klik klik ok!

Thursday, March 3, 2011

Spaghetti Bolognese

Today Chef Mrs Sunnies.... cewahhhh, nak tunjuk resepi omputih lah, tapi sudah tukar kasi melayu sikit ler hehehe.... This spaghetti memang peberet my hubby n my pren (kan dah ckp tunggang terbalik!) 
Spaghetti Bolognese
Ekceli resepi mrs sunnies ni sama je dengan spaghetti yang lain, cuma untuk kali ini mrs sunnies gantikan dengan daging je.


Bahan-bahan
1 paket spaghetti (kalau utk 2 orang mkn, rebus 1 cekak pun dah cukup)
1 labu bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - potong dadu
1 sudu besar cili kering
1 biji buah tomato - potong dadu
2 - 3 sudu bsr sos spagetthi - sy guna jenama kimball
Daging cincang
5-6 tangkai daun sup - racik halus
1 biji buah capsicum - potong suka hati
5-6 ketul cendawan butang - potong suka hati
sos cili, sos tomato dan kicap manis - tak ada sukatan (campak-campak je)
sedikit serbuk oregano
sedikit garam
sedikit air - lebih kurang 1/2 gelas air


* letakkan sedikit garam dan minyak semasa merebus spaghetti, tujuan nak mengelakkan spaghetti dari melekat satu sama lain *


Cara-cara
Tumiskan bawang putih dan bwg besar hingga kekuningan.
Masukkan sedikit daun sup semasa menumis bawang.
Masukkan pula cili kering dan tumis hingga cili kering masak.
Masukkan pula daging. Tumis sampai daging bertukar warna kelabu.
Kemudian masukkan buah tomato dan sos spaghetti. Kacau seketika.
Letakkan air, sos cili, sos tomato, kicap, garam, serbuk oregano, cendawan dan daun sup.
Dengan api yang kecil tutup periuk dan biarkan bahan mendidih hingga tomato lembik.
Bila daging dah masak, cukup rasa, akhir sekali masukkan capsicum. Gaul lebih kurang dan bolehlah dimatikan api.
pssst.... hope korang paham ler penerangan cara2 memasak! hehehe....
Jemput jamu mata ye.... :)
Setiap kali hari raya, bila kawan-kawan nak datang rumah, mrs sunnies wajib masak spaghetti bolognese ni, kalo tidak dia orang bising mana spaghetti? (eceh.... puji sendiri ni) kekadang tu terpaksalah masak sampai 2 jenis sos sebab ada gak yang tak makan daging hihihi.... 


Apa pun memang enjoy banget, bila tgk dia org makan penuh berselera! yang best sekali bila part spgahetti dah last kopek, time tu semua berebut sapa cepat dia punya! alahai....  i miss the raya time (pe punya bahasa daaa) :)) Tahun nie rasanye tak buat kot makan-makan sebab time tu Insya Allah baru sebulan habis pantang bersalin :))))








MoDe : malam nie kena buat tiramisu biscotti lagi... yeah!

5 comments:

  1. wah enak banget spaghetty nya mas..
    kalau buat tiramisu , pos kat akak sepotong ye

    ReplyDelete
  2. kasihredha : waduh..waduh... ya enak lah hihihi tq kak :)
    Pos?? hihihi ok! siap je mas pos ye ;)

    ReplyDelete
  3. mas
    pizza base tu akak beli di Tesco.
    Pastri untuk pie pun beli di tesco jugak :)

    ReplyDelete
  4. Oh, it is a great post! I really like it! ^_^

    ReplyDelete
  5. kasihredha: owh... beli kt tesco ye, thanx kak :)

    Scireg : Tq :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails