klik klik ok!

Sunday, June 19, 2011

Mee Kari edisi II

Tak nampak dah mee, kerang dll 
dek tertimbus dgn kuahnya :)

Selamat hari Ahad rakan belog semua. Sedikit kelewatan menayang juadah tengah hari kami. Keletihan selepas memasak di dapur memaksa mrs sunnies berehat dan tidor dlm jangka masa yg agak lama sedikit. Kekonon nak dapatkan balik tenagalah tu walhal mmg pantang baring mesti lelap! ngeeeee.....


Ok! hari ini dalam dapur, ketuk-ketuk periuk, mr & mrs sunnies masak mee kari edisi II. Motif? yg sebenarnya nak pulangkan mangkuk jiran yg dah lama tertenggek kat atas kabinet tu. Hari tu jiran kita ada bg nasi ala2 beriyani gam, so bila dia dh bg menu yg best, takkan ler kita nak pulangkan bekas gitu2 je kan? Fikir punya fikir, akhirnya kami sepakat buat mee kari. Itu je yang mudoh dan simple hihihi.... Lepas sudah mangkuk jiran sebelah umah, ada lg satu mangkuk jiran dpn rumah tak pulangkn lagi. Huh... pikior..pikior... nak bg apa ye?


Mee kari janji sodap! 

Untuk edisi yg ke II bahan tumisan tetap sama, cuma untuk pekatkan kuah, kali ini mrs sunnies tak letak keledek tp kentang. Last masak, masa letak keledek tu hubby kate kuah jadi manis macam mee jawe plak hehehe....itu dia hint kureng sukalah tu :)

Bahan-bahan Tumis :-
8 biji bwg merah - hiris
2 biji bwg putih - hiris
3 sekawan (kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
2 sudu besar cili kering
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging (bancuh dgn sedikit air)
1 mangkuk santan cair (air santan perahan yg ke 2)
1 tangkai daun kari
1 mangkuk ayam - potong kecik (kuantiti bergantung kpd berapa org makan ok!)


Bahan Tumbuk :-
1 labu bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia - ketuk


Bahan Kuah :-
Santan - 1 biji kelapa
2 keping asam keping
2 biji kentang - rebus dan blender
1 sudu kecil serbuk pati ikn bilis
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
8 ketul fish ball - potong 2
2 keping fish cake - potong nipis
6 ketul tahu lembut - potong 2
Air secukupnya


Bahan Mee
500 gm mee kuning - celur seketika dgn air panas utk hilangkan rasa kapurnya.
1 mangkuk kecil kerang rebus
1 mangkuk kecil taugeh - sy tak celur
1 mangkuk kecil sawi - celur
2 tangkai cili besar - potong bulat
3 biji telor rebus - potong 2
Bawang goreng
Daun sup - racik halus
Limau kasturi/lemon


Cara-cara :-
Untuk Tumisan - Dengan minyak yg secukupnya tumiskan 3 sekawan seketika. Letakkan pula bahan hiris. Tumis hingga harum dan masukkan pula bahan tumbuk dan halia. Tumiskan lagi hingga bahan sedikit garing/kekuningan. Masukkan pula cili kering dan tumis lg hingga cili kering masak/pecah minyak. Letakkn pula pes kari dan daun kari, tumis sampai terbit minyak/pes masak. Letakkn pula 1 mangkuk santan cair. Bila dah mendidih masukkan pula ayam. Biarkan sekejab. Semasa menumis api hendaklah sederhana kecil.
Untuk Kuah - Bila ayam hampir masak, masukkan santan, asam keping, garam, gula dan serbuk pati ikan bilis. Biarkan mendidih sekejab dan masukkan pula kentang yg sudah diblender. Tambahkan air utk mengelakkan kuah jadi pekat. Biarkan mendidih. Masukkan fish ball dan fish cake. Bila rasa kuah sudah cukup perasanya, letakkan pula tahu lembut. Biarkan mendidih lagi dan bolehlah di matikan api (tahu lembut tak boleh masak lama2, takut nnt jadi terlalu kembang dan lembik)
Untuk Mee - Dalam mangkuk letakkan mee dan lain2. Perahkan limau dan curahkan kuah di atasnya. Sedia untuk di makan!


P/s : Untuk dptkan pati santan yg pekat, sy suka blender kelapa parut. Blender pertama utk pati yg pekat (asingkan). Kali kedua untuk santan cair.






Mode : Masih lg melayan mee kari utk edisi mkn malam pula. Konyang perut makcik! hihihihi....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails