Cepat, ringkas dan mudah disediakan.... nyum..nyummmm
Bahan A
1 biji bawang besar - cincang dadu
1 ulas bawang putih - cincang dadu
1 sudu besar cili kering5-6 tangkai daun sup - racik halus
6 ketul cendawan butang - potong sederhana nipis
1 biji buah cili benggala merah - potong ikut suka
1 biji buah tomato - cincang dadu
2 sudu besar sos spaghetti (saya guna jenama kimball)sedikit serbuk oregano
sedikit air
*1 cekak spaghetti - rebus dengan sidikit garam dan minyak*
Bahan B
1 tin sardin (saiz kecil)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit lada hitam
* dalam bekas lain hancurkan sardin dan satukan semua bahan B hingga sebati*
Cara penyediaan :-
Tumiskan bahan A, mulakan dengan bawang merah dan putih.
Bila dah kekuningan masukkan sedikit daun sup. Tumiskan lagi hingga daun sup layu.
Letakkan pula cili kering dan tumis sampai cili kering masak (pecah minyak)
Masukkan pula bahan B tumiskan seketika, letakkan pula buah tomato.
Lepas tu letakkan air, daun sup dan cendawan. Biarkan mendidih hingga buah tomato jadi lembik dan cair (seeloknya tutupkan periuk) masak dengan api yang kecil.
Bila kuah dah masak dan pekat mengikut selera anda, akhir sekali masukkan cili benggala. (saya lebih suka cili benggala tu separuh masak sbb bila makan terasa rangupnya) dan bolehlah dimatikan api.
SELAMAT MENCUBA!
wah ... cendawan butang tu menggoda jer ... tapi jijah kalo makan kuah masam masam cepat pedih perut la ... time makan memang best ... tapi time sakit .. rasa nak berguling jer..
ReplyDeletehihihi... menggoda ek? jijah ada gastrik ek? kalau nak buat sos tu jgn banyak sangat buah tomato or tomato puri sbb benda memang buat perut pedih!
ReplyDelete