Gambar kurenggg menarik ler.....
Bahan-bahan:-
Roti Hot Dog - potong setengah (nak guna roti keping pun boleh)
Keju Mozarella - diparut secukupnya (nak guna kepingan keju Chesdale pun boleh)
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji lada capsium - potong dadu
1 ulas bawang besar - hiris nipis
4-5 ketul cendawan butang - hiris nipis
Sosej - terpulang nak banyak mana
Sedikik serbuk oregano
Sos spaghetti
Sedikit minyak zaiton untuk menumis
*Grilkan sosej terlebih dahulu dengan sedikit minyak zaiton dan sedikit serbuk oregano. Selepas itu potong memanjang dan nipis*
*Grilkan pula buah tomato, lada capsium,bawang besar dan cendawan dengan sedikit minyak zaiton. Masukkan sedikit garam,serbuk oregano dan sedikit serbuk lada hitam. Grilkan smpi semua bahan layu*
Cara-cara:-
- Sapukan rata sos spaghetti di atas roti
- Taburkan sedikit serbuk oregano
- Susunkan sosej dan sayuran
- Taburkan keju parut secukupnya (menutupi semua bahan)
- Bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 10 minit (api atas dan bawah) atau sehingga keju cair dan berwarna keperangan.
Mood : Tercari-cari pic makanan yang belum sempat aku upload dalam blog. Mana perginya ye? terdelete ke??? haiyokkkk!!!
menarik...
ReplyDeletekena cuba ni
kasihredha : cuba kak jgn x cuba... bebudak mesti suka!
ReplyDelete