klik klik ok!

Wednesday, October 13, 2010

Bukit Melawati@Kuala Selangor


Perjalan dari Damansara ke Kuala Selangor memakan masa selama 1 jam. Satu perjalan yang agak leka sebab kita lalu kawasan kampung tapi laluan penuh dengan kenderaan dan renovation jalan raya. 

Pertama kali menjejakkan kaki ke situ adalah suatu pengalaman yang menarik bagi mereka yang gemar menikmati keindahan alam semulajadi. Cantik memang cantik tapi sayang aku kureng suka pulak ke situ... bukan sebab tak indah bukan sebab tak nyaman tapi sebab terlalu banyak lotong! huhuhu.... seram wey.... memanglah lotong tu jinak tapi huuuhai.... banyak gila! Pengunjung boleh pegang lotong tanpa rasa takut dan boleh beri mereka makanan cuma bau di kawasan itu kurang menyenangkan sikit ler... :(


tengok tu sekumpulan lotong bukan main jinak ngan om puteh tu.....
hubby amik gambar dari jauh je sbb aku tak bagi dekat


aku amik gambar dalam terpaksa hihihihi......

Lepas ke Bukit Malawati kami pusing-pusing 1 pekan kekononnya nak cari pantai tapi emmm... hampeh tak jumpa pun :( nak pergi Taman Alam dah tutup pulok! Sudahnya kami nampak Pasar Pasir Penambang singgah la beli ikan.... not bad! macam-macam ikan ada fresh pulak tu! hihihihi... ok la tu berbaloi gak perjalan kami ni......

Motif : hubby nak ajak tengok matahari terbenam ler kononnya tapi dia tak bagi tahu pun kawasan tu banyak lotong! so... tengok dari dalam keta je la sudahnya hihihi.....

Mood : sentap sebab takutttt

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails