klik klik ok!

Friday, January 20, 2012

Chick Peas Goreng Kari


As salam, salam sejahtera dan salam jumaat buat rakan2 di luar sana. Jumaat adalah penghulu segala hari, jom kekawan kita basahkan lidah kita dengan zikir2 selawat Nabi Muhammad SAW. Semoga apa yg kita lakukan mendapat pahala dan ganjaran dari NYA. Amin.....

Untuk n3 hari ni mas masak kacang kuda dalam tin (chick peas jenama kimball) sebagai kudapan di petang hari. Lepak2 depan tv sambil kunyah kacang kuda hehehe. Kami berdua mmg suka makan kacang kuda yg di rebus or goreng kari. Tapi mas nie malas nk buat, leceh plak nak rebus kacang  dulu sampai empuk then baru boleh makan.


Rupanya kemalasan mas nie ada penyelesaiannya kui..kui..kui. Beli je kacang kuda yg dalam tin. Senang, cepat dan mudah! Rasanya juga enak dan lembut. Tak payah tumis lama2, sekejab je dh siap! Senangkan? Mungkin kat luar sane dh ramai yg cuba atau mas je yg ketinggalan huhuhu.... Ok la no idea nak tulis panjang2 jom kita terus ke resepi ye.


Bahan-bahan :-
1 tin chick peas - jenama kimball
1 biji bwg besar - hiris
2 ulas bwg putih - ketuk
1/2 sudu bsr cili kering kisar 
1 sudu bsr serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk ikan bilis knor
3 - 4 sudu besar air
2 tangkai daun kari
1 tangkai cili besar merah
Garam secukup rasa


Cara-cara :-
Toskan chick peas, ketepikan. 
Tumiskan bwg putih, bwg besar, daun kari dan cili besar hingga kekuningan. Masukkan cili kering kisar dan seruk kari. Tumis hingga cili kering masak. Letakkan pula air, garam dan serbuk ikan bilis. Gaul hingga kuah mendidih. Masukkan chick peas. Kaup balikkan hingga sebati dan kuah jadi kering. Bolehlah matikan api.






Al fatihah untuk Izwan Pilus. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails