Gambar Hiasan
Semalam aku ada beli buku tentang Panduan Ibu Mengandung dan Adab Menyambut bayi. Ummm... banyak ilmu yang berguna dalam tu terutama untuk panduan ibu-ibu yang pertama kali mengandung. Jadi sekarang nie aku nak kongsi sedikit petikan yang ada tu ye....
AKHLAK SUAMI TERHADAP ISTERI YANG HAMIL
Sebagai seorang suami, kaum lelaki mestilah mempunyai akhlak yang baik dan seterusnya memperlakukannya dengan baik terhadap isteri, tambahan pula dalam keadaan isteri yang hamil. Suami hendaknya janganlah mengambil sikap sambil lewa dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Di bawah ini dinyatakan beberapa pekara yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap isterinya, antara lain:
a. Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang terhadap isterinya sebagai teman hidup yang paling hampir dengannya.
b. Sentiasa berlaku jujur terhadap isteri dan jangan sekali sekala bersikap kejam terhadapnya.
c. Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya sekalipun dalam keadaan marah, apabila dalam keadaan marah sekalipun hendaklah kawal diri sebaik baiknya, tenangkan diri banyak beristigfar, berselawat dan berwuduk dan juga ingatkan kembali kenangan manis dan jasa isteri terhadap kita selama ini.
d. Janganlah mudah mengeluarkan perkataan "TALAK" dalam keadaan isteri hamil kerana boleh menyebabkan emosinya terganggu sekaligus kandungannya juga terganggu.
e. Jauhilah daripada merendahkan-rendahkan isteri di hadapan orang lain, sebaliknya hendaklah sentiasa menyenangkan hatinya.
f. Hargailah dan berikanlah pujian di atas segala pemberian dan pengorbanan isteri.
g. Bantulah isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan kerja memasak,membasuh pakaian dan sebagainya.
h. Cuba fahami keadaan dan masalah si isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
i. Berilah semangat dan perangsang kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar dia bertambah semangat. Tenangkan hatinya selalu apabila mengalami kesusahan dan kesulitan.
j. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
Ahah... para suami mulai dari sekarang gunakan tips ini untuk kebahagian isteri ye.... hihihihi.... Ok lepas ni aku bagi petikan Akhlak Isteri Terhadap Suami Ketika Hamil plak.... Adil dan saksama kan? kang si suami merajuk lak hehehe....
mood: membaca bagus untuk kandungan... motif jom kita baca buku!
waaa... good info walaupun saya tak kawin lagi..hehehe
ReplyDeletenida : hehehe... thanx. Ahah boleh guna lepas kawin nanti :))
ReplyDelete