klik klik ok!

Monday, November 8, 2010

Suunies@Johor

Sunnies @ Johor???? ada ape kt Johor? buat apa pegi sane? apa yang menarik? ada story hangat ke? jeng jeng jeng.....

Hari jummat 5/6/2010 cuti deepavali.... aku, hubby, ayah n sanak saudara serta kazen berada di Johor untuk menghantar rombongan nikah arik @ kazen kawin...... dapat org johor u... ala kt Ulu Tiram tu... yg lalu depan kg Mawi AF tu... lalu je.... hihihi

Majlis nikah mereka meriah walau pun pada hakikatnya kaum ibu (kazen2) agak resah dan kelam kabut bila anak-anak melalak, berlalri, bergurau senda dalam masjid semasa acara tu berlangsung hihihi biasalah bebudak kecik bukan boleh di tegah pun....

Majlis nikah bermula pukul 4.30 petang selepas asar dan selesai pada 6.00 petang... mesti ada yg tertanya kan mak aik... lamanya majlis nikah? emmm.... lambat selesai sbb imam itu memberi sedikit ceramah tentang alam perkahwinan serta perananan mak bapak dalam rumah tangga anak... lebih kurang cmtulah... sbb masa imam tu bg ceramah aku dah ada kt luar layan anak buah aku yg sibuk nak keluar... agaknya dh boring dok lama2 dalam tu....

emm.... walau apa pun tahniah aku ucapkan... akhirnya tamat gak status bujang kau... hihihihi

nanti2 aku upload gambar sepanjang majlis tu ye.... tp tak banyaklah sebab memasing dh letih kan :))

Mood : selamat dah sorang kazen aku ni.... dan ada beberapa lagi kazen yg akan ikut jejak tahun hadapan :)))

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails