klik klik ok!

Thursday, March 24, 2011

Masak Lemak Labu

Semalam mrs sunnies rasa macam terlebih rajin ketuk-ketuk kuali vs terlebih macam nak makan! hehehe... nafsu, nafsu... ish ni semualah ni menambahkan berat badan mr hubby! Errrk... tetiba dia plak yang jadi mangsa kan? Sepatutnya piccas ni dah masuk n3 semalam, tp yesterday my body not very oklah. Rasa macam nak demam je huhuhu... 


Bahan-bahan Lemak Labu
1/2 biji labu saiz kecil - potong 6
4 biji bawang merah
ikan bilis - agak2 ler nak banyak mana
1/2 biji santan kelapa
2 helai daun kunyit - koyak2kan
garam
gula
sedikit air
*Tumbuk lumat bawang merah dan ikan bilis*


Cara-cara
Dalam periuk, satukan labu, bahan tumbuk, garam, gula, sedikit daun kunyit dan sedikit air.
Biarkan air mendidih hingga labu setengah masak.
Masukkan pula santan dan lebihan daun kunyit tu. Perasakan sedikit dengan pati ikan bilis. Masakkan ia sampai labu dan santan masak dengan sepenuhnya dan bolehlah dimatikan api. Sentiasa kacau untuk pastikan santan tdk pecah minyak. (Semalam my labu terlebih masak ler huuhu)
Tak sah kalau masak lemak labu tak ada sambal ikan bilis kan? tak menyengat rasanya! Abaikan minyak yang meladung kat mangkuk tu hehehe...


Bahan-bahan Sambal ikan bilis
1 genggam ikan bilis - goreng dan asingkan
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang putih - hiris
2 inci gula melaka - tumbuk/hancurkan
1 sudu kecil pati ikan bilis
secubit garam
air asam jawa


Cara-cara
Tumiskan bawang merah dan putih hingga harum.
Masukkan cili kering dan tumis sampai masak/pecah minyak
Masukkan pula secubit garam, pati ikan bilis dan gula melaka.
Tumiskan seketika sehingga cili kering bertukar warna merah kehitaman.
Masukkan pula air asam jawa. Biarkan mendidih hingga sambal menjadi sedikit pekat. Pastikan api kecil, takut hangus plak sambal tu kang.
Akhir sekali masukkan ikan bilis. Bila sambal hampir kering bolehlah dimatikan api.
Dah ada sambal, mestilah nak ada sayur berdaun kan? makan lemak labu sahaja pun tak cukup kalau kita tak tambah sepinggan sayur, tapi untuk resepi sayur ni malaslah mrs sunnies nak tulis. Kacang yo campak-campak je dalam kuali tu :)
Lemak labu dah ada, sambal pun ada, sayur lagi ada, jadi mrs sunnies gorengkan ayam sebagai lauk utama. Kan makcik dah habak, semalam my mode terlebih ketuk kuali plak ngeee.... lagi pun dah petang2 ni mana nak cari ikan? so sambar jelah apa yang ada kat peti ais tu hihihi...


Bahan-bahan Ayam Goreng Bawang Putih
4 ketul ayam
3 biji bawang putih - basuh dengan kulit-kulitnya sekali pastu ketuk/cincang.
garam - sekucup rasa
kunyit - sesedap mata
sedikit pati sedap
*Gaulkan semua bahan di atas dan biarkan selama 15 minit. Lepas tu dengan minyak yang tak berapa banyak, gorengkan ayam bersama-sama dengan bahan perapan hingga ayam masak dan kekuningan*
 wallaaaaa... jemput makan semua.
Last sekali, lepas kenyang makan nasi, kita orang cuci mulut dengan buah kundang masak manis tak hingat punya! hahahaha... saje je crop dekat pic tu, bagi korang terliuq sikit. Sedap wei tapi tulah, kundang nie lah yang menyebabkan mrs sunnies gatal tekak! aduhaiiii.... tulah makan tak hingat dunia kan? so sendiri tanggunglah :(


Psst... korang abaikan jelah piccas yang tak berapa nak menarik jiwa. Malas plak nak edit cantik2.






MoDe : Sok nak jumpa doc nak check perut. Tolonglah jangan demam ye... tak suka, tak suka!

6 comments:

  1. banyaknya makanan...semua best2.
    Akak suka makan masak lemak labu dengan ikan masin tenggiri...misti bertambah2.

    ReplyDelete
  2. ahad aritu beli labu, nak masak lemak gak, tapi blum kesampaian nak masak lg... bahan2 semua dah ada... tunggu nak ketuk periuk je ni

    ReplyDelete
  3. kasihredha: semalam mmg dh nyaris2 nk goreng ikn masih tp hubby tak bg, dia kate dah byk sgt menu hah hehehe...

    Amimarz: cantik sgt lah tu kalo labu dah ada... ketuk je priuk tu nnt labu terlebih masak plak :)

    ReplyDelete
  4. Salam...
    *Gulp*
    Menelan air liur dibuatnya... Semua feberet. Huhu...

    ReplyDelete
  5. salam kenal..sambal ikan bilis tu sesungguhynya menarik tekak ni untuk menelan air liur..glllrrrrruuup! :)

    ReplyDelete
  6. suara: As Salam... jemput makan ye, mmg peberet semua org kan? hehehe jgnlah sampai telan air liur:)

    Sue: Salam kenal kembali, hehehe... moh buat sambal ikan bilis banyak2. Alahai.. jgnlah telan air liur nnt kenyang air liur plak hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails