak ler yg penting my dapur maya berasap wokey :)
 Nak terangkan bahan2nya pun mas dah tak berapa ingat...hah amik lagi, itu menandakan apa? makcik pelupa ke? no..no..no..itu tandanya makcik pemaleh, buat sekali lepas tu harammm nak buat lagi! pemaleh la tu namanye kan? kuanggggg.....

Ala secara simplenya korang nampak picas tu step by step kan so korang agak2 jelah ye hihihi. Soooooo kejam makcik ni kan? 
 Oklah secara ringkasan, sediakan beberapa biji pisang, belah 2 dan gorengkan sekejab dgn minyak yg sedikit   sampai pisang jadi perang mcm kat atas tu ler... susunkan dalam bekas mcm kat atas juga, kalau tak ada guna loyang pun boleh, lepas tu taburkan dengan buah prun yg sudah dihiris, kalau tak ada prun...kismis pun boleh je.
 Lepas tu kita sediakan sosnya pula, dlm 1 bekas masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula, 1 1/2 sudu besar tpg kastrad dan 1 biji telor pukul sehingga semuanya sebati...choppp! letak sikit essen vanilla, lepas tu tapiskan (guna penapis santan) dalam periuk. Dengan api yg kecil masakkan sehingga kuah jadi sedikit pekat. Eh chopppp lagi! masa masak, tambahkan 1/2 tin air. Kalau kuah jadi terlalu pekat tambahkan lagi air (betul ke ni...hahahaha pandai2 koranglah)
Biarkan kuah betul2 sejuk, barulah dituang atas pisang tadi. Simpan dlm peti ais lebih kurang 1 jam dan bolehlh dihidang untuk keluarga tersayang...untuk teman2 pun boleh yo... ngeh..ngeh..ngeh.

Yg mas ingat mcm tulah resepinya dan begitulah kejadiannya. Sesape ada resepi yg lg best atau yg lebih betul silalah tampil bg tau ye sbb mokcik ni buat tak berguru jadi itu ler hasilnya kuang...kuang..kuang.


Selamat berpuasa dan berbuka puasa.

Monday, April 16, 2012

Mix Frut Pie Crumble.....Pastry Puff Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan belog yg lama dan baru. Untuk yang baru, selamat datang ke Mrs Sunnies Home. Terima kasih sudi bertandang dan follow me. Jangan jemu singgah ke sini walaupun tuan rumah kadang-kadang jarang bukak pintu hihihihi.

Ini n3 yang tertangguh


Hey korang.... untuk kali ini mas tak tayang lauk pauk or goreng-gorengan, dah up sikit hehehehe. Yelah, kang korang juga yg jemu, asyik2 menu ulangan je kan kan kan... ngaku cepat! jangankan korang, mas sendiri pun kekadang bila pose n3 ulangan malas plak nak taip bahan2 ulangan so nak mudah taip je RESEPI DISINI kikikikiki senang kerja!

Ok, tak nak bebel panjang-panjang sebab nak taip bahan-bahan untuk resepi ni panjang juga nanti jari mak penat you....muahmuahmuah.

Pendekkan cerita, selepas tak jadi nak mogok (nak selit jugak) ntah dari mana mas dapat seru yang meniup-niup dicuping telinga (serem je kan)  tetiba mode nak pai mengepai terSANGATlah membuak-buak sampai melimpah-limpah, gara-gara tergoda dengan Blueberry Pie Crumble FnF. 


RESEPI MAS COPY PASTE DARI FnF

Bahan2
Lapisan Dasar (boleh guna mana2 resepi base yang disukai)
284 gram tepung gandum 
45 gram Gula kastor 
180 gram mentega 


Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2  

Filling

250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
fresh blueberry secukupnya  



Cara2



Base (sapukan tangan dengan tepung untuk mudah ditekan ke loyang)
Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih 
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh 
Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu 
Bakar selama 20 minit dgn suhu 160 degree C


Crumble
Gaulkan tepung dengan gula dengan rata 
Keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit demi sedikit kiub2 kecil
Gaul dengan hujung jari... Tak perlu habiskan mentega jika sudah menghasilkan crumble yang cantik.


Filling
Dengan menggunakan mixer pukul cream cheese dan gula hingga sebati. 
Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.


Blueberry crumble pie
Panaskan oven ke 200 degree C (FnF guna 180degree C shj)
Tuang filling ke atas base yang telah dibakar tadi.

Taburkan fresh blueberry rata2.
Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan dalam peti ais tadi. 
Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit (FnF bakar 180degree selama 30minit.)
Keluarkan dari oven. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.


 

Nota Mas 

Mas guna mix buah-buah - apple 1/2 biji, pear hijau 1/2 biji, strawberry 6 biji dan apprikot kering 3 keping (semuanya potong kecik-kecik)
Untuk base - mas guna 5 keping pastry puff, canaikan sedikit.
Semasa membakar, selepas 30 minit, mas tambahkan lagi 10 minit untuk api bawah sahaja supaya kulit pastry garing dgn suhu 200c (bergantung kpd oven masing-masing)

Friday, April 29, 2011

Pisang Bakar & Aiskrim


Cuaca kat luar mendung, pagi tadi hujan turun lebat sangat tapi tekak ni bukannya kesah sejuk ke tidak. Dari kat klinik lagi mrs sunnies dah terbayang-bayang nak makan pisang bakar with askem. Sampai je kat rumah, tak agak-agak terus panaskan oven, capai pisang dan bakar. Kebetulan kat rumah ada buah strawberry, kacang pistachio & coklat syrup. Pisang bakar & Aiskrim ni asalnya mrs sunnies tgk dkt blog KAK YAN, takleh tahan wok hihihihi...tq kak :)


Pisang tu panas bila buh askim terus cair :)

BAHAN-BAHAN
2 buah Pisang - sy guna pisang berangan
Butter
Gula perang - sy guna gula organik
Aiskrim - sebarang perasa

BAHAN HIASAN
Kacang Pistachio/sebarang kacang
Buah Strwberry
Coklat syrup

CARA-CARA
Untuk Pisang - Atas dulang pembakar sapukan sedikit butter. Kemudian sapukan butter ke seluruh pisang dan taburkan gula diatasnya. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit atau hingga pisang keperangan.
Untuk Hiasan - Susunkan pisang diatas bekas yg bersesuaian. Kemudian letakkan aiskrim diatasnya. Susunkan buah strawberry, curahkan coklat syrup dan taburkan kacang pistachio. Sedia untuk dimakan!






MoDe : mama pesan kurangkan minuman yang manis2 nnt kena kencing kotor huhuhu.... td check, air kencing ada kotor sikit. Stop manis-manis ok!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails