klik klik ok!

Wednesday, June 22, 2011

Mee Goreng Hailam & Pulangkan Mangkuk Jiran


Alhamdulillah malam tadi dpt jugak mrs sunnies sediakan juadah makan malam yg simple walaupun keadaan diri tdk mengizinkan. Sakit kepala, berat tengkuk dan sakit belikat buat mrs sunnies rasa nak demam. Alhamdulillah, juadah itu juga dapatlah mrs sunnies pulangkan mangkuk jiran dpn rumah. Dia dah pesan berkali-kali jangan susah2 nak masak. Pulangkan je mangkuk kosong tu tp sebagai jiran tak sopan rasanya mrs sunnies nak bg mangkuk gitu2 je. Yelah, org dah memberi kita merasa, org berbudi kita kenalah berbahasa. Tak gitu?



Sebenarnya baru petang semalam kami nampak kelibatnya selepas beberapa hari dia dan anak2 berurusan di Kedah. Bila dgr dia balik, cpt2 mrs sunnies suruh hubby beli barang2 untuk masak mee hailam. Takut plak esok lusa dia pergi lagi. Maka petang semalam, ketuk2 kuali lah kami laki bini kat dapur. Itu ini, itu ini, tepat jam 7.00 mlm hubby ketuk pintu rumahnya hihihi... membebel makcik tu, katenya susahkan mas je. Dalam pada tu sempat dia kate kt hubby "sedapnya bau" hihihihi..... Lega rasanya dah pulangkan semua mangkuk jiran :)



Bahan-bahan :-
500gm mee kuning
3 ulas bawang putih - ketuk
1 1/2 sudu besar cili kering
1 mangkuk kecil ayam yg dh di potong kecik2
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk air - nak kuah banyak lebihkan air
1 kpng fish cake - potong nipis
5 ketul fish ball - potong 4
1 ikat sawi
30sen taugeh
2 tangkai cili bsr merah - potong serong
Sedikit kicap pekat - 1 sudu kecil
Sedikit sos tiram, sos cili dan sos tomato
Kicap manis secukupnya


Cara-cara :-
Dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kering dan tumiskan lg hingga cili kering masak. Letakkan pula ayam. Kaup balikkan seketika dan masukkan pula udang. Gaul lagi, masukkan pula air. Perasakan dengan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato dan secubit garam (semua bhn sos nie terserah nak letak banyak mana sbb tiada sukatan). Biarkan air mendidih dan rasalah apa yg kurang. Bila ayam hampir masak, masukkan pula fish ball dan fish cake. Biarkan mendidih lagi hingga kuah nampak mcm pekat. Akhir sekali masukkan mee, sawi dan cili besar. Gaulkan rata-rata hingga sebati. Bila mee dah nak masak letakkan pula taugeh. Gaul lebih kurang dan bolehlah di matikan api. Taburkan bawang grg dan daup sup.


P/s : Thankx pd Kak Jee atas info ganguan bekalan air dari hari ini sampailah Jumaat. Nak tahu lebih lanjut silalah ke SINI




Mode : Hubby kate biarlah tak ada karen tp jgn tak ada air! 

2 comments:

  1. mas.. nak 2 pinggann.. hehe sedapnyeeerr mee goreng hailam ni.. tapi bila tengok buaha2an kat bawah tu lagi tak tahan... buah rambutan tu lawo benor isinyer.. waaahhh

    ReplyDelete
  2. izah : silakan... jangankn 2 pinggan, berpinggan-pinggan pun sy bg tau :) hihihi... tulah buah2 tu mengcengkam jiwa kan? tahan you.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails