klik klik ok!

Thursday, April 21, 2011

Home Made Steak@Burger

Selamat malam semua, dah makan ke belum? makan apa? makan di mana? wahhhhh... kemain buzy body minah kecik ni kan? ngeeee...., hari ini dalam dapur, mrs sunnies ketuk kuali dan periuk lagiiiiii. Now my mode mmg rajin main masak2 dan mode nak snap piccas pun mari sudah ngee..., pagi tadi kami ada belanja barang dapur, so banyaklah sayuran yang kami beli, so tu tandanya kena lagi rajin masuk dapurlah kan? bunyik macam malas ke dapur jeeee kakakakah!


Jadi menu malam nie mrs sunnies buat steak@burger sendiri! you alls tau, masa mrs sunnies habaq kt mr hubby nak buat daging steak tu kan, dia dgn tak bersalahnya buat tanda soalan "hah? boleh ke?" amboiiiii... tak sayang mulutlah tu! tengok jari binik awak ler.... campak2 jadilah tu! wahhhhh... takbur dah ni hahaha....
 Besar dan tebal kan? jgn salahkn ibu mengandung, 
salahkan jari pak buyung sbb dia yang adun hehehe....
 Tapi.... walau tebal, yang penting masak didalam! 
gebus sungguh daging pakcik ni hah!

Bahan-bahan daging steak@burger
400gm daging cincang Ramly - sy guna 1 bungkus daging
1 labu bawang besar saiz kecil - potong dadu kecil2
1 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
1 biji telor
sedikit tepung - apa saje tepung (sy guna tepung jagung)
sedikit garam
sedikit lada sulah putih/hitam
sedikit serbuk oregano 

Campurkan/gaulkan semua bahan di atas kecuali telor dan tepung. 
Bila dah sebati barulah masukkn telor dan sedikitttt tepung. Supaya bahan melekat.
Kepal dan leperkan mengikut saiz kesukaan anda. Kalau boleh nipis dan lebarkan saiz daging tu, sbb nnt masa masak daging akan kecut/mengecil.
Atas kuali leper/kuali buger, letak dan ratakan minyak zaiton/sayuran, pastikan minyak betul2 panas dan api kecil semasa memasak, sesekali kaup balikkan daging sampai daging masak keseluruhan. 

 Tak sah kalau tak ada kentang lenyek kan?

Bahan-bahan kentang lenyek
4 biji kentang - buang kulit
2 sudu besar mayonis
3 sudu besar susu segar - guna susu kotak je
sedikit garam
sedikit lada sulah putih/hitam

Rebuskan kentang sampai empuk.
Bila dah empuk, dalam bekas, satukan kentang, mayonis, garam, susu segar dan lada putih/hitam.
Lenyakkan kentang semasa masih panas. Kalau terlalu pekat tambahkan lagi susu segar dan mayonis.

Selamat menjamu mata semua. 
Optsss... lupa plak nak bg resepi salad dan sos steak!

Bahan-bahan sos steak
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar (sy guna yang dah siap tumbuk)
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1 cawan air
sedikit kicap manis - anggaran sy lebih kurang 4-5 sudu besar
sedikit kicap pekat 
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
1/2 gelas air

*Tumbuk lumat bawang putih dan halia*

Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkn lada hitam, tumiskan lagi sampi bawang kekuningan (api jgn besar nnt cpt hangus plak).
Masukkan 1/2 gelas air. Biarkan mendidih.
Letakkan pula sos tiram,kicap manis,kicap pekat,sos cili,sos tamato dan sedikit garam (semua bahan sos, boleh di tambahkan lg kalau rasanya kurang ummmp!) hehehe...
Sekali lagi biarkan bahan mendidih.
Letakkan pula air tepung jagung. Kena sentiasa kacau supaya tdk hangus. Kalau terlalu pekat tambahkan lagi air. Masakkan sampai sos masak ok!

Bahan-bahan salad
Daun salad - racik kasar (sebarang salad)
Kubis - racik kasar (tak letak pun boleh)
1 biji buah tomato - potong dadu 
3 biji buah zaiton dalam tin - potong nipis (tak nak letak pun boleh)
1 biji lada benggala - potong memanjang
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu besar mayonis
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam kasar

Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati dan bolehlah di hidang!


Ok stop! panjang jela dah mrs sunnies bg resepi huhuhu... mmg rajin kan? daging steak ni kan, kalau korang nak jadikan daging buger pun boleh! rasanya lagi jimat buat sendiri, lagi pueh hatilah kalau makan! kui..kui..kui..., yang penting sayur-sayuran mesti kena ada ye, yelah dah tambah kalori banyak2 kenalah balancekan dengan sayuran ye tak?









MoDe: sakan betul macik sorang ni shopping! tak cukup semalam, arini shopping lagi! uh..uh..uh... binik sape lah tu??? :))))

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails