klik klik ok!

Monday, May 9, 2011

Mee Hoon Goreng Sos Thai


Roses for Mother's Day.... yeah mrs sunnies dpt bunga ros tp bukanlah dari mr sunnies but dari seorang promoter kedai emas kat OU hari tu. Masa tengah jejalan tetiba ada seorang promoter bg bunga ros kat semua wanita yang lalu di depan kedainya. Thanx ye.... 


Ok berbalik kepada menu pagi ini. Today dalam n3 mrs sunnies mee hoon goreng sos thai menjadi santapan di laman rumah ini. Ketuk-ketuk kuali hanya yang simple sahaja. Rupa tetap sama cuma bahan dan rasanya sahaja lain sedikit. Dah 2 hari badan mrs sunnies rasa letih, nak masak pun macam malas je, nak makan kat luar lagilah malas! Malas nak bersiap, malas nak melangkah dan malas nak mengunyah! Ish... gila malas tu!!! Mungkinkah sebab cuaca atau pun mode mrs sunnies yg sentiasa berubah-rubah. Serius, tekak cepat kering dan badan cepat rasa panas, bila mandi rasa macam air tak melekat kat badan je. Ummmm.... apa-apa pun bby ok, sentiasa aktif bergerak sampai terkujat-kujat makcik ni hah hihihihihi.... Now berbalik semula pada resepi ok!



BAHAN-BAHAN Mee Hoon
1 1/2 keping mee hoon - rendam sampai lembut
1 ikat sawi 
2 biji telor ayam kampung - goreng dadar


BAHAN-BAHAN TUMIS
3 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kering
2 keping dada ayam - potong dadu/potong kecil
6 ketul fish ball - belah 4
3 sudu besar sos thai - sebarang jenama
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap manis
secubit garam 


CARA-CARA
Untuk Tumis - Tumiskan bawang putih sampai baik bau. Masukkan cili kering dan tumiskan lagi hingga cili masak/pecah minyak. Masukkan pula ayam dan fish ball. Bila ayam dah masak, masukkan semua bahan2 sos dan secubit garam. Kacau rata hingga mendidih.
Untuk Mee Hoon - Bila bahan tumisan dah mendidih, masukkan mee hoon. Kacau rata dan tambahkan sedikit air (untuk melembutkan mee hoon). Gorengkan sampai mee hoon lembut dan masak. Kemudian masukkan pula sawi. Gaul rata dan bolehlah dimatikan api bila sayur dah layu. Akhir sekali taburkan telor dadar di atas mee hoon tu. Sedia dimakan!








MoDe: kenapa blog nie rasa macam lain je... rasa macam piccas yang di upload makin kecik je.

3 comments:

  1. sedapnya.. suka sangat makan bihun, memang peberet lady lah, lelebih lagi kalau bihun tu kemerahan macam ni.. bihun ni walau goreng kosong jer tapi sedap jugak kan hehe

    ReplyDelete
  2. Lady: Samalah kita, peberet sy juga! Sy suka makan sbb ia mengeyangkan. Meehoon pun boleh dimasak pelbagai. Pendek kate meehoon mmg bestlah! hihihi....

    ReplyDelete
  3. tak penah cuba lagi taruk sos thai...boleh cuba menu nih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails