klik klik ok!

Sunday, February 20, 2011

Ayam Masak Kicap

Today chef mrs sunnies nak tunjukkan satu lagi resepi iaitu ayam masak kicap lah! wahhh tetibakan jadi chef plak hihihi....

I tau you all mesti dah tahu resepi ayam masak kicap kan? mongaklah tu (bhs org nogori) kalau kate tak tahu? tapi aku tak pedulik nak gak share ngan korang.....
abaikan dengan piccas yang tak menonjolkan ayam

Bahan-bahan untuk 2 orang makan:-
Beberapa ketul ayam
1 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai cili besar merah - hiris
sedikit halia - ketuk
3 sekawan (kayu manis,bunga lawang&buah pelaga)
sedikit lada hitam - tumbuk kasar
kicap manis - secukup rasa
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili dan sos tomato
sedikit garam
1 gelas air
1 biji kentang - potong 6

*Gorengkan ayam separuh masak terlebih dahulu (jangan lupa bubuh kunyit dan garam kat ayam tu)*
* Gorengkan kentang dan angkat*

Cara-cara:-
- Mula-mula tumiskan seketika 3 sekawan
- Tumiskan pula bawang besar, bawang putih, cili besar dan halia hingga naik bau
- Letakkan pula lada hitam, tumiskan lagi....
- Masukkan pula air, kicap manis,kicap pekat,garam,sos cili dan sos tomato
- Bila bahan sudah mendidih, masukkan pula ayam dan kentang
- Masakkan ia sampai ayam masak dan kuah menjadi pekat (ikut suka anda nak kuah banyak mana). Bolehlah diangkat dan di jamu bersama nasi PANASSSS hihihi.... 
Nampak tak ayam? kikikih....

Btw ini bukan menu semalam ye.... 
Sudi-sudikanlah mencuba resepi chef ni ye... Lagi satu, perasan tak boleh dikatakan setiap masakkan aku mesti ada sos cili dan sos tomato kan? Hummmm.....

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails