klik klik ok!

Tuesday, March 15, 2011

Sambal Terung Lenyek

Ollaaa..... n3 kali ini Sambal Terung Lenyek menjadi santapan dilaman blog mrs sunnies. Suka-suka hati makcik je nak bubuh nama hahaha... Ekceli mrs sunnies tak tahu nak bagi nama apa kat menu ni, tapi yang pasti ia mudah, simple dan cepat! sesuaiiiiii untuk org malas macam den ni hah! wakakakaka! 


Sambal ni sebenarnya terjadi secara tiba-tiba, bila masa tengah masak tu, tetiba terpikir plak nak buat terung masak cam gini lak :) Nasib baik jadi u hihihihi....
Sambal Terung Lenyek! 
Bahan-bahan
1 batang terung panjang
1 biji bawang merah
4 tangkai cili padi
1/2 biji jus lemon / 1biji jus limau kasturi
Sedikit garam
Minyak

*Terung dipotong serong dan nipis. Grillkan diatas kuali leper dengan sedikit minyak hingga garing. Taburkan sedikit garam semasa menggrill.*
*Gorengkan sebiji bawang merah dan cili padi hingga kekuningan*

Cara-cara
Tumbuk cili padi dan bawang merah hingga sedikit lumat.
Kemudian masukkan terung dan tumbuk / lenyekkan bersama-sama dengan bahan tadi.
Akhir sekali gaulkan dengan perahan lemon/limau kasturi hingga rata. Siap sudah!
psssttt... kalau korang gaulkan dengan tempoyak, lagi terangkatlah rasanya!

Mrs Sunnies rasa bangga dan terharu, bila ada sebahagian blogger, jadikan blog mrs sunnies, sebagai rujukkan masakkan. Aduhhh malu ah... blog ini tidak seberapa pun. Terima kasih ye pada mereka yang sudi link blog mrs sunnies ni. Insya Allah, mana yang dapat mrs sunnies jejak, akan mrs sunnies link kan blog anda diteratak buruk ini :)








MoDe : bila sudah menjadi tatapan, harus ku jaga bahasa ku ketika menulis dilaman ini :)

2 comments:

  1. betul tu mas...
    dulu2 akak main cakap je apa yg akak nak cakap...sebab akak rasa mcm cakap sorang2 je...hihi...sebagai dairi.


    Akak suka terung...nanti akak cuba ye.

    ReplyDelete
  2. kasihredha: yelah kak... bila kita dah anggap blog ni cam diary so kita luahkan je pe yg terbuku di hati tanpa tapis2 hehehe...
    But kita still boleh teruskan cuma kali nie kena tapis lah huhuhu...

    Cuba tau jgn tak cuba!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails