klik klik ok!

Tuesday, December 27, 2011

Spaghetti Olio Aglio


As Salam dan selamat sejahtera... masih bercuti ke anda? atau sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja yg tertangguh sebelum masuk tahun baru? Kepada yg bekerja...selamat bertugas, kepada yang bercuti...selamat beristirehat ye... apa yang penting be happy ok!



Opsst...lagi beberapa hari cuti sekolah nak tamat kan? tentunya sekarang ni ramai ibu bapa yg habiskan baki cuti untuk shopping barang keperluan anak2. Umm...teringat zaman sekolah dolu-doulu...seronoknya dpt beli kasut baru, beg baru, box pencil baru dll. Bila dh beli tu semangat nak pergi sekolah bukan main lagi, tak sbr nak tunjuk kat kekawan apa brg baru yg kita dh beli. Memula jelah... 3 minggu lepas tu... alahai bila la nak hari Jumaat huhuhuhu... sabar jelah!

MS cite pasal sekolah? hehehe...saje je...tetiba teringat keriuhan ibu bapa yg shopping last minit masa cuti x-mas hari tu kat Jusco OU. Ya ampun...sesak sane sini! bebudak seronok...kami fening la...ramai sangat org!


Ok tutup pasal sekolah. Now kita ketuk2 kuali plak ye...masa adik2 dtg rumah hari tu, MS ada buatkan spaghetti olio aglio yg simple2 je. Masa tu cuti sekolah (sekolah lg hehehe...) dia org tidor rumah MS beberapa hari. So memang main masak2 jelah kami hehehe....

Bahan-bahan :-
1 cekak spaghetti (rebus sampai lembut dan toskan)
1 ulas bawang putih - racik
1 biji bwg besar - racik
1 keping dada ayam - potong dadu kecil2
4 ketul fish ball - potong nipis
1 keping fish cake - potong nipis
1/2 biji lada benggala merah - potong nipis
1/2 biji lada benggala hijau - potong nipis
1 biji buah tomato - potong dadu
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar2
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk oregano

Cara-Cara :-
Tumiskan bwg putih dan besar hingga kekuningan. Masukkan ayam, fish ball dan fish cake. Tumiskan lebih kurang 2-3 minit atau ayam masak. Masukkan pula lada hitam, sedikit oregano dan garam secukup rasa. Tumiskan lagi, letakkn pula buah tomato dan lada benggala. Gaul rata dan gorengkan hingga sayur separuh masak. Akhir sekali masukkan spaghetti. Gaulkan rata2, dan masakkan hingga  semua bahan masak sepenuhnya. 



p/s: ok x saiz piccas tu? bsr mcm giant plak rasenye huhuhu....

2 comments:

  1. tengok gambar dah teringin nak makan
    cantik gambar tu walau pun MS kata besar.

    ReplyDelete
  2. cantikk gambar ni mas
    anakanda apakhabar?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails