Peria Katak / Momordica Charantia
Pasti ramai yang tidak suka makan sayur peria kan? pahit dan rasanya tidak enak. Tapi tahukah kita sayur peria ini banyak khasiatnya?
Dulu masa kecik-kecik, aku sendiri tak suka makan sayur nie. Kalau mama masak, mesti aku mengeluh. Walaupun aku nie adalah seorang penggemar sayur-sayuran tp kalau sayur yang satu nie mesti aku tolak! Mama kate rugi tak makan, sayur nie elok untuk kesihatan. Itu dulu, sekarang sayur nie dah jadi salah satu sayur kegemaran. Hihihi... betul kate mama!
Dulu aku pernah alami masalah kulit muka. Muka aku penuh dengan jerawat nasi. Bila kena cahaya matahari je, muka jadi gatal-gatal dan merah. Ramai yang tegur dan tak kurang juga buat memek muka jijik. Aku jadi susah hati, kemudian kazen kenalkan aku dengan satu product pencuci muka dari susu kambing jenama BELLINA COSMETIK. Memang kulit jadi cantik dan licin semula tp masalahnya aku kena bergantung sepenuhnya dengan sabun tu. Luaran saje pulih tapi dalaman tak ok. Yelah kebiasannya apa-apa saje penyakit kulit, ia akan melibatkan darah kan?
Jadi suatu hari tu suami aku (masa tu tunang lagi) kenalkan aku dengan seorang kawan yaitu kakaknya ada menjual product makanan kesihatan jenama Gamat Healin dan product muka AG2000. Gamat memang bagus untuk kesihatan dan kecantikkan cuma harganya boleh tahan mahal. OK now berbalik pada peria, Kak Aisyah nie lah yang bagi aku petua macam mana nak dapatkan kulit muka yang cantik dan licin tanpa perlu keluarkan modal yang mahal. Katenya banyakkan makan sayur peria. Sebab peria nie amat bagus untuk darah. Bila darah bersih maka kulit kita pun jadi cantik. Cara yang paling berkesan ialah dengan blendkan peria tu dan minum jusnya atau potong nipis-nipis jadikan ulam. Huhuhu... yang tu aku tak pernah try! Kalau tak nak blend, tumiskan dan makan dengan nasi panas2. Makan dengan roti keping pun sedap. Sejak dari tulah aku suka makan sayur goreng peria... rupanya rasanya tidaklah sepahit mana dan memang sedap pun! rugi tak makan dari dulu lagi hehehe...
Ada petua nak kurangkan rasa pahit peria tu, lepas dipotong, basuh bersih-bersih dan taburkan sedikit garam / rendam dengan air garam dan biarkan seketika. Lepas tu bilas sekali dan bolehlah ditumis.
Sayur Goreng Peria
Bahan-Bahan:-
Peria
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
7 tangkai cili api - hiris
sedikit ikan bilis
garam dan pati ikan bilis secukup rasa
sedikit air untuk melembutkan peria
Cara-cara:-
- Tumiskan bawang merah, bwg putih, ikan bilis dan cili api hingga kekuningan
- Masukkkan peria dan kacau seketika
- Masukkan pula sedikit air, garam dan pati ikan bilis
- Tumiskan lagi hingga peria jadi sedikit layu dan bolehlah di angkat. (saya suka peria separuh masak)
Kelebihan Peria bukan sahaja baik untuk darah tetapi bagus untuk merawat kencing manis, darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan masalah-masalah lain. Malah masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air dari daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati akibat dari pengambilan alkohol -Sumber dari blog Segalanya Tentang Tumbuhan.
Mood : now kaki cepat sangat bengkak... apakah?
banyak khasiat buah peria ni kan
ReplyDeletepotong kecik2, buat ulam - takde la pahit mana pun. Orang dah try. Try lah plak :))
ReplyDeletekasihredha: a'ah mmg byk khasiatnya... tak rugi kalau kita makan selalu :)
ReplyDeleteamimarz : ye ke sedap? tak kelat ke? hihihi nak try lah pasni :))
mula-mula tu kelat la skit, dah 3-4 bite, dah ok lah.. takde apa.. try2 jgn tak try!!! cicah sambal belacan lg sedap :))
ReplyDeletelagi asli khasiatnya kalo makan mentah kan? hehehe...
ReplyDeleteMazlina: tak rasa maka tak cinta kan hehehe... 1st dgr peria goreng tepung... ummm... boleh cuba nie :)
ReplyDelete