klik klik ok!

Monday, January 31, 2011

Saya yang menurut perintah

Topic kali ini ialah.... Saya yang menurut perintah... Siapa saya tu? siapa yang perintah tu? pe kes ni? ada isu besar ke??? masalah negara ke masalah rumah tangga? Chilllll semua.... bukan masalah negara atau masalah rumah tangga. Alaaaa masalah kecik je hehehe........ 


Siapa saya tu? jawapannya AKU. Siapa yang perintah tu? Jawapannya SUAMI KU! hehehe... itulah suspen lagi! tak ada isu pun cuma nak story mory je... kisahnya begini... sedia maklum sebelum ini semasa aku belum mengandung, aku adalah seorang yang aktif dalam bersosial... hah mula laaa tu.... coppppp! bukan sosial yang tak bermoral tu ye... hehaiiii korang ni cepat nah nak melatah! dengar dulu makcik nak cerita ni.... tapi sosial dalam aktiviti menjahit manik. Sosial macam mana tu? macam nie hah.... masuk kelas sane masuk kelas sini... jumpa kumpulan sane jumpa kumpulan sini (cewah yoyo oh  aku ni) itu belum campur dengan perjumpaan kawan2 lama yang memang dah akrab seperti satu ahli keluarga. 


Aktiviti memanik kekadang tu buat aku rasa penat dan kekadang tu sang suami ada mengeluh juga... bukan mengeluh tak suka tapi penat tgk aku lg sibuk dari dia huhuhuhu... sebagai isteri aku amat paham dengan situasi ini (tp tak adil gak rasanya! dia punya sibuk lagiiii jangan cakapla... tp dia suami sibuknya bersebab) lagi satu suami dah lama tegur yang dia dah rasa tak selesa dengan orang di sekeliling ku pastu kawan2 pun dah komplen susah sgt nak jumpa aku asyik sibuk ke sane sini je... nak buat macam mane bila dah jd suri rumah banyaklah masa terluang so minat yang ada jgn disiakan sbb minat tu memang menambahkan pendapatan. Lebih-lebih lg aktiviti aku dah keluar paper dan ramai pula yang bertanya malah berminat dengan kerja tangan ku nie.... sayanggg aku kena tolak dengan cara baik.. Terima kasihlah kepada Harian Metro... nak buat macam mana? pasti ada hikmahnya kan?


2 tahun menyibukkan diri rasanya cukup sudah sampai di sini. Cukup sudah kebebasan yang suami bagi. Cukup sudah sosial. Now time to rest katenya... rehatkan rohani dan fizikal... jaga kandungan dan jaga kesihatan. 8 tahun tunggu nak anak dan 8 tahun bukannya sekejab! So... bila Allah sudah makbulkan maka seharusnya aku bersyukur kerana tak semua orang diberi peluang macam aku dpt sekarang ini. Syukur Alhamdulilah dan syukur sujud pada MU Ya Allah.....
Maka dengan itu aku seorang isteri menurut PERINTAH seorang suami dan setiap arahannya aku turuti. Kuburkan sementara minat ku... hentikan sementara langkah ku... takpe mana tau pengorbanan ini akan lebih berbaloi-baloi lepas nie... siapa tahu kan?


Hakikatnya sekarang ini aku rindukan kawan2 lepak ku dikedai mamak. Rindu sangat dengan mereka! Bagusnya mereka paham (ada setengah kawan tak nk paham...) keadaan aku sekarang ini tidak mengizinkan aku keluar waktu malam. Pantang larang orang tua katenya kalau mengandung jangan keluar waktu malam TAK ELOK. Sekali lagi aku yang menurut perintah... ikutkan je hihihihi.....


mood : aku yg mesra alam tp tak semua orang yang rapat dengan ku boleh jadi BFF ku.... tak nak pisang berbuah 2 kali okesss :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails