Majalah keluarga kali ini mendorong nafsu aku untuk membelinya.... sebenornya ada gambor Datuk Siti! nge..nge..nge.... Rata-rata bulan ni muka depan majalah banyak memaparkan gambar penyanyi tesohor negara Datuk Siti Nurhaliza. Sedari dari dulu sampai sekarang Datuk Siti ternyata masih laris di mana-mana sahaja. Boleh di katakan setiap keluaran majalah yang ada di Malaysia nie pasti akan ada edisi Datuk Siti. Peminat-peminatnya juga sentiasa setia menyokongnya walau dulu dia pernah hampir-hampir sepi dari dunia seni kerana perkahwinannya dengan Datuk 'K'. Opsss.... tutup kisah yang dulu......
Aku bukanlah peminat fanatik dia tapi aku suka ikuti perkembangan dia.... aku puji dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan kejayaan hidupnya walau hanya berkelulusan SPM sahaja. Rezeki sentiasa memihak kepadanya.... namun.........
'Siti tidak pernah berhenti berusaha untuk dapatkan anak'
rezeki untuk memiliki anak masih TIDAK memihak kepadanya......
salah satu petikan di dalam majalak SDK
soalan SDK: Siti pernah menyuarakan hasrat untuk berehat seketika daripada dunia seni. Apakah ia bertujuan untuk memberi tumpuan dan salah satu usaha untuk meminang cahaya mata?
Jawapan SITI : Siti sebenarnya mengambil sedikit masa dan ruang untuk tumpukan kepada perniagaan Simply Siti dan banyak membuat perancangan untuk memperkembangkan lagi produk ini. Selain itu siti merancang untuk memperbanyakkan lagi produk di bawah jenama ini. Siti juga ada ke luar negara untuk tujuan hal perniagaan ini. Tentang cahaya mata, siti tidak pernah berhenti berusaha dan tentunya itulah yang siti idamkan sejak berkahwin.....
Emmm...... kalaulah aku sekaya dia... berhabis duit untuk dapatkan anak pun tak ape! alaaa.... kalau setakat nak buat IVF lebih dari mampu rasanya. Tapi itu semua urusan Allah SWT... walau sekaya mana kita, walau secanggih mana peralatan tapi kalau Allah SWT masih belum izinkan maka rezeki tetap tidak memihak kepada kita.
*terselit juga kisah 'Eswati Sujud Di depan Kaabah' ~ rindu dakap anak sendiri akhirnya jadi nyata. 8 tahun tunggu zuriat akhirnya doanya di makbulkan ~
Sesungguhnya aku amat memahami kerna aku juga masih berusaha dan terus usaha untuk mendapatkan zuriat. Sentiasa berdoa semoga ada penyambung keturunan kami. Berdoa juga untuk mereka yg sama nasib dengan ku....
No comments:
Post a Comment