klik klik ok!

Thursday, March 24, 2011

Kasi licin itu rumah!

Tajuk n3 macam suspen je kan? Persoalannya rumah siapakah itu? dah pukul 10.00 malam ni hah, jangan buat memain... hehehe... rilek you all, jangan panik.


Dah 2 hari Mrs & mr sunnies kerja kuat, habis tenaga, berhempas pulas mengemas rumah, eceh ceh... kekonon nak bagi tau ler kita orang ni rajin tahap melampau! Jangan korang kate kami malas sudah ye hahahaha... 
 Pak Google, makcik pinjam gambor ek?
Sebenarnya, sedia maklum mrs sunnies kan nak sambut baby tak lama lagi, errr... bulan 7 lah baru bersalin. Ehhh... walau bulan 7 pun, dari sekarang dah kena kemas kan? Yelah masa kan cepat berlalu, kalo dok asyik tanguh2 je, kang tup tup dah terberanak baru nak kemas umah? Ahhh... kerja gila tu! 

Alah... bukanlah kemas beriya mana pun, kami ni kan dok menyewa rumah appt, so keluasan rumah kami memang terhad! Jadinya kami sekarang, sedang melapangkan rumah seperti di atas. Biar betul? hihihi... tak delah, cuma buang barang2 yang lama je @ dah tak pakai lagi. Contohnya, kotak2 lama masa pindah dulu dan barang-barang kerja mr hubby and mrs sunnies, yang dah tak berguna lagi harus di buang. 
 Pinjam gambar pak google lagi!
Kalaulah kami dapat bilik macam di atas ni, bestnyalah. Appt yang kami duduk, bukan sahaja terhad dengan keluasan ruang tamu, tetapi bilik tidornya juga. Jadi kami sedang mengemas aturkan semula barang2 yang sedia ada, supaya nanti akan ada satu ruang untuk kami letakkan barang2 baby @ bilik untuk baby. Tapi tulah... dok mikir dan mikir, ummm.... nak beli katil baby ke tidak ye? sebabnya ruang bilik memang sempit!
Eh.. eh.. pak google lagi! jangan marah arrr....
Mrs sunnies dari dulu lagi, sukakan ruang tamu yang tidak penuh dengan barang @ menyemakkan mata @ makcik ni bukannya rajin nak mengelap habuk habak pun ngeee.... Cukuplah di ruang tamu tu ada sofa, tv kabinet n meja sudut. Macam dalam piccas kat atas ni, tak semak mata kan?

Dulu-dulu masa zaman kerja, asal dapat gaji je, selain dari menyimpan, mrs sunnies suka beli perabot & perhiasan rumah, bukanlah yg mahal2 punya, beli ikut kemampuan je. Syok rasanya, penat2 kerja bila balik, tengok rumah cantik rasa seronok dan berbaloi perah peluh mencari rezeki tp bila nak pindah, aduhaiiiiii seksanyalah! Barang perabot habis rosak dek terhentak-hentak, sayanggg wooo... tapi what to do? Sekarang serik dah, tak mau lagi beli barang2 yang akan menyusahkan kelak. 

Now misi hampir berjaya, tak sabar nak selesaikan dengan kadar segera. Wish me luck okey! Wahhh... bunyik macam misi besar je kan? hihihihi....




MoDe : penat sudah... nak tidorlah :) 

3 comments:

  1. kemas jangan tak kemas....

    Kalau ruang sempit, tak payah beli katil baby..

    ReplyDelete
  2. eehhhhh..ngemas rumah pun kena sungguh2 tau.. kalau tak, tak berjaya.. akhirnya tangguh2.. tak jadi..

    ReplyDelete
  3. Amimarz: yeah... misi dah hampir berjaya ni hehehe...

    Tulah kalau ikut kate mas, mmg tak yah beli sbb compom baby pakai kejab je kan? tp sani plak over excited nak beli gak. Dia kate kalo leh masa pantang kt kg tu lg, dia nk buh kt kg! Pastu nnt hbs pantang pe cer plak? gila nak angkut guna kete sport kecik tu hahahaha....

    Yan : mmg sugguh gila2 ni kak, habis tenaga dah ni hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails