klik klik ok!

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Cheese cake with Cream cheese Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pendekkan cerita...mas sudah menerai menjadi seorang pendeco kek tp sayangnya kek itu ropenya tersangatlah comot! Hakikatnya tangan ini masih perlu di bendung lagi  hihihi... apa yang penting... dah cuba! 
Punyalah tak sabar nak snap...tengoklah keliling pinggan tu...alahai kenapa lah tak dikemas kinikan dulu...huhuhu sabor je kan? 
Topping kek tu adalah lebihan dari cream cheese durian yang mas buat tempoh hari. Banyak juga lebihnya, dari terbuang lebih baik mas lepa atas kek kan? Kek tu pula cheese cake mas beli kat OU dengan harga rm12 sebijik. Sedang elok untuk 2 org makan.
sudahlah mendeco tak cantik..pinggang tu pula comot dgn lebihan topping! aduh..mas oh mas!

Nak lagi sedap mas taburkan badam panggang luar dan dalam. Yap...memang sedap! rasa durian bersama kacang tersangatlah cocok! hehehe..gitu tau!
Tapikan kenapa kek ni bila dipotong dia jadi hancur ye? Petua kate sebelum potong kena rendam pisau dalam air panas dulu then lap, nnt kek tu kemas je potongannya tp kenapa tak jadi ye? huhuhuuu...

Wednesday, December 19, 2012

Kek Mentega Marmar Susu

Assalamualaikuam dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bersua kembali kita di rumah maya ini. Diharap kawan-kawan semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sampai skrg cuaca tidak menentu kan? boleh dikatakan setiap petang hujan. Semoga kita semua sentiasa menjaga kesihatan ye.
Kalau sebut pasal hujan mesti sinonim dengan perut kan? selalunya ayat yang biasa kita dengar "hujan-hujan ni perut lapar lah pulak" atau "hujan-hujan ni kalau dpt makan...best ni?" hehe...betul tak? betullll...

Samalah dengan mas ni, bila hujan perut mas jadi lapar lain macam plak rasanya heheeee.. mokcik pun merajinkan ler diri buat kek mentega marmar susu di petang hari. Kek ini sebenarnya sudah pun tersiar terlebih dahulu di dapur Kak Azlita masam manis.
Siapa yang tdk kenal dengan beliau. Setiap makanan yang terhidang pasti akan memukau setiap mata yang memandang. Mas suka terjah dapur maya beliau sbb suka sgt dengan hasil kerjanya yg sangat-sangat cantik. Mas jaranggggg sekali meninggalkan pesan di peti surat. Kira mas ni macam peminat misteri gituw nge..nge.nge. 
Terpesona dengan kejadian kek dari hasil air tanganya, tekak ni terasa mcm nak terjah dapur kak ita nak mintak sepotong kek itu huhuhuuu tak malu sungguh! 

Dek kecur, hati ini membuak-buak nak buat juga. Bila kak ita kate kek itu resepi chef Zubaidah dari buku Masakkan Jamuan Kek, baru mas sedar mas ada buku tu lama sudah. Terperap dalam almari tanpa satu pun resepi nak di try. Itu ler padahnya kalau membeli tp tak menang memakai! Kawan-kawan JGN TIRU mcm mas ok.
Kek mentega marmar susu ni memang sedap. Lembut dan tidak terlalu kering malah tidak terlalu manis walaupun ada campuran susu manis. Bertambah syok kek itu ada taburan kacang badam cincang. Sepatutnya guna  badam flaks tp kat rumah mas tak ada stok so kita guna apa yang ada saje ye heheee...
Hubby mas yang cerewet dan kurang suka makan kek pun jadi suka. Malah makan berulang kali dan kali. Katenya sedap sangat...hehe..hihi..nge..nge..sila jgn muntah hahaha. Tak sia-sia ku beli buku itu dan sangat rugi tak gunakan dari mula lagi huhuuu...
Ok..cukuplah membebel. Sekarang kita beralih ke resepi pula. Memandangkan kak ita masam manis dah buat kek mentega marmar susu ni so mas copy paste resepi dari dapur maya dia jelah hehe..izinka mas copy ye kak :)

By : Chef Zubaidah - Buku Masakkan Jamuan Kek
Sumber : Azlita@Masam manis

Kek Mentega Marmar Susu
250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur
290 gm tepung naik sendiri
50 gm susu pekat manis
100 g susu cair
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu teh kapucino emulco
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah 
Kepingan badam sebagai hiasan

Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Pukul mentega dan gula sehingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Kemudian masukkan susu pekat manis 
Pukul sehingga adunan sebati
Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.

Ambil 1/4 adunan
Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
Kacau rata
Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata 

Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
Diikuti adunan coklat kapucino
Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
Hiaskan dengan taburan kepingan badam

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna

Thursday, December 13, 2012

Kek Lemon.....masammm nye!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga kawan-kawan semua dalam keadaan baik2 sahaja. Sentiasa jaga kesihatan ye. Mas n amani masih lagi batuk dan selsema. Kesian amani berjangkit dari umminya, baru je keluar hospital dah kena demam semula. Sekejab panas sekejab ok suhu bdn dia. Semoga anak ummi segera sembuh ye :)
Bila dah terkena virus selsema dan batuk sudah tentu-tentu tekak mas kurang deria selera..hidanglah apa saje yg di jamahnya sikit (wakakaka..mcm tak percaya!) satu pembaziran sungguh! huhuuu. Time tu jugalah tetiba teringin bebenor nak makan cake yang ada rasa masam-masam. Sangat2 kebetulan terdengar pula suara en suami berkata "lemon byk ni...nak buat apa?" Ahhah!!! buat cake lemon lah! hehehe...maka menggoogle ler mokcik mencari resepi yang mudah sahaja.
Makanya..dlm keadaan yg tiong..tiong..terhasil juga sebijik cake lemon yang di idam-idamkan. Orang kate memasak harus iklas maka hasilnya memuaskan..ye betul! tapi bab rasa juga kita harus jujur kan? sedap atau tidak kita kena bagi tahu cuma cara penyampaian itu perlu berhemah agar ada pihak yang tdk berkecil hati huhuu..

Secara jujur cake lemon ni memang sedap! bahan2 pun mudah, tekstur pun lembut tak terlalu kering. Semasa kejadian cake ini sangat harum baunya..naik pun cantik je tp ntah la tang mana silapnya cake lemon ni rasanya terlalu masam! Haiyok..opcos lah masam..sah2 cake lemon kan? Masam sangat pun tak sedap kan? huhuuu. Takpe pengalaman jadi pengajaran yang sangat berguna. Lepas ni kalau buat lagi taubat taknak buh lemon byk2 heheheee...

Resepi : My Resepi
Di cuba : Mrs sunnies home

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )

  • 185gm butter-pada suhu bilik
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar parutan kulit limau
  • 3 biji telur-pukul sket
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula (jun wat 1/4 cwn aje)
  • 1/4 cawan jus lemon
  • 1 sk essen vanilla - mas tambah

Cara-cara

  1. pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata.
  2. masukkan telur sket2 diselang seli ngan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
  3. masukkan kedalam loyang/tin bergris n bakar selama 50-60min.
  4. campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu..
nota mas : kalau tak suka rasa lemon yang terlalu masam boleh kurangkan lagi sukatan jus lemon tu. Atau juga tak perlu tuangkan semua jus lemon ke atas kek.

Monday, December 10, 2012

Hokkaido Chiffon CupCakes

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Uhuk..uhuk..srob..srob! maaf puan rumah sekarang ini sedang dilanda batuk dan selsema serta deman yg tak berapa panas huhuu. Cuaca yg tdk menentu skrg telah mengudang pelbagai penyakit dan dah berjangkit kat mas skrg. Baru je pulih dari selsema dah kena lagi, kali ini dengan batuk sekali.
Gambar lama yg tertunggak. Pernah makan hokkaido chiffon cupcake tak? kalau belum...jgn tunggu lama2, moh cuba. Berbaloi-baloi tau..superb sedap! Cuma pada pandangan mas, mungkin selepas ini kalau nak buat lagi mas nak tambah sedikit parutan kulit lemon/limau utk kurangkan sedikit bau putih telor yg agak kuat.




Baiklah..memandangkan puan rumah tidak berapa sihat, maka mas kurangkan celoteh ye. Nak jengah rumah jiran2 pun tak berkesempatan lagi. Maaf ye..kalau mas dh sihat mas dtg bertandang ok. Maaf juga kali ini mas tak coppy paste resepi hokkaido chiffon cupcake tu.
Untuk resepinya, mas rujuk DI SINI dan kawan2 juga blh rujuk resepi DI SINI. Sama tetapi berbeza dari segi fillingnya. Untuk inti custard mas juga sama mcm kak wan guna yg segera sahaja hehee.

Tuesday, November 13, 2012

Banana Bread

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy Deepavali!
Selamat bercuti dan bersukaria ye.

Terima kasih kpd semua jiran tetangga yg sentiasa sudi menyinggah disini. Kepada jiran baru Selamat Datang dan jgn jemu singgah tau.
Sempena cuti depavali ni apa kata kita makan roti pisang yg sgt mudah penyediaannya. Tak perlu nak timbang dan putar2 guna mesin, bahan2 pun sgt senang yg penting pisang harus ada la kan. Roti pisang ni mas dh buat 2 kali cuma kali ke 2, kek tak berapa menjadi pula, hummm mungkin mas terlebih letak coklat rice kot huhuuuu tulah sape suruh kan :(
Nampak gayanya hari ni mungkin mas tak boleh bw la, kami ada byk urusan di luar. Mungkin malam2 sikit baru mas dtg jejalan ye jiran2. Selamat beristirehat bersama family ok. Muahhhhh!

Resepi ni mas ambil dari dapur Kak Marshita Yahya yg dapurnya sentiasa ada resepi kek pisang yg mudah2 saje. Terima kasih kepada kak marshita yg sudi share resepi dan izinkn saya coppy n paste disini pula ye.

Resepi : Mindysdeli
Sumber : Kak Marshita Yahya

Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
Secubit garam
1/4 cwn margerine -- dicairkan
1 cwn gula perang
1 cwn susu penuh krim
1 cwn pisang yang telah dilecek
1 cwn raisin
1 cwn chocolate chips

1 sk essen vanila - mas tambah

Cara:

Panaskan oven 180 Celcius (@ ikut kesesuaian oven anda, saya panaskan pada 140 Celcius). 

Lecekkan pisang dan campurkan baking soda. Ketepikan. Dalam mangkuk lain campurkan tepung, baking powder, gula serta garam.

Campurkan margerin dan susu ke dalam campuran pisang tadi dan kacau rata. Masukkan campuran tepung dan kacau sebati. Asingkan secukupnya chocolate chip dan raisin untuk hiasan dan selebihnya masukkan ke dalam adunan dan gaul rata. Hiaskan atas adunan dengan chocolate chip dan raisin yang telag diasingkan tadi.

Tuang ke dalam tin pembakar roti dan bakar untuk 45 minit. Kurangkan suhu ke 150C dan terus bakar hingga 15 minit atau sehingga roti masak. (Saya kurangkan ke 120 C dan terus bakar selama 10 minit saja).


Keluarkan roti dari oven dan sejukkan sebelum dipindahkan ke atas redai. Bolehlah dipotong selepas 2-3 jam.


Monday, November 5, 2012

Super moist Eggless chocolate Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sihat ke? semoga semuanya berada didalam keadaan yg baik2 sahaja. Pada yg bekerja selamat bertugas lakukan kerja anda sebaik yg mungkin ok. Buat suri rumah selamat mengemas ye... kasi kilat habis tau jgn malas ok.. huhuuu termasuk ler mokcik tuuuu...
Disebabkn mokcik ni terang2 surirumah tangga maka terang2 ler dapur tu harus berasap kan? dan terang2 mokcik ni sayang pokcik maka terang2 perutnya harus dijaga la kan.. hahaha. Osah poning isnin mas ni ek? mengarut sungguh!

Ekceli mas nak bg tahu yg dapur maya mas dah berasap semula! Yeah... jiran2 meh ler singgah ni, meh ambil sepotong dua kek yg mas hidang ni..sedap tauuuuuuuuu.
Pernah makan tak kek coklat lembab? Nak tau tak kek tu gelab tp sgt lembut, lembab dan lemak manis dari rasa koko dan emalco coklat tu bila dikunyah rasa seakan coklat itu berbisik 'jgn berhenti...rasakan keenakkan saya yg sgt moist sgt sedap secara perlahan-lahan masuk kedalam ank tekak. Rasakan..rasakannn'. Hehaiiii berhantu wei! nak lagi..nak lagi..nak lagi dan lagiiiiii. Nasib kejadian mung tak guna telor kalo idok memang teman mikir 3,4 kali ler nak telan kolesterol mung ituw...heheeee.

Sejujurnya kek ni memang sedap! Dalam masa seminggu saja 2 kali oven mas berasap. Rasa kek langsung tak menjemukan tekak kami, lepas tukan kalo tak buh topping pun takpe sbb kelembapan kek itu dah cukup sedap rasanya. 

Untuk pengetahuan resepi kek ini ramai teman blogger yg dah cuba. Mas nak sebut satu2 pun tak hingat yg pasti sesiapa yg dah try mesti suka. 

Terima kasih kepada Kak Dayang di atas resepi kek coklat yg sgt sedap. Best blog kak dayang nie ada mcm2 resepi kek dlm tu. Sekali dah masuk rasa mcm tak nak keluar pulak hihiiiii. 
Izinkan mas coppy n paste resepi di sini ye kak :)


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Kek ni mas bakar guna loyang saiz 4 inci. Sgt2 comel rupe paras kejadiannya. Sekali pandang dah mcm rupe donut cokelat. Mas juga toppingkan dgn coklat masakkan bersama sedikit butter dan mapple syrup, kemudian taburkan almond panggang! 
 Yummi!!!

Friday, September 7, 2012

Snow cheese cake yg comot :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat, semuanya ok ke? takde masalah kan? kalau ada, tanganilah dgn hati yg tenang, sesungguhnya setiap kejadian adalah ujian utk kita dari NYA. Pasti ada hikmah dan ganjaran yg Allah swt akan berikan,
percaya la :)

Pagi2 rumah mas sudah tayang cake...lalalala jangan marah arrrr. Oh ye terima kasih kpd kak naz sbb tlg tunjuk cara2 nak mengatasi mslh coment yg asyik hilang semasa menaip. Mas tak tahu pun post coment tu bermasalah, now dh ok.
 Bahagianya tekak dan perut ini dpt merasa cake yg di idamkan. Alhamdulillah percubaan pertama yg menjadi, walau pun rupe paras kejadian agak comot, walau pun derhaka dgn resepi asal tapi hasil dan rasanya tersgt mantop! 

Hummm...kalau dah derhaka hasilnya sedap apatah lagi kalau tak derhaka....mesti lagi meletup! he3.... hi mokcik masuk bakul pocik angkat ye hahahaha!
 Percayalah...kawan-kawan patut coba, memang enak! rasa lemak2 masin dari parutan cheese dan manis2 lemak dari gabungan susu manis dan cream cheese menjadikan cake itu sangat..sangat...SEDAP!

Terima kasih kepada rahel yg telah berjaya menggoda tekak mas sampai terasa-rasa keenakknya saat mata ini memandang tepat kepada picas cake nya. Sekarang mas pula copy paste resepi di sini ye :)

Sumber :Kak Zai

Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.


Nota : mas cuma guna 4 biji telor, 160 gm tepung blue key dan mas tak letak tpg jagung. Alhamdulillah cake tetap jadi cantik, lembut dan gebu. Mas buat wktu mlm then esok baru potong dan rasanye lg enak :)
Tahu tak...di sebalik keterujaan nak menyiapkan cake menjadi sebijik cake yg cantik mcm rahel punya, rupanya bukan mudah. Alahai tangan kenapalah kau keras tangan! Kalau korang blh nampak mesti korang gelak! payah betul nak solek, comot2 hah! 
Tak kisah la...apa yg penting hasil nya...tak gitu?
yummiiiiiii delicios!

Monday, February 13, 2012

Kek Pisang Coklat Chip


As salam dan selamat malam rakan belog semua. Belum terlewat untuk mas tayangkan menu ngeteh kami petang tadi walaupun sekarang ini sudah malam. Biasalah sejak jadi mother ni, masa sgt cemburu kat saya huhuhu. Tak tau kenapa hari nie amani meragam sikit. Mode dia memang tak ok! sekejab2 merengek mintak didokong. Mata mengantuk tapi tak nak tidur, nak main tapi ada saje yg tak kena, hai sabar jelah. 



Ok stop pasal amani. Dah beberapa hari nie tekak mas teringin sangat nak makan kek pisang. Puncanya sejak pekana muffin banana kat starbuck hari tu, tekak ni terus teringat ingat dgn kesedapannya. Memanggil-manggil supaya dtg dan beli lagi,lagi dan lagi. Sejujurnya mas bukanlah penggemar kek pisang tp bila dah rasa kek pisang yg dicampur dgn chip coklat terus mas jatuh cinta. Terima kasih starbuck kerana buat sy gilakan awak hahahaha.....


Teringin sesangat dengan pantas mas terus mintak incik suami belikan pisang dan mas pun selongkarlah resepi sane sini. Dan tetiba mas teringat yg kak kasihredha ada resepi kek pisang yg sangat mudah dan ringkas. Yang best sukatannya cuma guna cawan. Mas pun sama gak macam akk, malas guna gram2 ni hehehe. Dari apa yg kak kasih tulis, dia sendiri tak igt dr mana dia dpt resepi tu. Apa2 pun thanx kak, kek pisang ni sangat best, sedap dan lembut.



Oh ye kebetulan sama tapi tak serupa, hari ini mas macam berjanji plak dengan cekvisionhome dan dari dapur madiha sama2 tayang kek pisang hihihihi. Jom kita terus ke resepi.


*Mas copy resepi dari Kak Kasihredha


Bahan-Bahan :-
1 cawan pisang - yg dah dilecek
3/4 cawan gula pasir - mas guna gula kastor
4 biji telor gred B
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak - mas guna minyak sayuran
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp esen vanila
*4 sudu besar coklat chip - tambah sendiri


Cara-Cara :-
1. Ayak tepung + soda + baking powder


2. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan ke dalam adunan pisang lecek tadi dan kacau sebati.


3. Masukkan minyak dan kacau + esen vanila dan last sekali buh tepung sedikit demi sedikit. Kacau pelan2 dan masukkan coklat chip. * mas buat 2 sudu besar masukkn dalam adunan dan 2 sudu lagi mas taburkan atas adunan sebelum dibakar.


4. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak, temp 180.

Friday, February 3, 2012

Marble Cheese Cake lagi.....malas !

As Salam, salam sejahtera dan selamat malam wahai rakan belog semua. Tentu sekarang nie kekawan sedang beristirehat sambil nonton TV slot cite seram kan..kan..kan...hehehe memandai teka je mas ni ek? tapi betulkan korang tgk cite seram itu, tak pun tgk cite Merlin kan kan kan....

Terlalu lama mas tidak bersiaran kan? rindunya mas dengan rumah yang satu ini. Rindu sangatttttt...rindu nak tulis bermacam cerita kami, masak2, kongsi gambar dan rindu sangat BW rakan2. Bunyik macam patah hati je kan? hehehe...tak patah hati pun cuma mas sekarang ini tersangat lah MALASSSSSSSS (betul2 malas ni) nk update n3 walaupun kebelakangan ini mas terlalu rajin mencuba pelbagai resepi, TAPI lagi malas nk snap piccas then upload then story mory huhuhuhu....

Sila tgk chesse itu...semuanya lebih kt lapis bawah je :(

Nie pun mas paksa gak diri untuk mengupdate. Gambar yg mas upload ni pun dah lama terperap sebenarnya. Apa masalah mas???? errrr...entah la, sakit ke? eh tak adalah, kami semua sihat walafiat, Alahamdulillah :) habis tu kenapa tak nak update blog??? errrr....tak taulah kenapa. Yg mas tahu malas..malas..malas..dan malas! dah macam orang gila plak makcik ni. Sendiri tanya sendiri jawab! huhuhu....

Percayalah, dh update n3 ni kan, pasni tak taulah bila nk update lg huhuhu... bukan salah jari tp salah diri makcik yg sgt malas bermalasan ni. TAPI kan...walaupun mas dah malas update n3, mas sesekali BW jugak cuma tak tinggalkan pesan je sbb malas. Banyak betul ayat malas kan? dalam malas panjang gak bebelan makcik ni hahahahahaha.....

caca marba! 

Ok stop cerita malas. Nak tau tak? minggu...minggu..minggu yg sudah (byk minggu dah ni) mas ada buat marble cheese cake buat kali ke 2. Kali pertama try tersangatlah sucsess dan sedap! wakakakaka puji diri ni. So try kali ke dua, dengan derhakanya mas telah memandai nak buat lain dari yg lain kekononnya la. Dalam otak bayang lain tp bila dah masak jadi lain plak huwaaaaaaa.....


tak berseni sungguh jari mak temah ni tau!

Sepatutnya masa buh adunan kek ni dalam dulang pembakar, tak perlu la di layer-layerkan berkali-kali (mcm buat tiramisu biskoti tu). Cukuplah hanya dengan cara letakkan adunan coklat lapisan pertama then adunan chesse lapisan ke 2 dan last skali baki lapisan adunan coklat (paham tak?). Barulah nnt kek tu menjadik, nampak cheese nya yg sgt cantik dan sedap.


Tapi mak Temah ni, memandai plak layer2kan macam buat tiramissu plak. Pulak tu menglayer dgn cara yg salah! Last2 adunan chesse tu tak boleh di cover penuh dgn adunan kek coklat sbb tak cukup, maka huwaaaaaa malaslah makcik nak cite. Tak sucses pun. Cheesenya entah ke mana-mana. Tak cantik dan tak rasa cheese! moral...jgn memandai nk jd chef wan k! hihihihihi....


Silalah tatap marble chesse cake yg pertama ni DI SINI ye. 

Thursday, June 16, 2011

Kek Alunan Kasih............. Oklah tu!

Nampak gebu mcm kek spoge :)

 Abaikan koko yang tak menarik kt tepi kek tu. 
Cikgu dh kate guna penapis teh tp ai guna penapis besar! 
Tu pasai koko berterabur satu loyang hahahaha.....

Kek Alunan Kasih
Copy resepi dari : Mat Gebu

Ok mode nak taip resepi dah mari. Bila dh mai tu jangan di tanguh-tanguh lagi kalau tidak kompom berminggu-minggu ler takde n3 baru nnt. 


Kalau di ikutkan mrs sunnies sudah ketinggalan jauh. Kek ni sebenarnya dah lama berada di pasaran blog, cuma mrs sunnies je yang terhegeh-hegeh try test this resepi skrg. Apa pun pertama kali cuba membuatnya, oklah tu! Boleh tahan berjaya dari segi warna dan rupa. But the rasa, mrs sunnies kena tingkatkan lagi. Ada sedikit kesilapan kecil yang menyebabkan kek ini kurang sikit di gemari adik2 (mana taknya ai suka2 hati derhake ubah resepi kikikikih). Tak apelah... biasalah tu, nama pun budak baru belajar. Gagal sekali bukan bermakna gagal kali ke dua kan? ceh..ceh...ceh... nak sedapkan hati je ni hahahaha. 


Yang penting sejak mengandung kek memang menjadi kegilaan mrs sunnies. Paling suka, kalau buat kek tu bahannya mudah, simple dan senang cari! Kalau tak dpt buat, beli pun jadi. Kekadang dlm 1 minggu sampai 3 kali mr sunnies belikan kek. Hemmm... apakah satu hari nnt my bby bakal menjadi pakar kek? wahhhhh.... ok what? 
Thanx pada Mat Gebu share the resepi. Now, jom kita tinjau bahan-bahannya ok!


Bahan-bahan :-
5 biji telor
250gm mentega
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh baking powder *
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair - (sy guna susu segar)
Serbuk koko secukupnya
Pewarna pink + perisa strawberry
Pewarna kuning + perisa vanilla
Pewarna hijau + perisa pandan (mat gebu guna pewarna purple + perisa blueberry)
Ayak dan satukan bahan bertanda *


Cara-cara :-
Panaskan oven pada suhu 175c dan sapukan sedikit mentega di keseluruhan loyang pembakar (sy guna loyang yg berlubang tengah)
Putarkan mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan telor satu persatu dan terus memutar hingga telor kembang.
Pada kelajuan yg perlahan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit bersama dengan susu cair hingga habis.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata setiap adunan.
Tuangkan 1 adunan dalam loyang pembakar. Ratakan. Kemudian perlahan-lahan taburkan serbuk koko di atasnya (Gunakan penapis teh dan tabur rata-rata menutupi 1 adunan itu).
Tuangkan 1 adunan lagi di atasnya, ratakan dan ulang step yg sama. Akhir sekali tuangkan adunan yg terakhir dan tdk perlu taburkan serbuk koko di atasnya.
Bakar selama 45minit/hingga kek masak rata. Biarkan sejuk barulah keluarkan dari loyang.


Kesilapan yang mrs sunnies buat ialah perasa pandan dan strawberry seakan tidak serasi. Mungkin mrs sunnies terlebih letak perasa pandan. Bila kek tu dh masak, perasa pandan terlebih bau dan rasa dari perasa yg lain. Pastu dh elok2 dlm resepi guna susu cair, ai sesuka hati guna susu segar! tu pasallah tak jadi kot wakakakakaka.....
Lain tekak lain seleranya...... tak gitu?

Tuesday, May 24, 2011

Marble Coklat Cheese Cake

As Salam dan salam sejahtera wahai rakan belogger :) Motif pagi ini, jangan sentap tengok kek ku wakakakaka!


 Marble Coklat Cheese Cake
Resepi Asal : Kak yati 
      Mrs sunnies copy dari : Duniaku

Secara jujurnya sebelum ini (satu masa dulu) mrs sunnies pernah buat marble cheese cake dari sumber google tp syg kek tu tak berapa menjadi. Tak tahulah kat mana silapnya kek tu jadi terlalu kering dan rapuh. Masa tu saje try nak buat sebab dpt cream cheese dan butter free dari jiran yang bekerja di syarikat pengedar cheese. Mr sunnies pun tak berapa nak makan kek tu, mungkin sebab rasanya kureng sikit.
2 minggu lepas besday my adik, ntah macam mana mrs sunnies teragak nak buat marble cheese cake lagi. Yelah jemu plak rasanya setiap kali blk kg asyik bwk tiramisu je hehehe... 
Blog Duniaku ni dh lama mrs sunnies follow tapi resepi asal kek ni dari kak yati (thanx izzah igtkan sy). Dari blog duniaku nielah mrs sunnies copy resepinya hehehe... Alhamdulillah kali ini menjadik! Licin habis tak sampai 2 hari! Sampai tak sempat nak snap cantik2 pun... hubby pun suka hihihi...



Jom terjah resepinya


BAHAN 'A'
250gm mentega
5 biji telor
1 1/2 cwn gula halus - sy letak 1 cawan je
1 1/2 cwn tepung halus - guna tepung gandum je
1/2 cwn serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
1/4 cwn susu cair - sy gantikan dgn susu segar
*Ayakkan serbuk koko, tepung dan baking powder (satukan)


BAHAN 'B'
250gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil essen vanila
1 biji telor




CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 160c
Sapukan sedikit mentega di keseluruhan dulang pembakar (guna bekas kek non-stik yg berlubang tengah)
Untuk Bahan A - Putarkan mentega dan gula hingga putih. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit-dikit berselang seli dengan susu cair hingga habis dan akhir sekali letakkn pewarna coklat/coklat emulco. Ketepikan.
Untuk Bahan B - Dalam bekas lain putarkan pula cream cheese,gula dan essen vanila hingga kembang (pastikan pemutar itu bersih dan kering). Masukkan pula telor dan putarkan lagi sampai gula hancur.
Tuangkan sedikit Bahan A ke dlm bekas dan tuangkan pula Bahan B. Selang selikan sampai bahan habis. Bakar selema 40-45minit/sampai kek masak. Cucuk dgn lidi/btg satay (sy guna chopstik) utk pastikan kek masak atau tidak. Kalau lidi licin itu tandanya dah masak tapi kalau bahan melekat pd lidi, tambahkan lagi sedikit masa.








MoDe : harap my kazen sabar... mr sunnies sibuk banget so tak sempat nak tunjuk step by step buang malware tu :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails