klik klik ok!

Monday, February 7, 2011

Ketam!

As Salam everybody... Dah lama rasaya aku tak masukkan resepi dlm blog nie... asyik2 cite pasal preggy je kan? hihihihi... dah macam blog mak2 pun ye gak rasanya ni.... 
Oklah now aku nak tunjukkan resepi yg aku masak sebelum aku mabuk teruk 3 bulan dulu! 3 bulan??? wahhhh mmg lama betul aku tak masak ni kikikiki.....
Ketam Goreng Cili
Bahan-Bahan
2 ekor ketam (potong 2)
3 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar merah
1/2 sudu besar cili kering
1  ulas bwg besar ( potong kasar)
sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit kicap manis
sedikit garam
3-4 tangkai daun sup (sebagai hiasan)
2 helai daun limau purut (koyakkan)

*Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan cili besar. Kemudian gaulkan bersama dengan cili kering*
*Gorengkn ketam dan ketepikan*

Cara masak   :-
-Tumiskan bahan tumbuk hingga pecah minyak
- Masukkan semua bahan sos, kicap, bawang besar, daun limau purut dan sedikit garam. Tumiskan hingga semua bahan sebati.
- Masukkan pula air asam jawa dan tumiskan lagi hingga kuah menjadi sedikit pekat
- Akhir sekali masukkan ketam. Gaul rata ketam sampai semua sebati dan sos menjadi sedikit kering. Hiaskan dengan daun sup.

Mood : dah boleh masuk ke dapur semula... hoyey......

4 comments:

  1. adoii... siyes la.. dah la tengah lapo ni....

    ReplyDelete
  2. nida : lapar ye... hihihi...

    ReplyDelete
  3. kasihredha: menggoda tergoda U.... hihihi moh try resepi mas ni :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails