klik klik ok!

Friday, March 30, 2012

Bihun lagi dan lagi!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam kita bersua kembali dihari Jumaat yang dingin kesejukkan akibat hujan dari pagi tadi. Ingat, jangan dirungut dgn hujan yang turun kerana hujan itu rahmat dari NYA. Allah basahkan sekejab bumi NYA dari kepanasan yang berpanjangan. Yelah kita ni manusia adakala termengeluh jugak tanpa sedar (termasuklah mas ni). Bila panas terik kita merungut sbb panas sangat, kita sibuk kate bilalah hujan nak turun tp kalau hujan je, pun kita rungut lagi, bilalah hujan nak berhenti.... Heeeehai susahlah mcm tu kan? tapi dalam pada kita suka hujan turun (tarik selimut lama2 best ni), simpati lah pada mereka yg alami kebanjiran. Semoga mereka sabar dan tabah dengan ujian Allah ini. 

Hari nie kami tak kemana-mana sbb penat dah bersiaran semalam. So hari ni kami duduk, baring, tidor, lepak2 kat rumah je. Lagi pun cuaca tak ok nak bawak amani berjimbaan kat luar. Sebenarnya mas ada sedikit risau, amani tu nampak macam ada tanda2 nak kena asma. Perasan sangat nafas dia, bila malam berbunyik macam hidung tersumbat. Lepas tu kalau dia terlau aktif, dia akan mengah sampai nampak nafasnya turun naik laju sangat. Risaulah... tp tak naklah pikir yg bukan2, hope amani jadi anak yg sihat2 sahaja. 


Ok, kita cite pasal makan plak ye. Petang nie dalam dapur, mas masak bihun goreng udang kering. Bihun lagi? nak buat mcm mana, dah kami laki bini suka sgt makan bihun. Gorenglah bihun apa cara pun, kami tetap bedal sbb bihun itu sedap! Hehehehe...bunyik mcm dah fanatik bihun je kan? 
Sekali lagi mas derhaka dengan jari ini. Semalam mas dah melantak SAKAN budu nasi kerabu, hari ni mas bedal udg kering plak. Sori jari, sedap punya pasal tuan mu tolak ketepi kegatalan dijari nnt huhuhuhu. Mas malas nk tulis resepi lagi so sesapa yg nk cuba bihun goreng udg kering mas ni, silalah klik kat bwh ni ye....sekian terima kasih.

Resepi DISINI

4 comments:

  1. Yeahhh gimme five! Kami somi isteri oun sangat suke biun, goreng cemana oun sedap, as long bihun tu cukup lembut kan hehe... Hai la tengok oic bihun atas ni terliur sungguh rasa nak pi goreng bihun jer hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiveeeeeeeeee!!!! betulx3 asalkan lembut dan cukup rasanya kompem makan bertambah byk kali hihihihi....

      Delete
  2. Assalamualaikum mas....
    Sedapnya tgk bihun goreng tu mas.. Akak pun suka makan bihun goreng... Sedap sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak diana....

      Terima kasih kak.... samalah kita...makan bihun lg cpt kenyang dari makan mee kuning kan?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails