klik klik ok!

Wednesday, May 4, 2011

Majlis Bancaan for Me

Inilah makan bancaan, sama je macam nasi ambeng bezanya bancaan ni untuk majlis kecil-kecillan sahaja dan dimakan ramai-ramai dalam dulang time tu juga. Lauknya juga tak banyak beza.

As Salam semua, apa kahabar? dah beberapa hari mrs sunnies tak jengah rumah nie :) Alhamdulillah hari ini ada tenaga sikit nak berbelogging hehe... semalam 1 hari suntuk mrs sunnies terbaring je sebab badan tak berapa sihat dan tekak sampai sekarang rasa perit sedikit. Mungkin sebab penat dan sebab cuaca pun ye gak :)


Alhamdulillah cuti buruh hari tu masa balik kg, hajat en hubby, mama, ayah n family nak buat majlis bancaan untuk mrs sunnies sempena kandungan cecah 7bulan sudah pun terlaksana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, cuaca pun elok je. Majlis ni kami buat kecil-kecilan atau yang sebenarnya lebih kepada majlis makan-makan dan doa selamat.


Orang jawa memang terkenal dengan majlis bancaan dan makan nasi ambeng. Bezanya nasi ambeng dihidang untuk majlis kenduri yang besar dan nasi ambeng/berkhat tidak dimakan time tu, ianya hanya untuk org2 yg di undang membaca doa. Nasi ambeng akan dibahagi-bahagikan dan dibawa pulang untuk dimakan bersama keluarga. Manakala bancaan ni pula, lebih kepada, kate orang tua2 makanan budak-budak, iaitu bancaan nie dibuat sempena majlis hari jadi atau pun anak kecil yang baru baik dari sakit atau pun anak kecil yang baru pandai belajar berjalan (kalau tak salah sy lah... sy nie nama je org jawa tp bukannya paham sgt pun dengan adat2 org jawa ni hihihi...) 


Tapi sekarang ni bancaan dah tak macam dulu2, dh modenlah katakan hehehe... boleh buat untuk apa2 majlis pun. Kalau orang dulu2, bila kandungan dah genab 7bulan, akan diadakan satu kenduri doa selamat dimana ibu yang mengandung tu akan dilenggang perutnya oleh mak bidan untuk tahu apa jantina anknya dan bayi yang dikandung itu tidak sonsang semasa proses kelahirannya (waulahhualam.... sy igt2 lupa sebenarnya ni). Sekarang amalan tu semua dah tak ada, yg penting hanyalah doa selamat sebenarnya. 


 Antara org kuat kat dapaur. Yg baju hijau tu mak sedara dan baju merah tu mak muda. Tengah sibuk masak sambal sardin.

 Yg ni chef utk aym goreng. Mak sedara tengah mengomel hehehe...

 Adik n sepupu sibuk potong kuih

 My nenek.... iron chef! popet..popet... dia kate "ish korang ni borak je... cpt sikit buat kerja tu! hehehe... sayang nenek! 

 Nasi dah redy... lauk pauknya mana? hah tu yg nenek bebel je tu hehehe...

 mak muda ni sempat je possing... cepat buh sardin tu :)

 my adik... pencopet ayam!

 Ok redy to hidang... nyummmm... sedap tak hingat tau :) ada sambal sardin, ayam goreng, tempeh goreng, mee goreng, kacang tanah goreng, ikan masin dan keluban (kerabu pucuk ubi)

 Yg nie namanya bubur merah. Wajib ada kalau buat bancaan. Sayang... mrs sunnies tak rasa pun... laku macam goreng pisang panas!

 Kuih bakar dan agar-agar milo for pencuci mulut.
Yang ni pun habis.... Alhamdulillah :)

 Bismillah........... jom makan!!!!
mak2, pak2 sedara n sepupu sepapat sedang menjamu selera :)

 kat anjung rumah pun jalannnnn....

Mrs sunnies, mak muda n anak sepupu. Kami tuan rumah makan lambat, dahulukan tetamu ok hehehe.... dalam nie piccas mama tak ada! susah betul nak amik pic dia huhuhu....

Sesekali berkumpul macam nie memang seronok! riuh, meriah dan kecoh hehehe... tapi tak semuanya ada. Maklumlah cuti panjang so banyaklah agenda lain, yg ada ni pun dah cukup menggamatkan! Memang dah lama betul rumah kami tak buat majlis bancaan, tu yg bila kami bersuara nak buat, mama n ayah cukup suka! lepas je majlis, mama kate "lega dah selesai... dh 2 malam mama takleh tidor lena" hehehe... apalah mama nie macam tak pernah buat kenduri je. 

My hubby sibuk snap2 piccas, 1st time join, sebelum nie dia cuma tahu nasi ambeng je, kalau ada majlis bancaan dia tak balik sebab kerja. Yang kelakarnya my mak long bising, dia kate "jangan ada yang makan dalam pinggan ye, dah namanya bancaan mesti makan dalam dulang!" hehehe... mana sepupu yg bukan asal jawa, dia makan guna pinggan. Takpe kami paham... hihihihi...

Semoga Allah makbulkan doa kami, semoga kandungan mrs sunnies selamat, dilindungi Allah swt dan sihat walafiat, amin.

5 comments:

  1. Salam kunjungan... menarik blog ni.. penuh ngn gambar yang ceria.. singgah la ke blog saya;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  2. tak tau plak mas org jawa hehe..mcm2 adat org jawa kan..nnt bg lah resepi bubur merah tuu..cam best jee..hikhikk

    ReplyDelete
  3. bobhandburry: Salam kembali, terima kasih... insyaAllah sy akan singgah :)


    Yana: ye sy org jawe hehe... nenek kate kami adik beradik ni jawa murtad! nama je jawe tp ckp jawa tunggang terbalik, maklum jelah ank moden kan hahahaha!

    alamak nak resepi bubur merah? sy dh kate nama je jawe tp harammmmm tak tahu pun resepinya, tahu makan je huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. kirsnys ni mcm makan dgn family lah ye..

    ReplyDelete
  5. Yan: aah kak... ni makan2 utk family dan sanak saudara sahaja :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails