klik klik ok!

Friday, February 25, 2011

Mentaram

Mentaram

Mentaram atau sambal tempeh memang wajib ada sepanjang Ramadhan di rumah kami. Wajib buat setiap tahun untuk di makan semasa sahur. Hubby memang suka sangat, sbb sambal nie manis, pedas dan cruncy! Kalau tak bulan puasa pun aku tetap buat untuk stok! Mentaram nie boleh tahan lama so kalau buat tu memang satu tuppaware besarlah.


Bahan-bahan
3 keping tempeh - potong nipis
2 genggam ikan bilis
2 genggam kacang tanah
4 ulas bawang putih - ketuk
5 sudu besar cili kering
4 - 5 sudu besar gula
1/2 botol kecil sos cili 
secubit garam
Tempeh di potong nipis


*Gorengkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah secara berasingan dan ketepikan


Cara-cara
-Tumiskan bawang putih hingga kekuningan
-Masukkan cili kering dan tumis hingga cili masak dan pecah minyak
-Masukkan pula garam dan gula. 
-Bila gula dah sebati dengan sambal masukkan pula sos cili
-Tumiskan ia sampai sambal benar2 masak dan naik minyak (bertukar warna merah kehitaman@kelihatan melekit)
-Pastikan semasa memasak api kecil sahaja.
-Akhir sekali barulah masukkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah.
-Gaul rata-rata dan bolehlah di matikan api. Pastikan mentaram betul2 sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap uadara.








MoDe : tengah buat Tiramisu Biscotti dari resepi akak kasihredha ;) ngeee kak, saya tiru resepi akk ye?

3 comments:

  1. sedappppp...akak suka.
    Suka makan begitu saja..
    tempe sumber protein yg baik

    Nanti publish ye tiramisu tu
    happy sebab mas sudi cuba :D

    ReplyDelete
  2. Assalam Mas,

    laaa..nama nya mentaram je?org jawa sendiri pun tak penah bg tau akak. Mmg favorite akak. SIL selalunya kalau ada majlis kenduri kat kg, akan asingkan utk akak.. sedappp..akak ratah je..

    ReplyDelete
  3. kasihredha: hehehe... mmg sedap kalo ratah cam gitu je kan? wokeh... akan mas publishkan TIRAMISU itu hehe.. thanx kak :)

    Yan : A'ah kak, kami panggil mentaram. Samalah kt kg mas kalo ada kenduri kawin mesti de sambal ni tuk buat lauk berkat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails