klik klik ok!

Friday, January 11, 2013

Cuti-cuti Singapore Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman bloggers. Salam kerinduan dari mas untuk anda semua. Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Lama sungguh rumah@dapur maya mas menyepi kan? ada ke yang rindu? ada kannnnn.... hihihihihi.

Baru tanam azam tahun baru ni mas nak berbelog lebih byk, lebih meriah, lebih meletoppp tapi..huumm... hot2 tahi chiken! malas sungguh nk mengupdate n3. Kerjanya asyik tanguh2 je...serius malas! huhuuu...
at Changi Airport..amani terpegun tgk benda alah tu bergerak ikut alunan muzik krismas

Terus ke cerita Singapore. Panjang ni ceritanya..lalu tak lalu je korang nak baca. Kalau malas baca panjang sila baca ayat yang penting2 je ok. Optsss! terkantoi plak hahahaa. 

Alkisahnya begini, percutian ke singapore adalah perancangan suami yg memang diketahui oleh si isteri cuma tak tahu bila dan tarikhnya. Sebab tak tahu maka si isteri pun buat dono jelah. Sekali daaa...lagi beberapa hari nak pergi, hah amik kau, paspot mas dah expiyed, paspot amani lansung tak nampak bayangnya. 

Maka berdesumlah kami pergi ke Jabatan Imigresen di Kelana Jaya. Sampai je sane, hung mak ai, ramainya orang! waduhhhhh! muka makcik dah nak kaler hijau tp boleh control lagi. Part mas takde masalah just nak renew tp tang amani. 

Gawat... tahu tak hampir 1jam kami habiskan masa kat situ hanya untuk ambil gambar pasport dia je! punca? dia taknak bergambor!!! melalak-lalak dia tak nak. Grrrr..time ni muka mas dah kaler hijau lumut hah! hampir hilang sabar. Last2 adik yg tukang amik gambor tu kate, "pejabat imigresen bukak sampai malam kak sempena cuti sekolah so saya rasa akk balik la dulu. Atau akk blh ambil gambar kat luar". Huhuu balik jelah. 
Hari ke 2 di singapore...sarapan kfc dulu before bergerak ke USS

Belah petang, nasib baik mood dia ok masa ambil gambar kat kedai gambar yg hagenya...malaslah cite! nasib baik juga kedai tu ada byk belon kartun. Itu pun ada air mata sikit kt gambor dia hehehe..sabar je tau! Berdesum balik ke Kelana Jaya, so malam jugalah paspot kami siap. Ok settel! 

Belum selesai lagi, esok harinya plak kami pergi beli bag besar punyaaa dan barang2 lain. Termasuk beli stroller baru amani! stroller payung yg mudah lipat, ringan dan senang hangkut. Beli stroller lagi, masuk ni dh kali ke 3 kami beli. Membazir? tidak...yg lain kami jual kat mudah.com je hihihii. Geram juga kat incik suami sbb suprise dia memang capekkan jantung den! dah macam lipas kudung dibuatnya. Ok settel! 

Penerbangan kami pukul 10.45 pagi, maknanya kami perlu berada di LCCT 1jam awal before flight. Pukul 8 pagi kami bergerak dari rumah menuju ke LCCT. Terasa pelik kenapa incik suami tak ikut jalan yg biasa kami lalu. Katenya jln higway ni lagi cpt terus ke KLIA. Ok makcik pun diamlah tapi Allah swt itu menguji keimanan kami. Dalam kereta mokcik dah meleleh air mata, pukul 9.30 kami masih lagi atas higway. 

Punca! ada kemalangan ngeri yang menyebabkan jln jem gila2! Pukul 9.50 still lagi atas jalan, aduh rasa nak pengsan dah! Berdoa je semoga kami tak teringgal kapal terbang. Lepas je dari kemalangan, jalan clear maka incik suami pun jadilah sani shumacer! berdesom laju. Alhamdulillah masih sempat lagi walaupun masa tu dah pukul 10.30 tepat kami sampai lcct! peuwwwww.... 
Budak comel ni bikin ragam. 2 kali perjalanan kami terhenti gara-gara dia nak nenen. 
Sabar je tau :)

1 jam atas kapal terbang, akhirnya sampailah di Changi Airport. Yes singapore wey! hahaha. Misi diteruskan menuju ke hotel. Optss..before tu amik peta n tukar simcard haset dulu. Penting peta tu kalau tak maun sesat barek kang heheee. 

Iye memang betul...kami sesat! huwaaa kaki dah nak tercabut ni tp rope hotel lansung tak nampak. Rupenya org kat situ kate, no ganjil belah kiri no genab belah kanan kalau nak tahu no lorong jalan. Padanlah tak jumpa! ada peta pun....hais malas citelah. Serius ramah org sane, sikit pun tak sombong masa kami tanya itu dan ini. Terima kasih org Singapore :)

Disebabkan petang baru sampai ke hotel, dan kepenatan kaki yg melampau maka kami buat keputusan kami nak rehat, besok baru jalan2 sakan. Buat tahi matalah kami anak beranak hihihi. Eh sebelum tu..kalau ke sane jgn lupa bwk air mineral dari malaysia ye sbb air kat sane mahal. Kami bwk byk tu yg bag berat heheeee.

muka mokcik nampak gelab...huhu cuaca panas wei :(
Bila dah puas buat tahi mata, perut rasa lapar pulak, so mencarilah kami kedai makan yang terdekat. Masa tu masih pukul 6.00 petang. Map sentiasa kami bawa. Tanya kat kaunter hotel, kedai makan paling dekat lebih kurang 5 minit jln kaki. Berjalan kaki ler kami sambil menikmati permandangan. 

Lepas 5 minit, kedai yg kami nampak adalah kedai mamak. Errkk.. mamak ke? jalan lagi, jumpa abg polis sedang saman van, langgar lampu merah gaknya, hubby tanya kat dia kedai makan yg halal. Katenya itu kedai mamak yg kami nampak tu halal. Katenya lagi di Singapore boleh saje masuk kedai cina asalkan ada tanda halal. 

Owh gitu...tp kami tak masuklah huhuhu...maka malam itu bermamaklah kami anak beranak. Nasib baik sedap kau..licin kami makan kui..kui..kui..
Selesai sudah hari pertama. Hari ke 2 memang perancangan yg dh dirancang dan memang itu tujuan kami turun ke singapore adalah menuju ke USS! Yeah..USS hehee. Nekadnya nak bangun awal pagi, kekonon nak dapat tiket awal, sbb ramai yg kate USS terlalu padat dgn org, nak beli tiket kena beraturrrr panjang. 

Huumm...kekonon jelah, tunggu si comel tu bangun pun  matahari dah separuh naik tinggi, lepas tu bwk dia sarapan dulu, itu ini kira-kira 12.00 tgh hari gak ler sampai USS. 

Dari mrt nk menuju ke sentosa dah beratur panjang. Sampai je USS nk masuk ke dalam kena lagi beratur panjang. Adik kaunter tiket tu kate, "ni tak ramai bang sbb abg dtg hari kerja tp kalau hari Jumaat smpi ahad memang sangat2 ramai". Hari biasa pun dah kena beratur panjang, kalau hari cuti mcm manalah tu kan?
Beratur panjang beli tiket nak naik tren menuju ke USS. Panjang wei..sbr je tau.
Yes! sampai dah sentosa@USS. best2.....
belum boleh masuk USS lagi, kena beli tiket dulu. Tengoklah tu si comel..tidor jelah. Sepanjang kat singapore dia kuat tidor. Penat agaknya.
nampak tak org dh ramai, itu baru nk menuju ke kaunter tiket, belum lagi beli tiket huhuu.

Cukuplah sampai sini dulu cerita kami, penat plak jari ni menaip hihihi gedik! N3 akan datang mas cerita plak pasal USS ye. 

Sebenarnya percutian kami ke singapore tak banyak kaki melangkah. Byk lagi tempat2 menarik yg tak sempat kami lawat. Bukan rezeki kami nak ke tempat2 lain agaknya. Tapi apa2 pun berada di negara org sgt2 menyeronokkan. Satu pengalaman yg tak mungkin kami lupakan. 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails