klik klik ok!

Sunday, May 22, 2011

Roti Goreng Sardin

Dalam roti ada sardin
Resepi asal : My Resepi

Gud Moning Eberibody, happy sunday semua..... dah sarapan ke belum? ketuk kuali kali ini Roti Goreng Sardin. Ekceli pagi nie, roti grg sardin bukanlah santapan bekpes kami. Ini piccas hari tu punya ok! Tapi bolehlah di jadikan rujukan pada anda semua kot2 masih tercari-cari menu utk pagi ni kan? Silalah tiru resepi mrs sunnies ini. Resepi ni mrs sunnies dah ubah sikit. Biasalah anak murid mmg kadangkala derhaka manja dengan cekgu hahahaha....

 Kan dh kate ada sardin hihihi

BAHAN-BAHAN untuk inti roti
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar - cincang dadu
1 ulas bawang putih - cincang dadu
3 tangkai cili padi - racik halus
Sedikit lada hitam dan putih
Secubit garam
Sedikit sos cili, kicap manis, sos tiram dan sos tomato (*)
1 sudu besar jus lemon/limau kasturi

BAHAN-BAHAN untuk roti
8 keping roti
1 cawan tepung gandum - sy tambahkan 1 sudu besar tepung jagung
1 biji telor
Air secukupnya.
Secubit garam
sedikit serbuk kunyit
Majerin/butter

Silakan jamu mata semua :)

CARA-CARA
Untuk Inti - Dalam mangkuk, lenyekkan sardin bersama dengan sosnya sekali. Campurkan garam, lada putih dan hitam. Lenyekkan sampai hancur dan sebati. Ketepikan. Tumiskan bawang besar dan putih sampai kekuningan. Masukkan sardin. Dengan api yang kecil kaup balikkan sardin supaya tidak hangus. Letakkan pula semua bahan bertanda (*). Masakkan sampai sardin masak dan sedikit kering. Akhir sekali letakkan pula jus lemon. Kacau seketika dan bolehlah di matikan api.
Untuk Roti - Canai nipis roti terlebih dahulu (buangkan tepinya). Bancuh tepung gandum, tepung jagung dan telor dgn air secukupnya (macam nak buat goreng pisang tu). Sapukan sedikit majerin/butter di atas roti. Letakkan pula inti sardin di atasnya (macam buat sandwich). Celupkan roti dalam bancuhan tepung dan goreng sampai warna keperangan. 





MoDe : no idea!

2 comments:

  1. kasihredha: samalah... sy pun suka sardin! hehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails