klik klik ok!

Thursday, March 29, 2012

Nasi Kerabu......bangga sekejab!


Assalamualaikum dan selamat malam. Bersua kembali dimalam khamis yg dingin ini. Keletihan dari berjimba-jimba bersama hubby dan baby tidak menghalang mas untuk menyudahkan n3 ini. Sepatutnya n3 ni dah siap dari tengah hari tadi tp tak sempat nak sudahkan sbb asyik ada ganguan je maka tergendala sampai ke malam hah. 



Ok, n3 semalam mas ada bg tau yg mas nak masak nasi kerabu kan? Tarararaaaaaaa....lihatlah dunia nasi kerabu ku! jadi you! bangga makcik sekejab! kihkihkih. 


Alhamdulillah, kerja keras yg sangat tekun dan keringat yg menitik-nitik (euwwww.. acah je mana ada nitik!), akhirnya hasilnya tersangatlah memuaskan! Tapi kan nasi tu tak biru sbb tak jumpa bunga telang kat bandor ni hah. So nasi masak wane putih je. Seronoknya, pertama kali mas try masak, alhamdulillah menjadik, berjaya, sucses dan incik hubby tersangatlah suka hingga jilat jari wa ckp sama lu beb. Sedap sgt ye bang? wakakakaka...tlg korang jgn muntah!



Mas nak ucapkan terima kasih kepada Kak CM atas resepi nasi kerabunya yg sgt sedap! Sekarang baru mas tahu kenapa sepinggan nasi kerabu agak mhl harganya. Paling kurang 7.00++ sepinggan, malah mas pernah makan harganya RM16.00 sepinggan. Rupenya agak rumit penyediaannya. Letih jugalah makcik nak sediakan bahan2nya tp disebabkan dah suka maka ku telankan saje kelecehan itu hehehe....



Pada sesiapa yg belum pernah cuba, moh cuba ye. Sangat tak rugi, percayalah! Tapi kan lepas ni kalau incik hubby mintak buat lagi...ummmm... makcik pikirkn dululah, bukan apa.... ada anak kecil ni tak boleh nak serius sangat kat dapur, sbb apa? kejab2 dah kena panggil anak nk mintak susu ummi hihihi (arghhh... alasan je tu!). Kita beli jelah ye..ngeeee.


Resepi ni mas ambil dari dapur Kak CM ok.


Nasi kerabu Kak CM


Bahan Nasi :-
Masak nasi seperti biasa. Jika mahukan nasi warna biru gunalah air bunga Telang. Masukkan beberapa helai daun limau purut semasa memasak nasi bergantung kpd berapa banyak nasi yang dimasak.


Sambal Kelapa (wajib) :-
1/2 biji kelapa parut - bahagian putih
4 ulas bawang merah
1 batang serai - potong nipis
2 tsp biji lada hitam 
1 inci halia
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup rasa
2 ekor ikan kembung - panggang *mas guna ikn selar


Cara-caranya :-
Kelapa disangai sekejab - jgn terlalu perang
Tumbuk bawang merah, halia, lada hitam, serai, garam dan gula melaka hingga lumat
Ikan diasingkan tulangnya dan dilenyek kasar
Masukkan semua bahan2 tumbuk dan isi ikn tadi kedalam kelapa sangai dan gaul hingga rata.


Budu Tumis (wajib) :-
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 botol budu (saiz paling kecil)
1 inci halia
1 batang serai - ketuk
Gula melaka secukup rasa
2 helai daun limau purut
1/2 biji limau purut - belah dua *mas ganti dgn 2 biji limau kasturi
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya :-
Cili kering, bwg merah, bwg putih dan halia dikisar hingga halus
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga naik baunya
Masukkan daun limau purut, buah limau purut dan serai. Kacau hingga rata.
Tuangkan 1/2 botol budu saiz yg paling kecil dan masukkan 1/4 cawan air
Masak sehingga mendidih, jika nampak terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air atau jika terlalu cair, masakkan sehingga agak pekat sedikit
Kemudian masukkkan gula melaka secukup rasa seimbangkan rasanya.


Ikan Goreng bertepung :-
Ikan direbus dengan garam, lengkuas dan asam keping sehingga masak
Kemudian toskan airnya
Bancuhkan tepung seperti tepung bancuhan grg pisang
Celup ikan dan goreng sehingga garing


Kuah Tumis dan air lada
Air lada :-
Kisar cili dengan sedikit air masak
Masukkan sedikit cuka


Kuah Tumis :-
1 biji santan pekat
5 biji cili kering 
1 inci halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 batang serai - ketuk
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya :-
Cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi
Masukkan serai
Kemudian masukkan santan pekat. Kacau dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa.


Ulam-ulamnya :-
Kacang panjang
Kacang botol
Daun kesom
Daun selom
Ulam raja
Timun
Taugeh
Bunga kantan


Telor masin
Keropok




Fuhhhhh tamat sudah! loteh jari acik sekejab hihihi....

10 comments:

  1. Replies
    1. nie menu special tuk besday incik hubby kak...tu yg rajin sgt hihihihi....

      Delete
  2. Salam Mas...
    Sedap nyer tgk nasi kerabu.. rajin nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam....
      meh lah mama dtg sini kita makan same2 hihihi......

      Delete
  3. rajinnya kak mas buat nasi kerabu...
    meh sepinggan kak..he3
    menyelerakan betoi nengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. besday hubby tu yg terrajin buat nasi kerabu hehehehe.....
      meh sini kita share same2 ngan mama hawa skali....

      Delete
  4. Salam, rajinnya..tak pernah buat nasi kerabu, beli je kat pasar malam..:)

    ReplyDelete
  5. Mas sedap sgt yer nsi kerabu ni...haritu mmg dh nmpk kt dpur CM..dlm list dh cuma xtry lg...QH tumpang jugak la sbb bjaya yer..hihihi...mmg xmuntah pon cuma geli aje sikit...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Ada nasi kerabu ler kat sini.... Menyelerakan! Buat akak lapar ler tgk...

    ReplyDelete
  7. wah.. pandai dah buat nasi kerabu ye... nnt kenduri buat ler, ahkak nak rasa.. hehehe :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails