klik klik ok!

Tuesday, August 17, 2010

My Sandwich Toast

Sandwich adalah salah satu makanan yang mengenyangkan dan digemari ramai. Bahan-bahannya juga mudah dan simple. Malah ia juga menjadi salah satu resepi untuk subjek sains dan rumah tangga masa sekolah dahulu. Selain dari menu untuk sarapan pagi atau minum petang.... kalau kita pergi berkelah salah satu makanan wajib yang mesti ada ialah sandwich. Sandwich yang saya paparkan ini masih menggunakan bahan yang sama cuma saya ubahkan sikit menjadi lebih enak dan mengenyangkan :)) bezanya saya menggunakan roti keping yang tebal, boleh di dapati di mana-mana kedai kek.


Untuk 2 orang makan

Bahan2 menumis
1 tin sardin kecil ~ hancurkan
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar ~ racik
1 ulas bawang putih ~ racik
6 tangkai cili api ~ racik
1/2 sudu kecik lada sulah
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 biji limau kasturi
sedikit garam dan minyak untuk menumis
~ gaulkan sardin yang sudah di hancurkan dengan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan lada sulah~
Cara2 masak
Tumiskan bawang besar, bwg putih dan cili api hingga kekuningan. Kemudian masukkan sardin yang sudah di gaul tadi dan tumis hingga sardin hampir masak. Selepas itu masukkan pula kicap dan perehan limau kasturi. Masakkan lagi hingga sardin benar-benar masak dan sedikit garing. Angkat dan biarkan sardin sejuk sedikit.


Bahan2 untuk roti
4 keping roti
2 biji telur
sedikit lada sulah
sedikit serbuk paprika
~pukul telur hingga kembang bersama dengan lada sulah dan serbuk paprika~

cara2 penyedian
ambil 1 keping roti, letakkan inti sardin dan tutup dengan 1 keping roti lagi. Kemudian celupkan roti tersebut ke dalam telur hingga rata dan bakarkan ia di atas kuali leper dengan minyak yang sedikit. Balik-balikkan roti hingga masak keseluruhannya. Sedap di makan bersama dengan daun salad, timun dan mayonis.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails