As Salam.... mrs sunnies masih lagi tidak berpuas hati dengan susun atur rumah sekarang ini tapi tak mengapa akan dibaik pulih secara perlahan-lahan okeyssss......
Ingat lagi tak n3 sebelum nie? yang mana ye (alaaaa... macik lupa lah) kat bahagian MooD tu ada tertulis nak makan nasi ambeng kat warung ibu kan? so hajat nak makan dah pun tercapai. Alhamdulillah takdelah ibu mengandung ni kempunan lagi hihihi. Orang kate bukan mrs sunnies kate ye... bila bersalin tak delah anak tu meleleh air liurnye kuikuikui.... ok stop!
signboard warung ibu @ Tanjung Karang
stail lama... macam warung kopi dolu-dolu
moden... dalam pinggan je :)
sisi lain...
boleh makan kat luar kalau nak rasa angin original
suasana dalam kedai...
rumah tuan empunya kedai
Ok misi diteruskan! Perjalanan dari Damansara ke Tanjung Karang memakan masa selama 1 jam (macam ayat UPSR je kikikih). Cuma aku nak sarankan jangan pergi pada waktu petang sebab jalan nak ke sane jem yang amat (kalau anda dari Damansara lah) Sepanjang perjalanan cuaca agak panas dan bahang walaupun baru pukul 11.30 pagi...
Akibat terpengaruh dengan selera Serina Chef Wan maka misi jalan-jalan cari makan pun berjaya! Cume nak komen jugak lerrrr... sebagai anak jati JAWA cewahhhhh.... makanan yang disajikan pada aku boleh tahan jeee rasanya. Takdelah sesedap yang Serina@Jalan-jalan cari makan wawarkan.
Aku bayangkan nasi ambeng akan dihidangkan atas daun pisang dalam dulang kecik. Yelah nama pun nasi ambang kan? Rupanya kalau nak makan dalam dulang, kita kena mintak. Manalah kami tahu! Itu pun aku tengok dalam dulang tu tidak dialas dengan daun pisang sebaliknya dengan kertas minyak! Hubby mintak nasi ambang satu tapi dalam pinggan yang dia bagi huhuhu... Harga pada aku agak mahal, tak berbaloi dengan rasanya.
Aku bayangkan nasi ambeng akan dihidangkan atas daun pisang dalam dulang kecik. Yelah nama pun nasi ambang kan? Rupanya kalau nak makan dalam dulang, kita kena mintak. Manalah kami tahu! Itu pun aku tengok dalam dulang tu tidak dialas dengan daun pisang sebaliknya dengan kertas minyak! Hubby mintak nasi ambang satu tapi dalam pinggan yang dia bagi huhuhu... Harga pada aku agak mahal, tak berbaloi dengan rasanya.
Nasi ambeng 1 pinggan (bukan dalam dulang ye) rm7.00 + milo ais rm1.80
Yang hubby amik - ayam goreng, keluban, serunding kosong, mee goreng dan tumisan kentang.
Yang hubby amik - ayam goreng, keluban, serunding kosong, mee goreng dan tumisan kentang.
Serundingnya terlalu manis, keluban pula bukan dari pucuk ubi, tumisan kentang dan mee goreng juga manis. Hah ayam goreng dia memang sedap!
Keluban agak mengecewakan aku, sebab tidak menggunakan daun pucuk ubi sebaliknya pucuk pakis tanjung. Rasanya juga tidak lengkap, kerana tidak ada rasa buah cekor atau pun daunnya. Ikan masin lagilah lansung tak ada! putus dah selera makcik wokkk kuikuikui...
Pertama kali aku makan kat kedai, air kena serve sendiri... aduuuhai airnya terlalu manis walaupun dah 2x tambah ais!
Apa yang boleh aku puji.... kedainya bersih, ada pelbagai jenis lauk pauk, ada soto dan tuan empunya kedai ramah, sentiasa tersenyum.
Kedai dibuka dari pukul 11.00 pagi - 6.00 petang setiap hari (kalau tak silap aku)
Dari 5 bintang aku bagi 3 je.... Pada yang teringin atau tak pernah makan nasi ambang bolehlah cuba makan di warung ibu. Aku dari kecik dah biasa makan nasi ambeng so agak cerewet sikitlah... Ini cuma pendapat dan pandangan aku sahaja ye... Apa pun aku dan hubby enjoy hari tu.... nanti aku upload pic sawah padi kat Sekinchan pula ye....
MooD : ummm... lepas ni nak cari makan kt mana ye??? cari makan ke cari pasal? hehehehe.....
massss
ReplyDeletejauhnyeee..kalau dekat2 sure akak dah terjah.
Ada yang dekat tak? akak dah lama mgidam nasi ambang ni ( walaupun tak mengandung)...dulu ada org jual pagi2 kat area rumah akak tapi sekarang dah tak de...kalau ada info ttg nasi ambang yg dekat /sekitar KL kasi tau ye...mmmm...sedapnya.
kasihredha : sedap kan nasi ambeng... lg besh kalau dalam daun pisang kak :) yg dekat mas x taulah ada ke tak. Takpe nnt kalau ada mas info kt akk ye :))
ReplyDeleteshedapnya nampak, tak pernahlagi makan nasi ambeng, nasi ayam penyet pun belum pernah cuba lagi, terigin sgt, sedih bunyinya kan hehe
ReplyDeletelady : nasi ambeng mmg sedap!sekali dah cuba pasti nk lg hehehe...
ReplyDeletesamalh kita, nasi penyek pun sy x pernah try lg :)