klik klik ok!

Thursday, October 14, 2010

PMS!

Setiap bulan 7 hari sebelum period aku mesti jadi macam ni.... Pertama: aku suka marah, cepat sangat nak hangin dan moddy tak tentu pasal! Kedua: duduk tak kena, tidur tak lena, nak baring pun tak selesa sebabnya sakit pinggang, perut kembung, sengal badan, pendek kate semuanya serba tak kena. Ketiga: aku akan sakit kepala dan berat tengkuk. Badan rasa macam nak demam, selera makan tak ada, aktiviti yang aku suka pun jadi tak suka, kekadang aku rasa macam mengantuk je pastu mengidam macam orang mengandung!

Kalau orang yang tak pernah alaminya mesti dia akan kate aku mengada-ngada tapi hakikatnya itu laaaa yang terjadi setiap bulan! TETAPI sebenarnya lain wanita lain tandanya.

SEDIKIT INFO
PMS ialah singkatan kepada Pre-menstrual-syndrom atau dalam bahasa melayunya Sindrom pra-haid. Kebanyakkan wanita akan mengalami sintom akibat ganguan perubahan horman dalam badan bermula 7 hingga 10 hari sebelum datangnya haid.

Kajian mendapati golongan wanita berumur 25-30 tahun lebih banyak alami PMS. Antara tanda-tanda PMS ialah payudara bengkak atau sensitif, letih, lesu,ngantuk,kembung perut,sakit kepala dan adakalanya rasa mual. Dari segi emosi pula kita akan rasa cepat marah, tertekan dan murung.

Rawatan
1)Tambahkan kalsium, pengambilan kalsium yang tinggi pada setiap hari selama sebulan dapat mengurangi gejala PMS.
2) Hindari kafein
3) Minum air yang banyak
4) Makan makanan yang mengandungi karbohidrat
5) Mandi air suam
6) Rehat secukupnya

Di harap dengan maklumat ini dapat membantu anda mengatasi masalah PMS. Cara yang terbaik adalah berjumpa dengan pakar.

Mood : tengah sakit2 badan. Silap sentuh mahu angin satu badan! so... jangan dekat ok! Informasi dah ada. Mampukah aku mengubah diri ku? huhuhu..... tunggu dan lihat!




4 comments:

  1. sama lah kita kak..saya pun bila nk period mmg tuned mood 360 darjah..nak mengamuk memanjang!!uhuk..:)

    ReplyDelete
  2. kita serupa...kesian org2 sekeliling..kena marah.

    ReplyDelete
  3. Akma : 360 darjah? ish dasyat tu hihihi... xpe pasni try info kt ats ni mn tau berkesan :)

    ReplyDelete
  4. Kasihredha : tulah... tak pasal2 jd mangsa kemarahan tp nak wat cmne xleh nk control kan? xpe pasni try info di atas :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails