klik klik ok!

Wednesday, January 11, 2012

Fettuccine Extra Hot........YESSS !


Hah amik kau...puas mata makcik ngeeeee....

Yessssss! i got what i wish but still kena banyak belajar lagi. Ok, beberapa hari nie mas dan hubby bertungkus lumus, kerja keras dok godek piscasa je. Optsss....marah incik hubby, bukan mas tp dia yg bersusah payah mengedit gambar supaya menjadi mcm yg ahkak nak walaupun hehehe...tak nak la tulis. Binik dia plak dok jd tukang arah je! ehhhh...tolong laaaa makcik tak sekejam itu ok. 


Di atas kemesraan alam binik nya yg tak tahu malu bertanya jiran sane sini (bukan jiran sebelah rumah ok) akhirnya dpt la ilmu yg sgt berguna (terima kasih kak kasihredha). Mula-mula tu tak berjaya juga, nak give up dah tp Alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Blog ni pun lama2 kesian kt kami sampai naik tensi gaknya hehehe... 
Kena belajar lg terutama dlm foto2 yg mas shoot tu harus lbh kreatif :) Ok stop!



Tomorrow (dh tgh mlm ni makcik gatal mulut nk spekang london plak) we all nak blk kg coz amani ada apt dgn Doctor Wilson (yehah bestnya balik kg lagi dan lagiiiiii).
Dlm frezer tu ada saki baki sayur dll yg perlu dihabiskan. Byk ko...kobis panjang, cili benggala,lemon,jejari ketam,daging ayam,udang dan bla..bla..bla... so what to do? omputih lagi!

Ketuk2 la mas kat dapur, masak la mas dgn senang hatinya dan amani walid bwk gie taman jumpa kekawan. Malas nak masak pelbagai jenis, maka masaklah fettucine semua dlm 1. Tgk fettucine tu (aish..susah betul nk taip FETTUCCINE, terbelit-belit jari makcik!) dh mcm kapal karam. Macam2 ade,dr laut sampai la ke darat semuanya dlm 1 kuali hihihi...

This chilli flakes very2 extra hot!

Bahan-Bahan :- (2 org makan)
1 cekak fettuccine (rebus)
1 biji bwg besar - hiris nipis
2 biji bwg putih - hiris nipis
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji cili benggala hijau - potong ikut suka anda
10 ekor udang - togelkan
5 btg jejari ketam 
2 keping dada ayam - potong dadu
5 biji buah zaiton hijau - optinional
3 helai kobis panjang - hiris
1 sudu besar red chili flakes
1/2 sudu besar sos tiram 
1 sudu kecil pasti sedap - optional
Secubit oregano
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
Sedikit minyak zaiton. Gorengkan dulu ayam, udang, jejari ketam dan cili benggala. Ketepikan. Tumis bwg bsr dan bwg putih hingga kekuningan. Letakkan chili flakes, tumis hingga cili garing. Perasakan dgn garam dan sewaktu dgnnya. Letakkan pula bhn2 yg telah di goreng tadi. Letakkan juga kobis dan buah tomato. Gaul rata dan tambahkan sedikit air. Gaul lagi, akhir sekali masukkan fettuccine. Sebatikan semua bahan rata2, tambahkan perasa kalau kurang rasa dan bolehlah di matikan api.


Ok daaaaaa....mas nk kunci rumah ni, nnt kita jumpa lg ye. Selamat menjamu mata semua lalalalalala......

5 comments:

  1. kak kasih...sila la ambil sepinggan, jgn2 malu2 nk tmbh ok... hihihi

    ReplyDelete
  2. As'salam Mas

    alahai...mintak disuap2 pulak dalam mulut ni Mas. ringkas jer nak sediakan pun taklah cerewet sangat. senang2 tiada idea bolehlah cuba ni ya..tr kasih berkongsi resipi ya :)

    ReplyDelete
  3. wsalam kak ct...meh2 sy suapkan hehe..silalh cuba resepi sy ye

    ReplyDelete
  4. lama tak jenguk ke sini. mas sihat ke? sedap nampaknya tu. lama tak makan pasta

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails