klik klik ok!

Friday, April 6, 2012

Kari Ayam Tomato.... Terrrrrrbaik JAH!


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah diberi keizinan bertemu lagi kita dialam maya pada hari jumaat yang indah ini. Sihat ke kawan-kawan diluar sane? Dah ada ke perancangan nak masak apa tengah hari nanti? Mas belum fikirkan lagi, selalunya kalau tiba hari jumaat, mas jarangggggg sekali masak sebab suami suka beli nasi beriani dekat Surau As syakirin Bdr Utama. Sedap nasi beriani dia lagi2 ada acar mentah peberet mas.

Korang-korang
Kari ayam tomato ni bestlah! sedap sangat! memang terrrrrbaik punya! Laki mas berkali-kali kate best! Siap kita org simpan sikit kari tu untuk dicecah dengan roti jala esok paginya hihihihihi. Menu ni bukan hari nie punya or semalam punya tapi hari RABU yang punya!

Sama macam KES SI JAH (bukan nama sebenar), mas pun selalu gagal mengari. Tak taulah ntah mana silapnya asyik tak menjadi je kari tu. Frust tertonggeng jugak jiwa ni. Satu hari tu tetiba teringat plak dengan SI JAH yg dah terro memasak kari. Terus mas berguru dengan dia plak. 

Perghhhhhhh Terrrrrrrbaik JAH. 
Terima kasih kepada JAH dan juga GURU-GURU JAH yg telah menceriakan kari kami kuikuikuikui (Jangan marah IZAH)



*RESEPI NIE MAS COPY PASTE DARI BLOG IZAH*


Resepi : ENA
Sumber : MAS


Bahan :
6 Ketul ayam
2 biji tomato
200ml santan pekat
400ml air
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air)
1 sk serbuk cili giling (optional) - MAS GUNA 1 1/2 SUDU BESAR CILI KERING
1 biji kentang (di belah 4)
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
sedikit gula
garam dan perasa.


Cara membuatnya :
Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
Masukkan ayam dan kacau sekejap.
Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
Perasakan gula dan garam
Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!

TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.

12 comments:

  1. wah Mas...pepagi lgi dh mnayang kari...betuii sedap ke kari ni...teruja la pulak nk cuba...mmg pminat kari no. 1 ni...hehehe...nyummmm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasi bakar semangat untuk QH ni hehehe...
      memang betui2 sedap QH! mas kasi 10 bintang! tak rugi try resepi kari ayam tomato si jah nie hehehehe....

      Delete
  2. Salam kak mas! jah? terasa jugak ni sbb nama kita belakang ada JAH hihihi...kepala kita kalau nmpk kari mcm2 yg nak dikerjakannya, buat cicah pratha, buat cicah lempeng, buat cicah roti jala, buat cicah pulut kuning ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ija....
      hihihihi lah ye ke? jah yg mana itu kena tanya dgn izahdaut hanya dia yg tahu siapa itu JAH kihkihkih...
      Akk simpan buat cicah dgn roti jala esok paginya hihihihi

      Delete
  3. hahahahhaaa..adeh la gelak ngekek lagi kat sini. tu la kan, jah dah lepas dari sumpahan kari sebab bila buat kari ni jadi sedap sangat rasa nak cicah ngan roti canai jek sedap nih.tahniah tahniah.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakakakaka..... memang lega rasanya dh lepas dari sumpahan, kalau tak tu jiwa rasa kacau je hihihihi...
      terima kasih lah kepada jah bagi resepi rahsia cikgu2 nya hehehehe...

      Delete
  4. Salam Mas..
    Wah pepagi tayang kari ... best kalau dpt cicah ngan lempeng!! ltk byk2!!
    Ni kalau nk sedulang roti garlic tuh x blh lah mama nk buat cicah ngan air nescafe!! Nah ambik 2 ketul jer main jauh2... hahahaha jgn marah Mas... nnt kena jual!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama...
      kasi mama gegar sama kari hehehe... jangankn lempeng ngan cekodok pun sedap kan ma.
      ala... 2 ketul je ke? ummmm...boleh la dari kempunan hihihihi

      Delete
  5. Aik??? masuk ke idak komen ku tadi yer?? Ermmm..mintak lagi sekali lah. Nak semangkuk kuah kari tu. Nak makan dgn roti gardenia jer ni ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk2 hihihihi...
      akk lambat....habis dah buat cicah dgn roti jala hehehe...

      Delete
  6. hee heee he mas x agak2 pagi2 dh tayang2 lauk kari..wat org laporr jew ..nak mintak kari tue pastu nk cicah dgn roti mama tue..walllaaaa ..sedappp..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terlambat hehehehe habis dah kari ayam tu, nnt lain kali mas buat lagi kita mkn sesama ye hihihihihi....

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails