klik klik ok!

Tuesday, January 17, 2012

Daging Paprik cara saya!


As salam dan selamat pagi wahai rakan belog semua. Semoga hari ni adalah hari yg lebih baik dari semalam dan semoga hari2 kehidupan kita penuh pahala, keberkahatan dan keredhaan NYA..amin.   Pesanan bersama Tingkatkan PRESTASI kurangkan KONTROVERSI, Tingkatkan PAHALA, Kurangkan DOSA! Renungkan dan selamat beramal  :)


Ok pagi nie mas nak tayang menu Daging Paprik yang mudah dan simple. Penyediaan sangat mudah dari bahan2 yang sedia ada dalam peti sejuk je. Yelah kekadang sebagai wife, sesiapa sahaja, mesti bingung nak masak apa. Setiap hari  dok pikir esok nak masak apa ye? kalau nak masak itu bahan yang nie tak ada, nak masak macam nie tak cukup bahan plak so yg paling mudah gunakan kreativi sendiri untuk mengubah masakkan itu menjadi yang TERBAIK. Main campak2 tu selalunya best la hehehe...masuk bakul angkat sendiri makcik ni tau!



Sebelum makcik tambah memuji diri sendiri, sebelum korang muntah baik stop! makcik nie kekadang terover shadow tau hihihihi.... Jom kita tengok bahan apa yang mas guna k. Sudi-sudikan la mencuba resepi dari dapur mas yang tak seberapa nie ye.

Bahan-Bahan :-
1 mangkuk kecil daging - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris kasar
2 biji bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
1 batang serai - ketuk
1/2 btg lobak - hiris nipis
1/2 sudu bsr cili kering kisar
2 sudu bsr sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu bsr kicap manis
1/2 sudu bsr sos tiram
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
Minyak secukupnya untuk menumis. Tumiskan bwg putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kering dan tumis hingga cili kering masak. Letakkan pula daging (pastikan minyak betul2 panas), goreng sampai daging kecut. Letakkan sos tiram,sos cili,sos tomato, kicap manis dan garam. Gaulkan lagi. Tambahkan sedikit air supaya daging masak dan empuk. Masukkan pula bawang besar dan lobak. Kaup balikkan hingga semuanya masak. Tambahkan air kalau daging tak empuk lagi. Bolehlah matikan api, hidangkn bersama nasi panas, telor dadar dan kacang buncis. Sedapppppp.......you!

3 comments:

  1. wah sukeee lauk gini. kalau letak sayur2 dah sempurna dah 1 lauk untuk semuanya kan. cume tambah telur dadar atau ulam2 n sambal.

    ReplyDelete
  2. i like paprik damn muchhhh..=) kalo balik kg dis is my main menu...must hav...bleh kata almost every week i cook dis dishes...
    sangat2 sukakannya...kat kedai makan pun memang akan order paprik..hehe...yum yum..(= but then lebih suka letak ayam since i cant eat seafood (allergic)

    ReplyDelete
  3. izahdaut

    ye betul...tambah telor n ulam-ulaman mmg dh cukup sedap :)


    Jia Nur Fizza

    Samalah kita :)))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails