klik klik ok!

Monday, April 16, 2012

Mix Frut Pie Crumble.....Pastry Puff Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan belog yg lama dan baru. Untuk yang baru, selamat datang ke Mrs Sunnies Home. Terima kasih sudi bertandang dan follow me. Jangan jemu singgah ke sini walaupun tuan rumah kadang-kadang jarang bukak pintu hihihihi.

Ini n3 yang tertangguh


Hey korang.... untuk kali ini mas tak tayang lauk pauk or goreng-gorengan, dah up sikit hehehehe. Yelah, kang korang juga yg jemu, asyik2 menu ulangan je kan kan kan... ngaku cepat! jangankan korang, mas sendiri pun kekadang bila pose n3 ulangan malas plak nak taip bahan2 ulangan so nak mudah taip je RESEPI DISINI kikikikiki senang kerja!

Ok, tak nak bebel panjang-panjang sebab nak taip bahan-bahan untuk resepi ni panjang juga nanti jari mak penat you....muahmuahmuah.

Pendekkan cerita, selepas tak jadi nak mogok (nak selit jugak) ntah dari mana mas dapat seru yang meniup-niup dicuping telinga (serem je kan)  tetiba mode nak pai mengepai terSANGATlah membuak-buak sampai melimpah-limpah, gara-gara tergoda dengan Blueberry Pie Crumble FnF. 


RESEPI MAS COPY PASTE DARI FnF

Bahan2
Lapisan Dasar (boleh guna mana2 resepi base yang disukai)
284 gram tepung gandum 
45 gram Gula kastor 
180 gram mentega 


Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2  

Filling

250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
fresh blueberry secukupnya  



Cara2



Base (sapukan tangan dengan tepung untuk mudah ditekan ke loyang)
Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih 
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh 
Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu 
Bakar selama 20 minit dgn suhu 160 degree C


Crumble
Gaulkan tepung dengan gula dengan rata 
Keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit demi sedikit kiub2 kecil
Gaul dengan hujung jari... Tak perlu habiskan mentega jika sudah menghasilkan crumble yang cantik.


Filling
Dengan menggunakan mixer pukul cream cheese dan gula hingga sebati. 
Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.


Blueberry crumble pie
Panaskan oven ke 200 degree C (FnF guna 180degree C shj)
Tuang filling ke atas base yang telah dibakar tadi.

Taburkan fresh blueberry rata2.
Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan dalam peti ais tadi. 
Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit (FnF bakar 180degree selama 30minit.)
Keluarkan dari oven. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.


 

Nota Mas 

Mas guna mix buah-buah - apple 1/2 biji, pear hijau 1/2 biji, strawberry 6 biji dan apprikot kering 3 keping (semuanya potong kecik-kecik)
Untuk base - mas guna 5 keping pastry puff, canaikan sedikit.
Semasa membakar, selepas 30 minit, mas tambahkan lagi 10 minit untuk api bawah sahaja supaya kulit pastry garing dgn suhu 200c (bergantung kpd oven masing-masing)

15 comments:

  1. Aduhaiii.... membayangkan bau pie tu.. sambil tu hidung ternaik2 ke atas sebab bau sedap naa... rasa dah tentulah meletop kan kan....:)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau pai masa dibakar mmg sedap...wangi je... bila makan lagilah sedap! hehehe...
      mas nak bg jiran pun tak jadi bila tgk hubby dok telan je pie tu hahahaha

      Delete
  2. salam kak mas.. nmpk topping crumble dia mmg tergugat tun nengok nyer. kalau ganding dgn sos kastad ni, 1 bijik tu tun blh habiskan sorang2.. siyes!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam tun...

      Akk 1st time buat pie, bila dah masak tu, takut gak nak makan huhuhu sedap ke tidak nie tp bila dah rasa... wahhh best2 sbb ada rasa masam-manis dari mix frut tu hahahaha puji sendiri!

      Hummmm lepas ni try ngan sos kastad plak :)

      Delete
  3. Replies
    1. Serius sedapppp wei....

      Mix buah-buahan n campur approkot kering memang mantop sbb ada rasa masam dan manis tp disebabkn mas guna pastry puff so sedap masa mkn panas2 je bila dh sejuk pastry tu jadi lemau hehehe...

      lepas ni mas nk buat base pie sendiri lah....

      Delete
  4. ohhhh tidakkkk akak tergoda.....huhu
    nampak sedappppp sgt
    akak suka gambar yg mas ambik...cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh kak... goda jgn tak tergoda hihihi er... pe punya ayt ni hahaha
      memang sedapppppppppppppp kak (wahhh puji sendiri ni)
      Terima kasih kak....... tunjur ajar dari akk juga :)

      Delete
  5. As'salam Mas

    perghhh... sangat mengoda kalau dapat merasa yang dah dipotong tu alangkan bahagia rasaya..hehehe. Tak pernah buat sendiri Mas, takut anak2 bujang dirumah dok tengok tenung aje tak nak makan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak

      meh lah ke sini kak... mas kasi bahagia bersama hihihihi...
      ni pun mas 1st time buat kak, ternyata memang tidak mengecewakan hihihi...

      Delete
  6. aduhh best nyer mass... tak mo aa tayang jek, meh la bagi saya sepotong tuk bf,.. best

    ReplyDelete
    Replies
    1. best..best..besttttttt hihihi
      meh lah sini mas suapkan :)))

      Delete
  7. alahai!!! mmg mengodaaaa sgt ler... cantik jer kejadiannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi... meh kak, terbang ke rumah mas, mas suapkan akk ngan izah sekali, kita sama2 merasa bahagia hihihi..
      terima kasih kak :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails