klik klik ok!

Friday, March 15, 2013

Rice stick goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera... bersua kembali kita di hari jumaat yang indah ini. Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. Basahkan lidah dengan zikir2 yang indah ye :)

Kemas baju balik kampung lagi for wedding kazen plak...jadual kami padat dengan weddings hingga hujung bulan ni. Dah sampi jodoh kan..doa kami semoga perkahwinan yang di bina akan berkekalan hingga ke Jannah..amin.

Baiklah...pagi nie mas sajikan rice stick goreng yang sgt simple dan mudah. Pestime mas grg mee tu before ni mas buat sup. Amani pun suka lagi pun si comel tu memang takkan tolak mee..peberet! Oh ye.. untuk pengetahuan mee ni rupenya sebijik mcm kueh tiow tp dia kering, blh cari di pasaraya besar like jusco, tesco or giant kat kwsn mee segera.

Bahan-bahan:- 2 org makan
2 keping rice stick - boild ikut arahan.
1 mangkuk hirisan daging - blh ganti ayam
2 ulas bwg putih - ketuk
1 sudu besar cili kering kisar
1/2 sb sos tiram
1/2 sb kicap pekat
Sos tomato, sos cili n kicap manis secukup rasa.
Daun kucai dan daun bwg secukupnya - optional

Cara-Cara :-
1. Rice stick yg dah di boild td, rendamkan dalam air sejuk seketika.Tujuan..utk mengelakkan mee jadi melekat.
2. Tumis bwg putih hingga naik bau, masukkan cili kering.
3. Bila cili dah masak, masukkan hirisan daging, masak hingga daging empuk.
4. Masukkan semua bahan sos, gaul rata dan letakkan sedikit air.
5. Akhir sekali masukkan daun bwg, kucai dan rice stick.
6. Gaul rata hingga sebati, padamkan api bila rasanya sudah cukup sedap di tekak anda. hihiii....

3 comments:

  1. meleleh air liuq tgk..nanti nak cuba jgk la..

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya..kasi akk sepiring mas:)

    ReplyDelete
  3. teringin nak makan rice stick... lama tak buat!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails