klik klik ok!

Friday, May 18, 2012

Ikan Siakap Kukus Halia

               Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Hi semua, apakhabar? sihat ke? apa cer hari ni? apa celop? apa yg menarik?Jawab..jawab...hehehe...sila jangan tukar chanel anda sbb tuan rumah ini masih waras lagi! nge..nge..ngeeee gurau je.   

Masak apa hari ni? masak yg simple ke yg tak simple? mesti sedap tu...janji dari air tangan kita yg dicintai keluarga. 

Suka tak makan ikan yg dikukus? kami suka sbb ia adalah makanan yg sgt menyihatkan dan satu lg sgt bagus utk org yg sedang berdiet! Resepi ni mas ambil dari dapur My Small Kitchen  Di Sini  dan mas dah ubah sedikit. 
Kak, izinkan mas share ye  :)

Bawal Emas Kukus Halia

Bahan-Bahan :-

1 ekor ikan bawal emas (mas guna ikan siakap) - disiang,cuci dan toskan
2 inci halia - hiris
2 hirisan lemon
3 kuntum cendawan shitake - hiris nipis
1 cili hijau dan merah - hiris
Sedikit hirisan daun bawang dan ketumbar (mas tak letak)
1 sudu makan bwg putih yg telah digoreng
1 sudu mkn minyak bijan (mas guna myk zaiton)
Garam secukup rasa

Cara-caranya :-

Letak hirisan lemon di dalam pinggan kukusan
Letakkan ikan bawal yg telah digaram ke atas hirisan lemon tadi
Taburkan hirisan halia,cendawan shitaki,cili merah dan hijau serta daun bawang dan ketumbar
Taburkan juga bwg putih yg telah digoreng dan minyak bijan
Kukus ikan lebih kurang 15 minit atau sehingga masak
Mas tambahkan sedikit sos ikan sebagai perasa.


Memang sedap! berbaloi-baloi rasanya walaupun ikan yg kami beli tu tak berapa segar!

12 comments:

  1. akak suka ratah mcm tu je..tanpa makan dgn nasi :)

    ReplyDelete
  2. kita suka ikan siakap stim..mkn ari2 pun xpe tp ikan siakap mahal..xleh nk melantak ari2.. bankrap en.suami krg hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh nie kira hantu ikn ye... Akk sesekali lyn bolehlah sbb kureng suka sikit mkn ikn hehehehe...

      Delete
  3. asslm Mas...wah menu diet yer hari ni...suka2...mesti sedap ni...nti bleh la cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam qh....
      Jom berdiet kita! Mmg sedap...cubalah :-)W

      Delete
  4. Akak lama juga tak mengukus. Rasanya hari ni nak kukus ikan bawal pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh sedap tu kak...
      Thanx share resepi kak...mmg superb rasanya!M

      Delete
  5. Mas sayangggggg...
    pantang jumpa ikan siakap kukus begini... dari kepala sampai ke ekor habis diratah, isap2 lagi sirip2 ye he he hehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak amie sygggggg.....
      Akk sm mcm hubby mas, tau2 je ikn tu tggl rangka je hihihi

      Delete
  6. memang sedap ni.. saya pun dah pernah buat dah masak kukus style gini...suka meratah gitu jer kalau buat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kan..kan.... Lepas ni nk kukus ikn stly camni je sbb sedap sgt...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails