klik klik ok!

Saturday, November 13, 2010

Takut dan insaf

Takut dan insaf melihat kesengsaraan penduduk yang mengalami bencana Gunung Merapi di Indonesia. Melihat keadaan mereka di Tv dan surat khabar dah cukup buat kita rasa takut, insaf dan simpati, inikan pula mereka yang sekarang ini sedang berdepan dengan musibah itu. Terbaru dari Majalah 3 secara live Gunung Merapi.... paper hari ini aktiviti gunung merapi tunjukkan penurunan tapi ancaman tetap tinggi. Usaha memindahkan/menyelamatkan semua penduduk masih dijalankan.... Semoga mereka semua selamat dan tabah mengharungi dugaan ini.
 27/10/2010 penduduk terpaksa berpindah kerana gunung merapi akan meletus bila2 masa. Sumber dari Berita Harian Onlie Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bencana itu dianggar 40,000 orang, membabitkan daerah Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali (Jawa Tengah).

 detik mencemaskan!
Kesan dari letusan gunung merapi....
 musnah.....
 Hanya mampu melihat.... sedih rumah yang di bina musnah begitu sahaja
Kesian... lembu ini juga mangsa bencana letusan gunung merapi. Jumlah korban bencana meningkat menjadi 206 ekoran beberapa mangsa yang mati akibat masalah serangan jantung atau penyakit lain yang berkaitan dengan letusan itu.

Sesungguhnya setiap musibah yang Allah swt turunkan adalah sebagai peringatan untuk hambanya... menguji kesabaran hambanya. Semoga menjadi iktibar kepada kita juga...

Mood : syukur...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails