klik klik ok!

Thursday, October 14, 2010

Tips suami isteri

3 kejutan hadiah mantapkan kasih sayang
Semakin lama usia perkahwinan semakin erat kasih sayang tapi bagaimana? bukan ke semakin lama perkahwinan semakin banyak kesalahan pasangan yang kita nampak? Manisnya dah kurang, yang ada hambar dan tawar! betul tak??? 


Siapa kate tak boleh eratkan hubungan? boleh.... nah ini caranya... 


Setiap tahun usia perkahwinan adalah istimewa, kate orang lagi lama usia perkahwinan lebih istimewa sambutannya. Sambutlah dengan cara yang berbeza. Beberapa idea yang disediakan ini mungkin boleh membantu anda menangani masalah tersebut ;-)


10 Tahun- Ulang tahun perkahwinan
usia 10 tahun perkahwinan boleh diraihkan dalam banyak cara termasuk 'bersanding' semula ataupun bulan madu kali ke 2. Sebenarnya pemberian hadiah sewaktu meraih ulang tahun perkahwinan bukanlah pekara wajib tetapi lebih kepada penghargaan. Apa kata anda menghadiahkan pasangan dengan hadiah hasil dari kreativiti tangan sendiri!


Hadiah Kotak TIN- pemberian tin sebagai hadiah ulang tahun ke 10 dikatakan sebagai tradisi. Tin yang tahan karat merupakan simbolik kepada kekebalan suami isteri mengharungi kehidupan bersama. Tin boleh didapati dengan pelbagai bentuk seperti bulat, petak, berbentuk hati, segitiga dan sebagainya. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai saiz dan boleh digunakan mengikut keperluan masing-masing seperti di dapur, pejabat,bilik tidur, stor dan sebagainya.


Berlian- berlian sering dilabelkan 'sahabat baik wanita' tetapi sebenarnya tidak salah memberi suami sebentuk berlian. Kualiti berlian dilihat melalui 4 kategori iaitu potongan, warna, kejelasan dan karat. Cincin yang 3 batu mewakili masa lalu, kini dan akan datang. Berlian dikatan mempunyai ciri-ciri 3 batu serangkai ini.


10 Hadiah- mewakili 10 tahun hidup bersama dengan memberi 10 jenis biskut yang di dekorasi dengan cantik dibalut indah pembalut daripada aluminum serta bakul yang mampu menarik perhatian. Aluminium merupakan lambang 10 tahun perkahwinan. Jangan lupa selitkan mini album yang mengandungi gambar memori anda berdua yang tidak dapat dilupakan sepanjang 10 tahun ini serta sebab mengapa anda perlu menyintai satu sama lain.


30 Tahun- Ulang tahun perkahwinan
30 tahun hidup bersama? tentu banyak pekara suka dan duka yang dilalui tetapi masih ramai pasangan yang boleh meraihkan ulang tahun perkahwinan yang ke 30 ini. Tahun ke 30 dianggap sebagai tahun mutiara. Oleh itu mutiara mungkin boleh menjadi salah satu hadiah yang diberi nanti. Tetapi ini hanya saranan semata-mata, anda masih boleh memikirkan hadiah selain daripada perhiasan yang hidup di dalam tiram ini.


Barang Kemas- Hadiah yang sering diberi oleh suami kepada seorang isteri. tetapi untuk tahun ke 30 ini, apakata anda tambahkan elemen mutiara di dalamnya. Mungkin anda boleh memberi isteri rantai mutiara, anting-anting mutiara,cincin mutiara,keronsang ataupun loket. Untuk suami pula mungkin anda boleh membeli jam yang bertahtakan mutiara ataupun cuff links daripada mutiara.


Perkakas Rumah- ini juga merupakan hadiah dalam senarai paling popular. Carikan hadiah seperti gelas yang dihiasi dengan mutiara atau pinggan yang dihiasi dengan mutiara.


Melancong- Sekali lagi melancong tesenarai dalam pemberian ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun kali ini cuba serapkan nilai mutiara dengan melawat tempat-tempat pertenakan mutiara yang terbesar seperti Tahiti, Bora-bora,Fiji dan Australia yang terkenal kerana penghasilan mutiara berkualiti tinggi. Cuba beli mutiara semasa percutian anda itu nanti ataupun dapatkan dari kedai hadiah berdekatan.


50 Tahun- Ulang tahun perkahwinan
50 tahun usia perkahwinan sering digelar jubli emas. Bahagianya pasangan suami isteri apabila berjaya menjangkau usia perkahwinan sebigini. Apabila emas menjadi tema maka seharusnya emas manjadi antara hadiah yang perlu difikirkan. 


Hadiah Untuk Isteri- apabila emas menjadi percaturan maka senanglah tugas suami kerana pilihan emas sangat pelbagai. Anda boleh memberi isteri tercinta rantai,gelang,anting-anting,cincin,keronsang dan juga loket. Diserikan dengan betuk peermata mungkin boleh ataupun tidak tetapi apa yang pasti jika da masa senggang cuba 'check' kotak barangan kemas isteri untuk mengetahui saiz dan cita rasanya.


Hadiah Untuk Suami- mudah juga mencari hadiah untuk suami kali ini kerana mempunyai pilihan daripada jam tangan,cuff links,klip tali leher dan sebagainya. 


Petikan dari SDK (seri dewi & keluarga)
Kelolaan : Siti Zurina Mat Saman

2 comments:

  1. akak selalu mgalami masalah tak tahu nak kasi apa time birthday suami :)

    ReplyDelete
  2. hihihi... hadiah untuk lelaki tak banyak pilihan berbanding dengan wanita. Hah pe kate setiap tahun akk hadiahkan jam tangan dengan jenama yang berbeza! contoh tahun ni bg jenama SEIKO tahun depan BONIA tahun depannya lagi TAG HEUER... hihihi ok x?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails