klik klik ok!

Thursday, June 30, 2011

Sedapnya.......... Lempeng & Sambal


 Selamat pagi semua.... dah sarapan ke belum? Sarapan di mana? makan apa? sedap ke? amboi kemain buzy body mak kiah ni kan? kikikih... sibuk tanya org, hah mak kiah ko sarap apa? Today buat sekian lamanya kami sarap lempeng tepung cicah sambal ikan bilis. Sedapnyaaaaaa.... lama betul mrs sunnies tak buat menu nie. Al maklum ler, akhir-akhir nie dapur rumah ai mmg tak berasap. Ai laki bini sibuk asapkan dapur org je... asapkn dapur org? ish lain mcm dh bunyinya tu! wakakakaka.... asap dapur kt kedai ler. 


 Tapi tulah, kalo dok sibuk asap dapur kedai je lama2 muak gak! bukan je setakat muak, perut pun mula meragam huhuhu... silap makan boleh tercery bery dik non. Aduh... ibu mengandung ni bukan boleh lama2 dok dlm bilik air, takut wei... kang silap2 terberanak plak hehehe... semalam dapur kami dh pun berasap semula. Malam tadi mrs sunnies masak sup sayur, goreng ayam dan ikn bilis grg berlado. Menu yg simple tp bila makan walau berdua macam berebut-rebut plak. Rebutkan soun dalam sup sayur tu hehehe. 


 So pagi tadi celik je mata, hubby tanya nak beli sarapan apa? Ummm... buntu nak pikior maka ai pun buat ler lempeng tepung cicah sambal. Best sangat! kenyang tahap gaban dah ni. Untuk minuman, ai buat susu frisso blanded dengan buah kiwi. Wahhh pepagi minum jus pekat gitu! Susu frisso khas untuk mumy n bby. Sedap gak,1st time minum n the resepi dapat dari staff Dr hamid. Dia kate susu nie boleh bland dgn air sejuk dan buah-buahan yg kita suka. 


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut eden suko hati wakakaka... dah kenyang usap ler perut. Memang itu ler keja ai, tak de lain dah hihihi... dup..dap..dup..dap... menghitung hari sebenarnya ni. Sabar ye bby, lagi beberapa hari je ok!

Wednesday, June 29, 2011

Sambal Belacan Buah Tomato & N3 lari tajuk ?


Salam sejahtera dan apa khabar rakan belog semua. Piccas dalam n3 nie bukanlah menu hari ini, semalam atau sebelumnya. Gara-gara untuk mengelakkan rumah dari terus bersawang, stok lama harus di keluarkan wakakaka...... Sedapnya sambal belacan kalau di makan bersama dengan pucuk ubi masak lemak putih, taugeh kasar campur tahu masak lemak putih, gulai ayam, gulai daging, cicah dengan ulam-ulaman dan ikan bakar. Tambahkan lagi dengan ikan masin, fuhhh...mak mentua lalu memang tak perasan lah! Mrs sunnies paling suka makan sambal belacan dengan Laksa Johor, best sangat-sangat hihihi....



Jangan ceceh banyak nanti ada plak yg tertelan air liur hehehe... Sambal belacan mrs sunnies simple je. Campak-campakkan aje bahan2 dalam lesung, tumbuk then perahkan limau, hah jadilah kikikiki....

Bahan-Bahan :-
1 - 2 inci belacan
7 tangkai cili padi
2 tangkai cili besar merah
1 1/2 sudu kecil gula
1 biji buah tomato - potong dadu kasar2
1 - 2 biji limau kasturi
Garam secubit


Cara-Cara :-
Dengan sedikit minyak, gorengkan seketika belacan. Angkat dan ketepikan. Kemudian gorengkan pula cili padi dan cili besar merah (tutuplah kuali dengan tudung periuk, utk mengelakkan dari terkena percikan cili yg meletup semasa menggoreng). Angkat bila cili dah kecut dan sedikit garing. Dalam lesung tumbuk lumat belacan, cili, gula dan secubit garam. Masukkan buah tomato dan tumbuk lagi. Tumbukkan lebih kurang je dan akhir sekali perahkan limau kasturi.
P/s : ada yg kate kalau nak sambal belacan sedap, cili padi dan cili besar merah kena sama banyak kuantitinya. Tapi kalau dah makan untuk 2 org je takkan nak buh banyak2 kan?


Kes N3 lari tajuk
Seronoknya cuti minggu hari tu dapat berkumpul dengan sepupu sepapat dan sanak saudara di majlis kenduri kahwin sepupu. Meriah sangat2 majlis kendurinya. Pengantin sangat cantik memang berseri seri wajahnya. Sayangnya no piccas huhuhu.... camera ada tp ntah kenapa sepanjang 2 hari tu mode nak amik or bergambor tak ada lansung! Malas memang tak boleh di tolong! 


Yang seronoknya tahun nie je ada 3 sepupu yg akan sama melahirkan bby hingga hujung tahun nie. Campur mrs sunnies jadi 4, so maknanya nnt akan ada 4 bby yg sama baya umurnya cuma bulan je lain. Hanya seorang saje yg akan sama bulan dengan mrs sunnies. Antara kami tak tahulah siapa yg bersalin dulu sbb dia pun tengah tunggu hari je :) Yg pasti 7hb7 tu mmg tarikh bersalin mrs sunnies ye.


Yang tak seronoknya, bila ada suara2 yang tak enak di dengar. Biasalah rambut sama hitam tapi hati lain2.Tak sukalah dengan sikap setengah tut... yg tak menghormati org yg lebih tua terutamanya pangkat Bapak sedara/mak sedara. Nk bergurau tu boleh tp janganlah sampai memalukan org lain. Harus di igt kalau dh namanya org tua kita kena hormat! berlapiklah bila berbicara kalau kita tidak suka dgn org itu sekali pun. Perli memerli bukanlah bicara yg baik untuk di ungkapkan. Moralnya, mulut tempayan boleh di tutup tp mulut manusia mmg tak boleh di kawal huhuhu... sabar jelah! ADA UBI ADA BATAS.... wakakaka jgn sesekali ada niat macam tu dlm hati ok!






Mode : Ralat rasanya bila ada yg nak tahu berapa bil bayaran bersalin mrs sunnies nnt. Ummm... kan ke sepatutnya mendoakn semoga semuanya selamat lebih utama dr kos pembayaran? Bertahun-tahun kami nntikan zuriat ini. Utk pengetahuan sy duduk free je kt situ :)

Friday, June 24, 2011

Last Day jumpa Prof & Tunggu masa je ni :)

My perut so kecik :)

Salam jumaat semua. Macam biasa, doa mrs sunnies semoga hari ini adalah hari yg lebih baik dari semalam. Semoga hari ini dan seterusnya kita akan sentiasa mendapat perlindungan, keberkhatan, keredhaan dan pahala yg banyak dr Allah swt. Semoga kita juga tabah menghadapi sebarang ujian dan musibah dari Allah swt. Kenapa mrs sunnies berkata begitu? Sebenarnya Mrs sunnies tumpang simpati kepada seorang rakan blogger yg dah lama mrs sunnies follow blognya. Semalam dia dan rakan serumahnya di timpa musibah. Rumahnya di masuki pencuri! Syukurlah semasa kejadian mereka tiada di rumah, walau pun ralat kehilangan barang berharga tp apa yg penting nyawa mereka selamat. 


Ok! Pagi tadi adalah hari last mrs sunnies jumpa Doc@ Profesor Dato Dr Hamid Arshat b4 bersalin awal bulan 7 ni. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan terkawal. Hari ini genab sudah 39 minggu usia kandungan bby. Alhamdulillah masa last scan, kami nampak dgn jelas tali pusatnya dan uri. Uri ok, putih warnanya, doc kate kalau uri putih tu tandanya sihat, sykur alhamdulillah. Doc kate lagi, dah besar bby dalam perut tu, bila2 masa je ni. But kami dan doc still berharap semoga bby lahir 7hb7 nie. Untuk pengetahuan 7hb7 nie adalah tarikh yg doc pilih untuk czer. Mrs sunnies tdk boleh bersalin secara normal atas sebab keselamatan diri. Perasaan takut makin menjadi-jadi bila tarikhnya semakin dekat. Terbayang-bayang dalam kepala, perut nak kena belah nnt, huhai takutnya! Semoga semuanya selamat.


Pertama kali sepanjang mengandung 9 bulan nie, mr n mrs sunnies dpt dgr degupan jantung bby! Seronoknya!!! Tetiba je rasa tak sabar nak bersalin plak! Hilang dah perasaan takut hihihihi.... Ya Allah bukan main laju jantungnya. Kami jadi sayup, itu ke bunyi jantung anak kami? nak menangis pun ye :) Rasa sayang pada bby nie semakin dalam rasanya. Tak sabar nak jumpa kamu wahai anak :) Doa kami semoga anak ini akan jadi anak yg solehah. Ya Allah permudahkanlah proses bersalin ku nnt.


Tiada kate yg mampu kami ungkapkan selain mendoakan kesejahteraan Dr Hamid Arshat. Semoga Allah memanjangkan usianya dan diberi kesihatan yg sempurna. Semoga dia terus berjaya membantu ramai pasangan di luar sane yg belum di kurniakan zuriat lagi. Terima kasih tdk terhingga sepanjang mrs sunnies menjadi pesakitnya, dia menjaga dan memberikan rawatan yg terbaik terhadap kami. Hanya Allah swt yg mampu membalas jasanya :)






Mode : Sabar itu separuh dari imannnnn.....

Wednesday, June 22, 2011

Mee Goreng Hailam & Pulangkan Mangkuk Jiran


Alhamdulillah malam tadi dpt jugak mrs sunnies sediakan juadah makan malam yg simple walaupun keadaan diri tdk mengizinkan. Sakit kepala, berat tengkuk dan sakit belikat buat mrs sunnies rasa nak demam. Alhamdulillah, juadah itu juga dapatlah mrs sunnies pulangkan mangkuk jiran dpn rumah. Dia dah pesan berkali-kali jangan susah2 nak masak. Pulangkan je mangkuk kosong tu tp sebagai jiran tak sopan rasanya mrs sunnies nak bg mangkuk gitu2 je. Yelah, org dah memberi kita merasa, org berbudi kita kenalah berbahasa. Tak gitu?



Sebenarnya baru petang semalam kami nampak kelibatnya selepas beberapa hari dia dan anak2 berurusan di Kedah. Bila dgr dia balik, cpt2 mrs sunnies suruh hubby beli barang2 untuk masak mee hailam. Takut plak esok lusa dia pergi lagi. Maka petang semalam, ketuk2 kuali lah kami laki bini kat dapur. Itu ini, itu ini, tepat jam 7.00 mlm hubby ketuk pintu rumahnya hihihi... membebel makcik tu, katenya susahkan mas je. Dalam pada tu sempat dia kate kt hubby "sedapnya bau" hihihihi..... Lega rasanya dah pulangkan semua mangkuk jiran :)



Bahan-bahan :-
500gm mee kuning
3 ulas bawang putih - ketuk
1 1/2 sudu besar cili kering
1 mangkuk kecil ayam yg dh di potong kecik2
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk air - nak kuah banyak lebihkan air
1 kpng fish cake - potong nipis
5 ketul fish ball - potong 4
1 ikat sawi
30sen taugeh
2 tangkai cili bsr merah - potong serong
Sedikit kicap pekat - 1 sudu kecil
Sedikit sos tiram, sos cili dan sos tomato
Kicap manis secukupnya


Cara-cara :-
Dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kering dan tumiskan lg hingga cili kering masak. Letakkan pula ayam. Kaup balikkan seketika dan masukkan pula udang. Gaul lagi, masukkan pula air. Perasakan dengan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato dan secubit garam (semua bhn sos nie terserah nak letak banyak mana sbb tiada sukatan). Biarkan air mendidih dan rasalah apa yg kurang. Bila ayam hampir masak, masukkan pula fish ball dan fish cake. Biarkan mendidih lagi hingga kuah nampak mcm pekat. Akhir sekali masukkan mee, sawi dan cili besar. Gaulkan rata-rata hingga sebati. Bila mee dah nak masak letakkan pula taugeh. Gaul lebih kurang dan bolehlah di matikan api. Taburkan bawang grg dan daup sup.


P/s : Thankx pd Kak Jee atas info ganguan bekalan air dari hari ini sampailah Jumaat. Nak tahu lebih lanjut silalah ke SINI




Mode : Hubby kate biarlah tak ada karen tp jgn tak ada air! 

Tuesday, June 21, 2011

Tak boleh tahan kalau jumpa buah ini !

 Google punya
 Google punya
Google punya

Ok, bila kandungan dah genab 4 bulan, nafsu nak makan mmg tinggi, tak boleh nak tahan kan? Time tu azab mabuk, loya dan muntah2 dah lepas, so bertukar pula kpd selera makan yg besar. Bila dah nak tu memang tak boleh di tangguh-tangguh lagi. Semua benda nampak sedap tp bila dh dapat, makan bukan banyak mana pun janji dapat! Kikikiki.... nafsu...nafsu :)))

Nasib baiklah sepanjang megandung ni mrs sunnies tak mengidam yg bukan2! Apa yg teringin di tekak semuanya senang dapat. Alhamdulillah tak susah en somi nak cari hihihihi... Sekarang kandungan mrs sunnies dah cecah 9 bulan, so nafsu makan macam dh kurang sikit terutamanya nasi! Cuma ada beberapa makanan je yang tak berubah sejak kandungan dari 4 bulan sampailah skrg. 

Pantang betul nampak buah durian, rambutan dan manggis. Buah ni semua kalau dapat memang tak cukup nak makan sikit! Semalam hubby belikan durian kuning, sekilo rm17.00. Ala.... buahnya kecik je, isi dia tak delah banyak mana tp mmg puas makan. Hubby kate kena beli sebijik je, kalau beli banyak nnt ai makan banyak! kecian plak bby dalam perut kepanasan kang hihihihi.... Rambutan plak mrs sunnies jarang beli kat kedai buah, selalunya beli yg dah siap packing kat Pasaraya Jusco. 1 bungkus rm5.00 lebih, yg ni pun kalau makan kena sukat. Satu hari cuma boleh makan 5 ketul je. Hubby takut ai sakit perut huhuhu... tp kekadang derhaka gak, bila dia pegi kerja, ai bantai ler lg hahahaha..... Last sekali buah manggis. Kalau dah makan tu kekadang tak sedar dh telan 4 biji buah manggis! Dgr 4 biji, mesti korang kate sikitkan? org mengandung tak boleh makan banyak sangat nnt perut meragam :) 

Buah durian semalam mmg sedap, tak puas ler makan. Errrr.... en somi boleh tak belikan lagi? hihihi.... sorylah yer piccas semua by google. Lepas ni ai cuba snap piccas sendiri itu pun kalo igt lah ye :)






Mode : 7hb7 2011 adalah tarikh yg di nantikan :)

Bihun Sup Kepak Ayam


Piccas dlm n3 nie bukan menu bekpes kami. Bihun sup kepak ayam nie menu malam hari tu. Bila punya hari tu mrs sunnies tak igtlh plak hihihi.... Saje je nak bubuh dlm n3 supaya rumah ini tidak sunyi dan berhabuk. Abaikan pada piccas yg tak cantik tu ye. Kemahiran utk mengambil or mengedit masih di tahap bdk baru belajar lg huhuuhu....



Berbalik pada bihun sup kepak ayam, masa tengah beli brg dapur di Sunway Giza, time tu hubby tengah dok pilih ayam organik so mrs sunnies ni melilau ler tgk benda lain. Tetiba mata ternampak plak kepak aym yg dh siap di packing. Bila tgk kepak ayam tu yg bersih, segar, gebu dan putih, nafsu nk makan tak boleh tahan wok. Terbayang dlm kepala, kalau masak sup mesti best, makan plak dgn sambal kicap! Meleleh sey!!! Memandangkan time tu selera nak mkn nasi memang kurang, maka mrs sunnies pun buatlah bihun sup. Jadilah Bihun Sup Kepak Ayam kikikikiki.....


Bahan-Bahan utk kuah sup :-
6 ketul kepak ayam
3 biji bawang merah *
2 biji bawang Putih *
1 labu bawang besar - hiris
1/2 inci halia - ketuk
3 sekawan - bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Lada hitam dan putih - secukupnya
Garam secukup rasa
1 batang lobak - potong bulat
Air secukupnya


Bahan Bihun :- 
1 1/2 keping bihun - rendam dan celur dgn air panas
Sawi - celur
Taugeh 
Daun sup - racik halus
Bawang goreng


Bahan sambal kicap :-
7 tangkai cili padi
1 sudu besar bawang goreng
Kicap manis secukupnya


Cara-cara :-
Untuk kuah sup - Tumbuk lumat bahan bertanda * 
Dalam periuk, tumiskan seketika 3 sekawan. Letakkn pula bawang besar dan tumis hingga naik bau/layu. Masukkan pula bahan tumbuk dan halia. Tumiskan lagi hingga bahan hampir kekuningan kemudian letakkan lada hitam dan putih secukupnya. Tumiskan lagi. Bila bahan agak sedikit garing masukkan kepak ayam dan gaul sekejab. Masukkan pula air secukupnya. Masukkan juga lobak. Biarkan hingga sup mendidih. Perasakan sup dgn garam dan serbuk pati aym secukupnya. Biarkan mendidih lagi hingga ayam masak sepenuhnya. Bolehlah di matikan api. Taburkan sedikit daun sup dan bwg grg ke dlm sup tersebut.
Untuk Sambal kicap - Dalam lesung, tumbuk lumat cili padi bersama dengan bawang goreng. Letakkan dalam bekas dan curahkan kicap manis secukupnya.
Untuk Bihun - Dalam mangkuk, letakkan bihun dan lain2. Curahkan sup dan letakkan sedikit sambal kicap. Kalau suka perahkan limau kasturi untuk rasa masam sedikit.






Mode : Semalam teman hubby buka puasa kat Rest Santai@Tesco. Puas rasanya dapat makan tomyam putih!

Monday, June 20, 2011

Pancake Mcd dan rasa nak demam !

Google je :)
Pancake ok but the coffe not Ok!

Hari nie mrs sunnies ada rasa mcm nak demam je. Dah beberapa hari ni cuaca panas tanpa hujan. Mendung bukan main tp ujan tak turun pun. Bila dah panas tu, tentu-tentunya kipas 24 jam on sentiasa. Terlalu mengadap kipas pun tak bagus kan? Nak buat macam mana, mak buyong tak tahan panas wooo... lagi2 letly nie bila tiba malam hinggalah ke pagi, bby dalam perut terlalu aktif dan mengeras hingga adakalanya buat mrs sunnies jd sesak nafas akibat dari badan dia yg suka menekan! Sakit tu huhuhu... rasa nak nangis pun ye :(  
Serba salah di buatnya. Bila kita mengereng belah kiri, dia tendang2, bila kita mengereng belah kanan pun sama gak! Baby tak bg betul ummi nya tidor mengereng. Bila telentang, dia diam tp kita plak yg tak selesa. Tak tahan sakit pinggang telentang lama-lama. Harus bagaimanakah cara yg betul sebenarnya? Walid pun naik pening, kesian pun ye bila tgk bininya dok pusing sane, pusing sini. Tak apalah, itu semua pengalaman bermakna buat kami. Kalau kami boleh sabar selama 8 tahun utk dptkan zuriat, inikan pula 9 bulan melayan kerenahnya dalam perut. Umi dan walid selalu pesan kat baby, sabar ye.... tak lama je lagi :))

Akibat dari rasa badan yg macam nak demam dan skrg ni rasa selsema lak pulok, pagi td tak dpt nak temankan hubby sahur. Hari nie dia puasa lagi. Kesian dia, sahur dgn telor goreng je huhuhuhu... Td nie pun sebelum pergi kerja sempat je dia belikan sarapan Pancake Mcd untuk mrs sunnies. Katanya kalau tak belikan sarapan jgn harap mrs sunnies nk buat sarapan sbb dia tahu, kalau dia puasa je mst ai pun tak makan sekali! Sebelum gerak sempat lg dia pesan, jgn lupa pikir kt mana nak buka ye? aik! dia yg puasa, kita plak yg nak kena mekior buka kt mana? huhuhu... cer pikir..cer pikir....

Sunday, June 19, 2011

Mee Kari edisi II

Tak nampak dah mee, kerang dll 
dek tertimbus dgn kuahnya :)

Selamat hari Ahad rakan belog semua. Sedikit kelewatan menayang juadah tengah hari kami. Keletihan selepas memasak di dapur memaksa mrs sunnies berehat dan tidor dlm jangka masa yg agak lama sedikit. Kekonon nak dapatkan balik tenagalah tu walhal mmg pantang baring mesti lelap! ngeeeee.....


Ok! hari ini dalam dapur, ketuk-ketuk periuk, mr & mrs sunnies masak mee kari edisi II. Motif? yg sebenarnya nak pulangkan mangkuk jiran yg dah lama tertenggek kat atas kabinet tu. Hari tu jiran kita ada bg nasi ala2 beriyani gam, so bila dia dh bg menu yg best, takkan ler kita nak pulangkan bekas gitu2 je kan? Fikir punya fikir, akhirnya kami sepakat buat mee kari. Itu je yang mudoh dan simple hihihi.... Lepas sudah mangkuk jiran sebelah umah, ada lg satu mangkuk jiran dpn rumah tak pulangkn lagi. Huh... pikior..pikior... nak bg apa ye?


Mee kari janji sodap! 

Untuk edisi yg ke II bahan tumisan tetap sama, cuma untuk pekatkan kuah, kali ini mrs sunnies tak letak keledek tp kentang. Last masak, masa letak keledek tu hubby kate kuah jadi manis macam mee jawe plak hehehe....itu dia hint kureng sukalah tu :)

Bahan-bahan Tumis :-
8 biji bwg merah - hiris
2 biji bwg putih - hiris
3 sekawan (kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
2 sudu besar cili kering
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging (bancuh dgn sedikit air)
1 mangkuk santan cair (air santan perahan yg ke 2)
1 tangkai daun kari
1 mangkuk ayam - potong kecik (kuantiti bergantung kpd berapa org makan ok!)


Bahan Tumbuk :-
1 labu bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia - ketuk


Bahan Kuah :-
Santan - 1 biji kelapa
2 keping asam keping
2 biji kentang - rebus dan blender
1 sudu kecil serbuk pati ikn bilis
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
8 ketul fish ball - potong 2
2 keping fish cake - potong nipis
6 ketul tahu lembut - potong 2
Air secukupnya


Bahan Mee
500 gm mee kuning - celur seketika dgn air panas utk hilangkan rasa kapurnya.
1 mangkuk kecil kerang rebus
1 mangkuk kecil taugeh - sy tak celur
1 mangkuk kecil sawi - celur
2 tangkai cili besar - potong bulat
3 biji telor rebus - potong 2
Bawang goreng
Daun sup - racik halus
Limau kasturi/lemon


Cara-cara :-
Untuk Tumisan - Dengan minyak yg secukupnya tumiskan 3 sekawan seketika. Letakkan pula bahan hiris. Tumis hingga harum dan masukkan pula bahan tumbuk dan halia. Tumiskan lagi hingga bahan sedikit garing/kekuningan. Masukkan pula cili kering dan tumis lg hingga cili kering masak/pecah minyak. Letakkn pula pes kari dan daun kari, tumis sampai terbit minyak/pes masak. Letakkn pula 1 mangkuk santan cair. Bila dah mendidih masukkan pula ayam. Biarkan sekejab. Semasa menumis api hendaklah sederhana kecil.
Untuk Kuah - Bila ayam hampir masak, masukkan santan, asam keping, garam, gula dan serbuk pati ikan bilis. Biarkan mendidih sekejab dan masukkan pula kentang yg sudah diblender. Tambahkan air utk mengelakkan kuah jadi pekat. Biarkan mendidih. Masukkan fish ball dan fish cake. Bila rasa kuah sudah cukup perasanya, letakkan pula tahu lembut. Biarkan mendidih lagi dan bolehlah di matikan api (tahu lembut tak boleh masak lama2, takut nnt jadi terlalu kembang dan lembik)
Untuk Mee - Dalam mangkuk letakkan mee dan lain2. Perahkan limau dan curahkan kuah di atasnya. Sedia untuk di makan!


P/s : Untuk dptkan pati santan yg pekat, sy suka blender kelapa parut. Blender pertama utk pati yg pekat (asingkan). Kali kedua untuk santan cair.






Mode : Masih lg melayan mee kari utk edisi mkn malam pula. Konyang perut makcik! hihihihi....

Saturday, June 18, 2011

Nasi Goreng Ikan Kembung Rebus (Goreng)

Oi nasi goreng...oi sungguh enak..
oi nasi...oi lah goreng! 
hihihihi....

Hi semua, salam hari sabtu you all's! Dah ketuk2 kuali kat dapur ke? mrs sunnies belum lg. Tengah dok pikior nak masak apa hari nie. Dalam kepala macam teragak nak masak spaghetti bolognese tp dlm pd masa yg sama macam nak masak mee kari pun ye! Hemmmm.... kena osom ni! Eh baru teringat, nak msk mee kari kemendenya? bahan-bahannya tak adalah, tak beli lagi! haiyakkkkkkkk....... nampak gaya ai masak spaghetti jelah hihihihi :)

Ok berbalik pd Nasi Goreng Ikan Kembung Rebus (Goreng). Dalam n3 yg lepas2, ada mrs sunnies paparkan, cuma tak tulis resepinya je. Now mrs sunnies nak bg resepilah. Sebelum tu, nasi grg ni tercipta masa mrs sunnies tengah layan cite masakkan Sarjan Saji setiap rabu 10.30 pg @ tv3 (promote lg). Tengok Chef Kamarul masak nasi grg tu, aduhai.... meleleh air liur ai. Petang tu jugak ai ajak hubby pergi pasaraya Jusco cari ikn kembung rebus. Lupa nak snap rupa ikan rebus tu, sape-sape yg tak tahu, ikan rebus ni ada mcm2 jenis dan dh siap di bungkus. Pertama kali ai makan dan tgk rupe ikn rebus nie masa pergi rumah kawan, dia masakkn ikn kembung rebus goreng berlada. Sedap! Ikan rebus ni rasanya sedikit masin, so masa nak masak tu tak perlulah bubuh garam banyak-banyak.


Bahan-bahan :-
Nasi secukupnya
3 ekor ikan kembung rebus (gorengkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja)
1 biji bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih *
2 tangkai cili besar merah *
4 tangkai cili padi * (suka pedas letak lebih)
1/2 inci belacan *
secubit ikan bilis *
1 biji telor
Lobak - potong memanjang
Kubis - hiris sederhana nipis
secubit garam
sedikit pati ikn bilis

Tumbuk lumat bahan bertanda * (sy chopper je hihihi)

Cara-cara :-
Tumiskan bawang besar hingga harum.
Masukkan bahan tumbuk dan tumiskan lagi hingga kekuningan.
Masukkan lobak dan kaup balikkan seketika.
Masukkan pula nasi dan gaul rata. Letakkan pati ikan bilis dan garam.
Bila nasi dh rata dengan semua bahan, letakkan pula kubis dan isi ikan rebus.
Kacau lagi, masak dan gaul rata hingga semuanya jadi sebati. Kemudian buatkn lubang di tengah2 nasi dan pecahkan sebiji telor. Biarkan seketika barulah gaul rata2 dengan nasi. Bolehlah tutupkan api. SELAMAT MENCUBA!





Mode : Menghitung hari... detik demi detik :)

Thursday, June 16, 2011

Kek Alunan Kasih............. Oklah tu!

Nampak gebu mcm kek spoge :)

 Abaikan koko yang tak menarik kt tepi kek tu. 
Cikgu dh kate guna penapis teh tp ai guna penapis besar! 
Tu pasai koko berterabur satu loyang hahahaha.....

Kek Alunan Kasih
Copy resepi dari : Mat Gebu

Ok mode nak taip resepi dah mari. Bila dh mai tu jangan di tanguh-tanguh lagi kalau tidak kompom berminggu-minggu ler takde n3 baru nnt. 


Kalau di ikutkan mrs sunnies sudah ketinggalan jauh. Kek ni sebenarnya dah lama berada di pasaran blog, cuma mrs sunnies je yang terhegeh-hegeh try test this resepi skrg. Apa pun pertama kali cuba membuatnya, oklah tu! Boleh tahan berjaya dari segi warna dan rupa. But the rasa, mrs sunnies kena tingkatkan lagi. Ada sedikit kesilapan kecil yang menyebabkan kek ini kurang sikit di gemari adik2 (mana taknya ai suka2 hati derhake ubah resepi kikikikih). Tak apelah... biasalah tu, nama pun budak baru belajar. Gagal sekali bukan bermakna gagal kali ke dua kan? ceh..ceh...ceh... nak sedapkan hati je ni hahahaha. 


Yang penting sejak mengandung kek memang menjadi kegilaan mrs sunnies. Paling suka, kalau buat kek tu bahannya mudah, simple dan senang cari! Kalau tak dpt buat, beli pun jadi. Kekadang dlm 1 minggu sampai 3 kali mr sunnies belikan kek. Hemmm... apakah satu hari nnt my bby bakal menjadi pakar kek? wahhhhh.... ok what? 
Thanx pada Mat Gebu share the resepi. Now, jom kita tinjau bahan-bahannya ok!


Bahan-bahan :-
5 biji telor
250gm mentega
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh baking powder *
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair - (sy guna susu segar)
Serbuk koko secukupnya
Pewarna pink + perisa strawberry
Pewarna kuning + perisa vanilla
Pewarna hijau + perisa pandan (mat gebu guna pewarna purple + perisa blueberry)
Ayak dan satukan bahan bertanda *


Cara-cara :-
Panaskan oven pada suhu 175c dan sapukan sedikit mentega di keseluruhan loyang pembakar (sy guna loyang yg berlubang tengah)
Putarkan mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan telor satu persatu dan terus memutar hingga telor kembang.
Pada kelajuan yg perlahan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit bersama dengan susu cair hingga habis.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata setiap adunan.
Tuangkan 1 adunan dalam loyang pembakar. Ratakan. Kemudian perlahan-lahan taburkan serbuk koko di atasnya (Gunakan penapis teh dan tabur rata-rata menutupi 1 adunan itu).
Tuangkan 1 adunan lagi di atasnya, ratakan dan ulang step yg sama. Akhir sekali tuangkan adunan yg terakhir dan tdk perlu taburkan serbuk koko di atasnya.
Bakar selama 45minit/hingga kek masak rata. Biarkan sejuk barulah keluarkan dari loyang.


Kesilapan yang mrs sunnies buat ialah perasa pandan dan strawberry seakan tidak serasi. Mungkin mrs sunnies terlebih letak perasa pandan. Bila kek tu dh masak, perasa pandan terlebih bau dan rasa dari perasa yg lain. Pastu dh elok2 dlm resepi guna susu cair, ai sesuka hati guna susu segar! tu pasallah tak jadi kot wakakakakaka.....
Lain tekak lain seleranya...... tak gitu?

Wednesday, June 15, 2011

Menghitung Hari & Hilang Skill Memasak?

Ala-ala cinderella gitu! Saje nak tayang baju i kembang tu.

As Salam dan salam sejahtera rakan belog semua. Ahhh cummmm... exceusme, sob..sob..sob... terbersin plak hihihi... Banyak betul habuk dlm rumah nie, siap bersawang lagi! Sekarang ai tengah cuci kasi bersih itu habuk dan sawang! Ah cummmmm!!!!
Ekceli rumah nie di tinggalkan atas sebab mrs sunnies tak tahu nak tulis n3 baru. Skill mengarang dah tak ada. Keghairahan menaip dah hilang. Bukan tak ada cerita dan piccas yang ni di kongsikan tp mode menaip dah tak ada. 
Huhuhu... mungkin lepas bersalin nnt, mode baru akan dtg kot. Sekarang, perasaan mrs sunnies sentiasa berdebar-debar, menghitung hari menanti saat kelahiran bby dalam masa beberapa minggu lagi . Setiap hari, masa dan detik amat mendebarkan. Semoga semuanya selamat :)

Nasi Goreng Ikan Rebus Goreng (resepi dari Sarjan Saji)

Now berbalik kepada alam dapur. Dah lama rasanya tak ketuk2 kuali dalam n3 ni. Eh,eh, bukan rasa tp yelah mmg mrs sunnies sekarang dh jarangggggg main masak2. Tak larat sudah, sejak akhir2 ni mrs sunnies tak larat nak berdiri lama2 mengadap bahang dapur  melainkan kalau semua bahan hubby sediakan dan mrs sunnies tinggal masak je, tu ye boleh saje! ngade2 betul bini org ni tau!
Seriusly skill memasak macam dh hilang. Rasanya apa yang di masak semuanya macam tak menjadi je.  Mungkinkah sebb mode yang kurang suka ke dapur menyebabkan masakkan jadi tak sedap?

Piccas tak menarik. Apakah ini juga sudah hilang skill?

 Yelah... kita nie kalau nak masak mesti kena penuh dengan perasaan cinta dan kasih sayang kan? Hahaha... ah sudah! nie macam nak hint2 kat hubby yg bini dia malasssssssss masak!
Nasi goreng ikan rebus (goreng) nie dah lama sebenarnya. Cuma baru sekarang nak tayang. Tak sedaplah ai masak nasi goreng nie. Punca ai buat nasi grg nie sbb tengok cite masakkan Sarjan Saji lah, hati membuak-buak nak try. Dalam tv nampak sedap gila! tapi bila ai masak.... alahai... tak sodap sungguh! Tekak ibu mengandung kate tak sedap tp Laki ai kate sedap!

Kek Alunan Kasih.

 Jangan tertipu dgn piccas, wow cantiknya tp rasanya huhuhuhu. Ntah ler, susah betul nak paham selera ibu mengandung! Kek nie terjadi masa bukak belog Mat Gebu. Masa tengok kek tu, hati mrs sunnies sekali lagi membuak-buak nak buat! Lagi plak bahan2 dia tak menyusahkan, pendek kate senang dan mudah nak cari kat pasaraya.

Kurang serasi perasanya.

Suka sangat dengan kalernya. Kanak2 kalau nampak mesti tertarik nak makan, tapi tdk pada tekak ai! Buat beriya-riya nie, bila dah jadi.... makannya sikit je. Kek ni mrs sunnies buat sempena besday adik yang bongsu. Masa bawak balik kg tu, dia orang terkujat gak ler sbb kek nie kalernya meriah. Teruja gak dia org nak makan tp bila dah makan... huhuhu dia org kate lagi best marble cheese cake! 
Kesilapannya.... dia org kureng suka dengan rasa pandan dan strawberry tu. Macam tak serasi je rasanya. Ummmm.... betul jugak. Kalau ikut resepi, Mat Gebu guna perasa blueberry, strewberry dan vanila. Di sebabkan tak jumpa perasa blueberry so mrs sunnies gantikan dengan perasa pandan! 
So moral of the kek ialah.... jgn suka2 nak ubah perasa! wakakakaka hantamlah labu.


P/s : no resepi today.... lain kali lah ye mrs sunnies tulis resepi nasi grg ikan rebus (goreng) dan kek alunan kasih tu ok :)))))

Friday, June 10, 2011

35 minggu beberapa hari.

As Salam dan salam jumaat semua. Seperti biasa doa mrs sunnies semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari2 yang mendatang juga akan bertambah-tambah baik ye. Semoga kita di beri pahala yang lebihhhhhh dari sebelumnya. Oleh itu banyakkan beramal, kurangkan kontrovesi ok! Amin.


Alhamdulillah td kami jumpa doctor dan doctor say kandungan mrs sunnies sudah 35 minggu lebih. Sekejab je dah 35 minggu. Mrs sunnies bajet bersalin hujung bulan 7 nie, rupanya awal bulan daaaaa.... ai salah kira ke? Ini bermakna sudah hampir dekat nak bersalin. Dan ini bermakna juga bila-bila masa akan bersalin. Yehaaaaaa... my bby nak kuar sudah! But doc say lagi.... mrs sunnies tak boleh bersalin secara normal atas sbb2 yang tertentu. So doc pilih tarikh yang seeloknya untuk bersalin ialah 7/7/2011. Ummmm... nice date! masa tu dh 5 Syaaban. 8 tahun dahulu kami nikah bulan Syaaban juga. Apakah ini kebetulan? tidak... ini semua dah ketentuan Allah swt.


Mr sunnies kalau di beri pilihan dia nak tarikh 14hb tp doc kate tak boleh sbb dah lewat sangat. Jadi kami setuju untuk memilih tarikh yg doc pilih. Tak kisahlah yang penting SELAMAT. Alhamdulillah masa scan semuanya ok. Doc kate penuh dah dalam perut tu! hahaha... agaknya bby dah konker semua kawasan dalam tu :) Patutlah sejak2 akhir nie bby terlalu kerap bergerak dan suka sgt keraskan badan rupanya masanya dah hampir. Emmm... manalah kita tau, pengalaman tak ada kan. Td ni pun doc dh bg no talian kecemasan untuk apa2 je kelainan selepas ini, then terus je call no tu dan dia akan segera bantu.


Ya Allah semoga semuanya selamat. Permudahkanlah segala urusan dan lancarkanlah proses kelahiran bby ini nanti. AMIN.








MoDe : Tak nak pikir yang buruk2. Dup dap dup dap.... pejam celik,pejam celik, lagi beberapa minggu je hah :) Tungguuuuuu....

Thursday, June 9, 2011

Seth Tan !!!!!

Tertengok dan terjebak! semuanya kerna gara-gara Seth Tan!!! Kau punya pasal lah ai sanggup cari! Cari apa??? cari buku novelnya laaaaaa..... 3 ke 4 kali jugalah ai sanggup masuk MPH dalam 1 minggu tu nak cari novel KASIH YANG SUCI punya pasal. 




Aku sudah tangkap cintan sama mereka. Bestlah, ai suka sgt dengan jalan cerita dia sampai kita pun jadi berangan, kalaulah............ hihihihi tak baik, tak baik. Beruntung sungguh Nora Elena dpt suami seromantika Seth Tan. Alahai... sikapnya yang romantik terbawak-bawak sampai ke mimpi you kuikuikui...  


Ehhh suami ai pun romantik juga (dia baca nie hahahaha)


Tapi frust jugak ler sbb dalam tv jalan ceritanya banyak di ubah dari dlm novel. Ahhh.. tak kisahlah yg penting Seth Tan, kau telah buat jiwa ku tunggang langgang! Wakakakaka.....


P/s : hakikatnya ada ke lelaki seromantik seth tan kat dunia ni? or sesabar seth? ada kot... 






MoDe : tidor ku lena :))))))

Monday, June 6, 2011

Berdebar dan semakin MALAS !

Google je

As Salam dan salan sejahtera wahai rakan belog semua. Lamanya mrs sunnies tak mengupdate blog kan? Penuh habuk dah rumah kita ni hah hihihi... nie pun mrs sunnies paksa diri untuk mengelap sedikit habuk huhuhu... MALAS sungguh bini org ni kan? Kuikuikui.... nak buek camno dah memang tahap kemalasan melanda diri sekarang ini. Sesiapa di luar sana ada vitamin 'R' sila mai habaq kat kami no... nak mintak satu boleh? nak kasi badan 'R'ajin sikit ni hah kekekeke... now my mode so malas nak update n3. 

Sebenarnya, perasaaan mrs sunnies semakin hari semakin berdebar. Lagi sebulan je mak buyung nak bersalin tau! Tak sabar, teruja dan dalam pd masa yg sama manyak takut wooo. Ngeeeee.... seremnya bila terbayang-bayang saat nak bersalin nnt. Takut wei... push..push..push, u can't do it bibeh! hahahaha poyo je mak buyung ni tau! 

Doctor dah pesan dari sekarang mrs sunnies dh kena belajar tarik nafas dalam2 sbb nnt masa bersalin, pernafasan amat penting semasa nak meneran. So mrs sunnies HARUS lebih rajin untuk bergerak@bersenam! masalahnya tak taulah kenapa bila kandungan dah cecah 8 bulan, mrs sunnies jadi malas. 

Malas, malas dan malas sesangat nak berjalan! Jalan sikit je kaki dh penat dan pernafasan cepat mengah. Walhal sebelum nie kalau dok berjalan dlm shopping compleks berjam-jam pun tak apa! sekarang????? 10 minit berjalan pun dah rasa macam berjam-jam jalan. Alahai..... MALASnya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails